Assalamualaikum.
Sebuah dialog saya kira agak menyentuh hati yang boleh kita kongsikan bersama.
Bual bicara antara seorang anak,ayah dan ibu. Semalam saya membacanya dari sebuah majalah eksklusif (solusi) ,di ruangan angguk geleng.
Mudah-mudahan ia menjadi satu pengajaran yang berkesan buat semua, betapa kasih sayang seorang ayah,ibu itu tidakkan termampu untuk kita membalasnya dengan wang ringgit.
Begitu tersentuh hati.. kerana saya juga adalah di antara seorang anak yang tidak sempat untuk membalas jasa seorang ayah..
Kita ikuti kisah ini..
Anak: Mak, Man nak cakap sikit tetapi berat hati.
Ibu: Cakap sajalah,apa-apa yang boleh mak bantu,mak akan bantu.
Anak : Man, rasa tak boleh bagi duit setiap bulan untuk mak dan ayah untuk tahun depan.
Ibu: Tak mengapalah.
Anak: Emak pun tahu,banyak perkara Man perlu bayar, kereta,rumah,makan minum anak isteri.
(Anak mempunyai kereta Honda City baharu,tinggal di kondo mewah dan setiap kali dapat gaji mesti keluar menonton sekeluarga dan makan Mc D).
Ini yang terakhir untuk hujung tahun ini.
Ibu: Tidak mengapalah. Simpan untuk kamu sajalah.
"Yah,ambil sahajalah kalau dah di beri,"si ayah mencelah.
"Walaupun anak kita beri lima ringgit pun, cukup sampai hujung tahun."
Ayah sedang mendukung cucunya yang sedang memegang robot Transformers besar.
Anak: Takkan saya nak bagi sedikit itu. Lima ringgit boleh beli apa?
Ayah: Beli kalendar. Cukup untuk setahun.
Moral : Semasa kecil , ayah dan ibu tidak pernah berkira pun dengan anak-anak. Jangan pula setelah dewasa, anak-anak begitu berkira dengan mereka.
Alhamdulillah, saya sudah beransur baik. Segalanya adalah dengan izin Allahswt. dan doa dari semua. Sentiasanya Allah akan melimpahkan rahmat ke atas saya dan mereka yang saya sayangi, juga semua.. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Tq photo - nurdin212. blgspt.com.- manfaat kedekatan ayah dan anak..
majalah solusi.
jan. 28th.2014, 2.20pm.
Apabila kita sakit, di timpa segala macam kesusahan, seringnya tiada henti doa kita kepada Allah, berdoa dan memohon . Ya Allah, demi kebenaran Mu sembuhkanlah aku, maka Allah menyembuhkan kita. Setelah kita sembuh, kita lupa beberapa ketika sehingga kita sakit lagi dan memohon kembali. Ya Allah, bebaskanlah aku dari penyakit ini.
Maka waktu itu mungkin Allah telah murka. "Engkau bertaubat ketika engkau sakit, tetapi engkau kembali kepada perbuatan dosamu apabila engkau sembuh. Betapa kerap Allah menyelamatkanmu daripada kesusahan dan betapa banyak rahmatNya mengangkat bala semasa engkau di uji.
Tidakkah engkau takut dengan kematian? Engkau telah binasa dalam kemaksiatan yang engkau lakukan." - dr. hj zahazan mohamed.