Assalamualaikum.
"Adakah kedua ibubapamu masih hidup", Dan lelaki itu mengiakannya. Maka Rasullullahsaw berkata kepada lelaki tersebut "Berbaktilah kamu kepada kedua-duanya." Riwayat al - Bukhari.
Jika kita bertanya ,apakah besar jasa ibu sehingga kita tidak mampu untuk membalasnya? Maka Allah sendiri memberikan jawabannya, "Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada orangtuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya selama dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua-dua orangtuamu. Hanya kepada Aku tempat kamu dikembalikan." (Luqman 31:14).
Allahswt mengulangi sebanyak dua kali ayat tersebut sebagai tanda peringatan kepada semua bahawa, betapa besarnya tanggungjawab seorang anak dalam menghormati hak kedua ibubapanya.
Kerinduan hati seorang ibu hanya mampu diucapkan melalui bahasanya yang tersendiri, seranum rambutan yang menguning, sehitam si tampok manggis,sungguh hitam isinya manis. Pernahkah kita terfikir apabila tiba saja musim buah-buahan, ibu akan berkata, " pulanglah buah-buahan di kampung sudahpun masak meranum".."
Kita terlupa sebentar musim buah telah tiba, gulai ikan pekasam dicampur terung telunjuk sudah berbau harum, sambal belacan di alu lesung, di cecah ulam pegaga semuanya menyelerakan.
Namun, itu semua hanyalah sekadar bahasa kerinduan bonda yang terucap untuk merayu agar anaknya pulang menjenguknya buat seketika. Sebenarnya ibu rindu untuk melihat raut wajah kesayangan anaknya.
Kicauan burung di pinggiran hutan,desahan air sungai yang mengalir deras,tiupan angin yang membelai pohon-pohon yang melintuk kehijauan masih belum dapat meredakan keresahan hati ibu pada wajah anaknya. Ibu bertanya sendirian, "Mengapakah engkau tidak mahu memahami arti rindu ini, seperti aku memahami tangisanmu ketika kau di lahirkan, sewaktu kau kedahagaan dan kelaparan, paling cemas hatiku ketika engkau tidak sihat.. "
Radar hati ibu begitu kuat lebih dari menara kawalan namun kenapa kerinduan yang jelas ini tidak pernah engkau mahu mengertikan.. Ibu tetap ibu, ibu akan terus memendam rasa hati kesayuan perasaan demi keselesaan dan kebahagiaan anaknya. Hingga pada suatu saat, waktu itu ibu akan berbisik lemah pada dirinya, "Ibu telahpun memaafkan kamu dan menghalalkan segalanya.".. maka pada saat itu juga tidak perlulah untuk kita kesali lagi ..kerana tiada lagi ibu sebagai pengganti...,jangan biarkan ibumu menangis sendirian..
"Dan hendaklah engkau merendahkan diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah untuk mereka dengan berkata, "Wahai Tuhan kami, Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil". - Al Isra - 17:24.
Semuga kita akan mendapat limpahan taufik dan hidayah dari Allah dan semuga Allah mengampuni segala dosa dosa kita yang telah lalu,amin..tq ,wassalam.
tq photo -norshahzliezablgspt, sumber - solusi.
april 10th. 2014, 2.21pm.