Dengan nama Allah yang Maha Pemurah,Penyayang lagi Mengasihani,
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammadsaw.
Semalam june 18.2013,hari pertama penulisan saya sebagai pembuka bicara hati yang juga terlahirnya bloq pertama saya.18hb. adalah hari begitu istimewa kerana ia mengingatkan saya kepada seseorang.....
Bloq pertama yang begitu simple,penataan warna menghiasi sekelilingnya,didominasikan warna lembut krim agar dapat membangkitkan keceriaan hati. Mungkin itu adalah simbolik kehidupan yang dilalui ,diharapkan mudah tanpa ada cabaran namun sebenarnya dalam kita mencari pengertian hidup jalannya adalah panjang dan berliku-liku. Lihat pada bulan,lihat pada bintang, begitu jauh cahaya gemerlapan...begitu kita sentiasa merindukannya,ingin sekali jari jemari untuk memetiknya,apakan daya bintang jauh di kaki malam...bulan bersembunyi disebalik samar kegelapan , sedang angin malam yang berlalu pergi, rindu tetap dikhabarkan membawa pesanan mengiringi jauh beribu batu perjalanan...
Syukur kehadrat Allah,terlahirnya penulisan saya yang pertama ini,ia merupakan sesuatu yang baru,begitu mengujakan dan mencabar minda. Walau ia tidak seberapa,diharap dapat menggarap fikiran saya juga pembaca diluar agar sama-sama dapat membantu melahirkan idea atau apa sahaja pandangan..
Sebelumnya saya menulis dengan lebih panjang,pertama sekali dari hati ini ingin mengucapkan terima kasih kepada yang tidak pernah dilupakan. Jauh tidak semestinya tiada lagi diingatan,ia hanyalah pengukur kepada jarak pemisah satu benua namun salam yang bertebaran sentiasa dikirimkan..
Kata-katanya,ucapannya seperti embun dinihari memberi kesegaran kepada rumput,unggas dan sesiapa sahaja untuk bingkas bangun menerima kurniaan Ilahi untuk memulakan hidup baru dipagi hari,sesegar mungkin..
Begitu banyak ilmu,tunjuk ajar,teguran di dalam bidang penulisan pastinya tersimpan kemas di hati.
Indah dan segar,kata-kata sentiasa tersemat dan mengajar saya menjadi seorang yang lebih sabar dan tabah untuk berjaya didalam hidup ini. Tegurannya tidak pernah tersimpan di hati malah ia lebih berupa kata pembakar semangat untuk lebih berfikiran positif.
Fitrah insan adalah kejayaan dalam hidup namun realitinya ia tidak semudah yang diucap. Ia memerlukan perjuangan,kesungguhan dan pengorbanan. Tangga kejayaan yang perlu di daki ,ada yang dapat melepasi hingga ke puncak,ada yang tersungkur dipertengahan,ada yang rebah,gagal ketika saat permulaan.
Itulah asas untuk melihat hidup dengan lebih jauh dan membina kehidupan agar bersikap positif dan yakin.
Pepatah Arab berkata,jika ilmu itu hanya boleh diperolehi secara berangan-angan,nescaya tidak akan lahirlah manusia yang jahil di atas bumi Allah ini.
Setiap kegagalan yang ditempuh ia adalah satu cabaran untuk menggenggam erat cita-cita dan menjadikannya realiti masa hadapan. Hati tidak semestinya kecewa,kerana rahmat Allah ada dimana-mana, jiwa tidak akan menjadi lemah kerana sandaran agama masih ada, lantaran semangat dan doa tetap bersama Allah di hati dan selamanya begitu hingga ke akhirnya.
Sebaris kata-kata yang pasti menjadi ingatan... ada yang diberi ilmu paling bakhil untuk berkongsi ilmu...
semuga Allah melindungi kita semua, InsyaAllah...
Barangsiapa menuju satu jalan mencari ilmu nescaya Allah akan memudahkan baginya satu jalan menuju ke Syurga.(hadis riw. muslim). Semuga Allah akan sentiasa memberkati penulisan beliau juga penulis bloq yang lainnya.
Pengakhir kata, saya ucapkan Selamat Hari Bapa (Happy Fathers Day) june 16. to you dan untuk semua.
Kasih sayang seorang ayah dan ibu untuk anak-anak pastinya akan sentiasa berpanjangan selama masa berada, selagi hayat dikandung badan.
Being part of ablgspt means so much to me, I am really glad, I have learned a lot of writing, sharing my experience, and intend to make the best....will long carry in my hearts....thank you very much....
june 19.2013.- wassalam.