Ahad, 17 Mei 2015

Rimbunan Kasih Dedaun Sawit , janjinya bahagia......... ( May 19th . 2015 ) .

                             


Assalamualaikum ...

" Angin similir bertiup lesu di celah rimbunan dedaun yang berbisik sayu . Sinar suria menjengah
malas sekadar mengucapkan salam pada pencinta pagi , lantas menghilangkan diri di sebalik gumpalan awan putih , hitam dan gelap yang sarat mengundang mendung . Nyanyian unggas desa yang saban
hari menyapa sesama sendiri , entah hilang kemana pergi . Si Jalak dan Si Rintik seakan hilang
ghairah beradu seni . Senda gurau kumbang menyeri bunga , lincahan kodok beraksi kian sepi " -
tulisan Tuan Guru Allahyarham Nik Abdul Aziz , di dalam " Tok Guru - Sebuah Biografi Awal " ,
semuga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya beliau ,....TQ .
                                      

Namun , pagi itu , suraman  rimbunan dedaunnya seakan berbisik sepi , mentari seperti bangkit sekadar
melepas rindu buat anak kecil itu . Zarina masih berbungkus selimut , udara pagi  dingin membuatkan dia liat untuk bergerak , ' hari ini tidak sekolah ibu ', dia berbisik sendirian di dalam hatinya .  
Mak cik Zaimah melaung , 'Ina , bangun cepat , kata mahu ikut ayah ke sungai menjala ikan .'
Ibunya Zarina masih menganggap anak gadisnya seperti anak kecil yang perlu dimanjai .
Zarina  masih di bangku sekolah menengah rendah , seorang anak meningkat remaja hasil kasih sayang Pak Hasan dan isterinya Mak cik Zaimah , sememang begitu manja apalagi dengan ayahnya .
Anak gadis berkulit agak sedikit gelap itu , memiliki wajah yang manis , mungkin kerana keturunan
ayahnya sebelah datuk yang berasal dari Indonesia menjadikan dia agak sedikit lain dari yang lain .
Berhidung mancung , renungan mata yang agak dalam seperti menyimpan rahsia hatinya sendiri .
Ibunya adalah anak kelahiran Malaya , tapi wajah Ina lebih  mirip kepada wajah bapanya . 
Bermata sedikit sepet , tembam sewaktu kecil hingga nenek sebelah ibu sering menggelarnya anak kacukan cina walaupun berkulit hitam .
Dialah permata hati Pak Hasan dan isteri tercintanya Zaimah . Zarina pengikat kasih Pak Hasan  dari
isterinya yang ke dua manakala dari isterinya yang pertama dia mendapat seorang anak lelaki ,
Ibrahim . Pak Hasan sudah lama mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya , dalam jarak
yang agak jauh beliau berkahwin lagi . Mereka berdua adalah adik beradik sebapa tetapi agak
sedikit jauh dan kurang mesra kerana tidak pernah tinggal bersama . Masih lagi ada adik beradiknya
yang lain tapi dijagai oleh nenek sebelah ibunya di kampung .

Di sekolah Zarina berminat kepada subjek music . Dia sering menjadi ketua kepada setiap persembahan pada hari - hari keraian tertentu seperti Hari Guru .
Ayahnya telah menghadiahkan dia sebuah gitar kecil pada harijadinya tahun lepas untuk dia
mengasah bakat .
                                     grenlifeeblgspt.com , the most younger miss world , Tq photo .

Pak Hasan , jika hilang sebentar Zarina dari pandangan matanya akan terus sahaja memanggil isterinya agar segera 
perhatikan anak kesayangan itu , bimbang jika tercedera atau apa sahaja .
Pagi itu , hujung minggu seperti biasa Pak Hasan tidak bekerja . 'Ina ,  bangun cepat , ambil
perkakasan ayah di bawah rumah , ikut ayah ke sungai menebar jala , untung - untung dapat anak ikan
putih hari ini untuk dibuat lauk .  cepat......kita meredah alur sungai kecil di hujung sana ' . 
Mak Zaimah terkebil - kebil memandang suaminya sambil menyua kopi minum dan bekalan
pagi itu................
                                       bunga di atas meja - rositah ibrahim -itbm.com.my , Tq .

' Abang , hari ni Ina cuti , kalau tidak ke sungai ikut abang pun tidak mengapa , biarlah dia
di rumah siapkan kerja sekolahnya ' , tegur Mak Zaimah .
'Biar aja Ina ikut abang , bukan lamapun .....ke paya , ke sungaipun belajar juga , belajar untuk
hidup , tidak hanya pandai di sekolah tapi pandai buat kerja di rumah ', balas Pak Hasan .
Pak Hasan mahu anaknya menjadi seorang tabah berdikari apabila dia tiada nanti , tidak hanya
meminta - minta dari orang lain . Biar dia anak bijak di sekolah dan kuat berusaha sebagai
serikandi  desa . Itu harapannya .
                                      koding. KN .blgspt.com , Tq .

