Ahad, 18 Ogos 2013
Baju Kurung Teluk Belanga.
Assalamualaikum.
Terasa masih hangat meriahnya suasana perayaan biar pun rembang petang telah hampir merubah wajah. Jika tidak silap saya perkiraan Syawal telah hampir setengah purnama. Ini bermakna 19hari saja lagi Syawal juga akan pergi tinggalkan kita., seperti yang terjelas bermula tetap berakhir bertemu tetap berpisah..
Jika melihat perkiraan bulan Islam, Allah sepertinya menjodohkan sesuatu itu sesuai dengan masa dan ketika. Ramadhan bulan segala bulan,didalamnya ada keberkatan Lailatulqadar bagi sesiapa yang mengharapkannya. Syawal juga tidak kurang hebat dan barakah jika kita faham dan mahu mengerti.
Dua puluh tahun lalu, kali pertama saya menjejakkan kaki ke selatan tanahair, Johor, darul takzim.
Pertama kali agak terpinga-pinga juga bila melihat adat resam mereka di sana. Saya melihat masyarakatnya begitu berpegang kuat dengan adat, Johor sinonim dengan setiap perayaan..
Paling ketara, Ramadhan sebulan penuh berpuasa maka Syawal juga di lihat sebulan umat Islam menyambut Hari Raya. Jangan terkejut saya katakan, sebuah negeri unik, masyarakat terikat dengan adat dan tradisi, Syawal termasuk salah satu pelbagai sambutan eg di dalamnya ada majlis Hari Raya,
Rumah Terbuka, Marhaban, kunjungan formal / tidak formal. Itu adalah sesuatu yang wajib dalam budaya mereka.
Apa yang menarik ingin saya sentuh ialah ethika berpakaian dalam setiap sambutan. Ia mesti disuaikan dalam setiap majlis. Pada hujung minggu hari Jumaat pakaian wajib ialah baju melayu.
Itu adalah pakaian rasmi, beserta sampin,songket dan songkok, begitu segak dan menawan.
Saya kira itu begitu teruja dan meriah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain kerana mereka berupaya mempraktikkan budaya berpakaian.
Dalam majlis perkahwinan pula, wanitalah yang paling anggun dan bergaya. Pakaiannya berwarna warni, diserikan pula dengan tudung berbling-bling, aksesori berkilauan apabila terkena pancaran sinaran matahari..
Saya masih ingat satu ketika seorang rakan pernah berkata, biasanya kami lebih mengambil berat tentang persalinan musim perkahwinan berbanding hari raya. Itu membawa maksud baju hari raya tahun lepas masih boleh di gunakan pada tahun ini, tapi tidak dalam majlis perkahwinan, mungkin akan melanggar adat agaknya...apa pun bagi saya itu terpulang pada budi bicara sendiri dan pocket money masing-masing..
Kita kembali kepada Syawal, jika di lihat sekilas pandang, negeri-negeri lain di tanah air terutama di timur semenanjung eg. Kelantan dan Trengganu,( Serambi Mekah) majoriti golongan yang berusia emas (orang lama yang tidak akan berapa lama..) seperti ayah,ibu, datuk dan nenek , mereka akan mula berpuasa sunat bulan Syawal selama 6 hari sebagai menampung kekurangan ibadat selama setahun.
Di situlah kita melihat keberkatan bulan Islam yang Allah anugerahkan kepada umatnya yang terdahulu hingga ke hari ini. Hebatnya ganjaran pahala Allah sediakan pada 6hari berpuasa seolah kita berpuasa sepanjang tahun. Begitu juga ganjaran Rejab, Syaban dan hari-hari tertentu seperti Isnin dan Khamis. Malangnya kebanyakan dari kita tidak mampu melihat keistimewaan tersebut kerana hati kita tersangat rapuh mencintai urusan akhirat.
Benarlah firman Allahswt.. .Wahai orang -orang yang beriman , Sesungguhnya antara isteri dan anak-anak mu ada yang menjadi musuh bagi mu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampun(mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...At- Taghabun ayat 14. , . dunia yang bersifat sementara , akhirat adalah tempat kembali....semuga ia akan menjadi pengajaran buat saya dan semua..,InsyaAllah..
Saya tinggalkan Syawal yang hampir berlalu pergi semuga apa saja riadah bulan tersebut dan di bulan lainnya akan mendatangkan manfaat , keberkatan berpanjangan kepada kita semua.
Mudah-mudahan Allah akan lanjutkan usia kita, dapat mengerjakan amalan terbaik, tahun ini, tahun hadapan,dapat merayakan Syawal dengan penuh kemeriahan di samping orang yang tersayang.
Dalam pada kita ghairah berhari raya semuga hati kita akan sentiasa mengingatkan kepada mereka yang tidak berupaya, kepada yang memerlukan, kepada yang ditinggalkan dan yang di dalam kedukaan. Kebahagiaan dalam sebuah keluarga memerlukan pengorbanan tidak kira dalam persahabatan / rumahtangga. Kasih sayang, kesetiaan, toleransi adalah asas utama membentuk keluarga bahagia..berlandaskan agama sebagai pegangan hidup..insyaallah...
`sometimes you make the decision rights, sometimes you make the right decision' - dr.phil..
Tq, wassalam.- tq photo - anggun muslimah.
august. 19.2013.blwnz.,11.17am.
Langgan:
Catatan (Atom)