' Matahari telah tinggi yah , kita pulang saja ....', teriak Ina di belakang ayahnya . Sepagi mereka
meredah tepian semak belukar itu , kedua beranak itu pulang kerana bahang matahari sudah terasa
panasnya . Ayahnya mengiakan , 'ayuh , kejap lagi zohor , minggu depan ayah bawa Ina lagi menahan
lukah berperahu pula , tidakpun teman ayah aja ke ladang mengumpul kayu untuk ibu di rumah
memasak ' . Ina terus sahaja membawa kendi kosong itu dengan beberapa ekor anak ikan kecil di dalamnya .  Dia merenung wajah ayahnya yang tersenyum pahit seperti kopi hitam bekalan ibu pagi tadi . Dari wajah ayahnya itu , dia dapat mengagak , ayahnya senyum terpaksa kerana tangkapan hari ini tidak seberapa .
                                             getuas.wrdpres.com , album gerek , Tq .

Besuknya seperti biasa Ina bangun awal pagi untuk ke sekolah . Ibunya menyediakan sarapan , selesai minum anak itu bergegas turun mencapai basikal untuk ke sekolah .
Sebelum pergi , Ina bersalaman dan mencium tangan ke dua ayah dan ibunya . ' Ibu , tangan ayah panas , ayah demam agaknya ', bisik Ina kepada ibunya , Ina pergi dulu bu '.
Mak Zaimah melambai anaknya , kemudian cepat sahaja dia berlalu mendapatkan suaminya yang dari pagi tadi hanya sunyi sepi di dalam bilik tidurnya .
'Abang demam ya , saya hantarkan abang ke klinik desa di Kampung Seberang ', celah Mak
Zaimah . ' Emmm ....tak perlu sikit aja , jawab Pak Hasan , nanti telan panadol kebahlah demam
tu ' .

Seharian Pak Hasan tidak keluar rumah kerana tidak sihat . Biasanya orang tua itu jika tidak bekerja
tidak terperap begitu sahaja . Jika tidak ke pejabat , ada sahaja tugasannya seperti berkebun di
belakang rumahnya . Di sebelah malamnya pula , berbekalkan teh susu panas , bertemankan cahaya
pelita ayam di satu sudut rumahnya , akan terhendap - hendap menyirat jaringnya yang koyak .  Ada juga tempahan dari luar ,
tapi akhir - akhir ini dia tidak sihat , sering batuk dan demam , maka semua tempahan dibatalkan .
                                             


Sepulangnya dari sekolah , Ina bertanya ibunya , 'ayah belum sihat bu ?'. Sudah seminggu Pak Hasan
begitu . Demamnya masih belum kebah . Ina usulkan kepada ibunya , ' mungkin ayah terpaksa dirawat
di hospital bu , mungkin ayah sakit , ' jelasnya .
'Besuk Ina dan ibu akan hantar ayah ke hospital ', jelas Ina kepada ayahnya . Pak Hasan mencelah ,
' tak perlu , sikit aja , ....., nanti ayah sihatlah......'

Malam itu Mak Zaimah dan anaknya tidak dapat lelapkan mata kerana menemani ayahnya .
Pak Hasan , nyata demamnya agak keras sedikit , tidak ada tanda sembuhnya .
Di luar rumah , dalam gelap malam , hujan lebat mencurah - curah . Sesekali angin bertiup ,
berderap melanggar zink rumah buruk Pak Hasan .
Pak Hasan , seperti ada sesuatu yang ingin dibicarakan kepada anak kecilnya itu .
' Ina , jika ayah tiada lagi , Inalah pengganti ayah untuk ibu , jaga ibu baik - baik ya .'
' Ina jadi anak yang baik , rajin berusaha , belajar , taat kepada ibu , jujur ikhlas ,' pesan Pak Hasan lagi .
Hujan -sinarharian.com.my ,Tq .

Zarina baru sahaja berusia lima belas , namun mempunyai kecekalan seperti bapanya mungkin .
Tahun ini , dia akan menduduki peperiksaan menengah rendah . Dia tidak seorang anak terpelajar
tapi rajin mentelaah buku dan menyiapkan kerja sekolah . Jika berada di sekolah , sering menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan .

Tanpa sedar , anak itu menangis mendengar ayahnya mengucapkan sebegitu . Mak Zaimah juga
tidak tertahan melihat anak dan suaminya . Dalam gelap malam seolah tidak kelihatan ,
tangisan seperti tidak kedengaran kerana hilang bersama curahan hujan yang begitu lebat , amat
menyedihkan , seperti hujan juga turut berduka pada malam itu .

Sudah seminggu Pak Hasan pergi tinggalkan anak dan isterinya . Zarina pula hanya beberapa hari
sahaja lagi akan menduduki peperiksaan . Hatinya begitu lentur sekali apabila mengenangkan ayahnya
dan melihat ibunya yang sering termenung . Ibulah paling terpukul dengan kehilangan ayahnya itu .

Selesai peperiksaan , cuti sekolah akhir tahun telahpun bermula . Zarina ingat akan pesan ayahnya
untuk menjaga ibunya . Dia sedang berkira - kira untuk mencari sumber pendapatan .
Kebetulan jiran sebelah memerlukan seorang untuk membantunya di kebun .  Tidak berfikir panjang ,
dia menerima tawaran itu . ' Inilah peluang untuk membantu ibu , bisik hatinya ' .
Keesukkan pagi , awal lagi Ina sudah siap untuk ke kebun . Dia memberitahu ibunya keluar
menolong membungkus nasi lemak . Ina tidak sampai hati menjelaskan kepada ibunya kerana bimbang pasti ibu tidak akan membenarkan dia bekerja . Kerja di ladang dalam seusia itu , apakah yang anak kecil boleh lakukan.......itu adalah tenaga anak lelaki .

' Ina pergi dulu bu , siap nanti Ina pulang .' Lalu dia bergegas keluar menyarung kasut di luar
rumah . Tidak berlengah - lengah ,bimbang kalau ditahan oleh ibunya .  Begitulah hari - hari anak itu,
tidakpun sampai seminggu  Zarina demam .  Sebetulnya memang dia tidak mampu melakukan kerja berat itu . Beberapa hari dia demam lalu dimasukkan ke hospital . Ibunyalah yang menemankannya sehingga sembuh , dia tidak lagi bekerja di ladang itu .

Hampir sebulan bertapa di rumah , dia perhatikan ibunya seperti ada sesuatu yang tidak kena .
Bila malam tiba sahaja , kedengaran suara radio dari arah bilik ibu . Selama beberapa malam kejadian
itu berlaku . Ina baru tahu , ibunya sudah parah , melalui satu saat yang sangat menyedihkan setelah berpisah dari ayahnya . Ibu sedih , fikirannya terganggu ,  ditinggal bersendirian , walaupun dia ada Ina tapi tidakkan sama
ditinggalkan kekasih hatinya . Saban malam ibu akan menyanyikan sebuah lagu ,   Malam Ini
Kita Berpisah........ Habibah Yaacob .

Malam ini kita berpisah
rasa hati resah gelisah
pulanglah kanda wahai pujaan
tinggallah dinda keseorangan
selamat jalan ...

Mengapa kita berjumpa
bercinta dan putus pula

kalau dah nasib
apa nak dikata
pulanglah kanda wahai pujaan
tinggallah dinda keseorangan

Hatiku sudah berdarah
asmara hancur dan musnah
kalau dah nasib
apa nak dikata

pulanglah kanda wahai pujaan
tinggallah dinda keseorangan
selamat jalan............TQ .

Zarina begitu sedih . Dia cuba memujuk ibunya . Dia akan pastikan ibunya kembali sihat seperti
biasa . Bila malam tiba saja , dia akan sering menemani ibunya di kamar tidur .

Ibu , 'Ina akan nyanyikan ibu ya .....ibu pejam mata dan dengar Ina sentiasa sayangkan ibu dan
ayah , kita doakan ayah bahagia di sana' . Begitulah dia memujuk ibunya setiap malam .
Lalu Ina mengambil gitar kecil hadiah dari ayahnya dan terus mengalunkan puisi untuk
ibunya .

Suara serak - serak basah Ina bersama  petikan gitarnya seperti sembilu yang
menghiris hati .......

" Engkau adalah ombak ,
melemparkan cemara berkilauan ,
menjadikan pantai mengenal erti cinta ,
engkau adalah kolam yang bening ,
beraraklah teratai memautkan kiambang ,
usia yang muda terpenjara dengan airmata ,
hilang cinta , keringlah rindu ,
pergi bagai kabus pagi disinari matahari ,
kini ia terluka menjadi seorang tua
yang dilupakan ,
lukanya lukaku , remaja hingusan
yang datang sebagai kembara
membawa kalungan bunga ,
ini saja hadiah dariku
sebuah gitar tua dan restu " . ....., puisi di adaptasi dari Memori Seorang Tua , TQ .

Airmata Zarina jatuh ke pipi bagai ditiup angin . Sampai bilakah dia  harus meneruskan
nyanyian untuk menghiburkan kedukaan hati ibunya  ....................

Kini , Zarina masih lagi mengalunkan lagu itu , lagu yang sering dinyanyikan oleh ibunya .
Dia berdoa dan berharap ibunya bahagia di sana bersama ayahnya .........kasih zarina kepada
ibunya bak rimbunan kasih dedaun sawit yang satu masa dahulu mengajar erti kehidupan pada dirinya setelah ayahnya pergi ..............


Coretan ringkas di atas tidak ada kaitan dengan sesiapapun yang masih hidup atau telah mati .
Jika ada nama yang hampir sama , itu hanyalah secara kebetulan sahaja .  Penulis juga tidak
bermaksud bayangan atau bertujuan kepada sesiapapun . Tulisan ini sekadar ilham penulis
tentang kehidupan yang pasti akan dilalui oleh sesiapapun apabila ia ditinggalkan atau
kehilangan  dan apakah mungkin kasih rimbunan dedaun
sawit itu akan terus menjanjikan kebahagiaan buat mereka yang berteduh di bawahnya ..........
.................Wassalam .

                                              ......................................................

May 18th 2015 - 9 .42 am , 3 . 00 pm .