Sabtu, 20 Februari 2016

Ayah Tak Kisah...

                                     ayah dan anak Indonesia .net , Tq photo .


Assalamualaikum .


Ayah tak kisah...


Bila ayah lepaskan anaknya untuk berkahwin , tiada seorangpun yang bertanya akan perasaan
ayah . Ayah menangis di hati kerana melepaskan anak yang di sayangi dan di kasihi .
Ayah tak kisah...

Bila anak hanya memeluk emak  , anak menunjukkan kasih sayang pada mak , ayah hanya
memendam rasa .
Ayah tak kisah...

Bila anak tiada yang datang menjenguk , ayah hanya menghitung hari... menyuruh emak
menelefon anak bertanyakan khabar .
Ayah tak kisah...

Bila anak hendak pulang , ayah ingatkan emak makanan kegemaran anak , mak memasak
seterusnya mendapat pujian .
Ayah tak kisah...

Bila anak berjaya dalam pelajaran , ayah menangis kegembiraan dalam bilik keseorangan ,
tiada siapapun yang tahu .
Ayah tak kisah...

Bila anak telefon cakap rindu pada emak , tapi sayangnya tidak langsung rindu pada ayah ,
ayah bersedih biar emak gembira kerana dapat berbual dengan anaknya .
Ayah tak kisah....

Di kongsi dari Kisah Benar with Muhammad Shareus etc , Tq .


Sejauh manakah ayah tidak kisah ....apakah benar ayah tidak akan  pernah  kisah.....

When Allah blesses you financially dont raise your standard of living , raise your standard
of giving ...

Jika saat ini indahnya perasaan cinta dan rindu itu...maka saat ini juga , detik ini juga ,
keindahan cinta yang menyelimuti rindu sedang aku rasakan , pastilah rindu untuk kedua
ayah dan ibu yang telah jauh pergi ......


February 21 th . 2016 - 1 . 07 pm .

Sabtu, 13 Februari 2016

Mencari Syurga Ibu Bapa.....

                                      6 days Surabaya - East Java , Tq .


Assalamualaikum .


Di pagi hari ini marilah kita berdoa untuk ke dua ibu bapa , sama ada yang masih
hidup atau yang telahpun pergi , semuga mereka sentiasa dalam rahmat Allah swt .


Wahai Rabbku ..., kasihilah kedua ibubapa kami sebagaimana mereka berdua telah mengasihi
dan mendidik kami sewaktu kecil .


Wahai Tuhan kami , berikanlah kami sekeping hati yang sentiasa mendoakan kebahagiaan
orang lain , berikan juga kami sekeping hati yang selalu rendah , terhindar dari sikap
sombong dan mementingkan diri sendiri .
Semuga kami adalah antara orang - orang yang sentiasa mendapat petunjuk dan rahmatMu ,
dan semuga segala urusan di permudahkan Allah swt .


Perkongsian pagi ini ...
                                     Teletubies Savanna Bromo - Java , TQ .


Dari  seorang rakan ....menyentuh kalbu....

Menziarahi seorang rakan yang sakit tenat , dia menggenggam erat tanganku lalu menarik
ke mukanya untuk membisikkan sesuatu ketika aku meminta diri untuk pulang .
Airmatanya tergenang . Dalam lafaz yang tidak berapa jelas , dia berkata ,
" Jika kau tidk nampak aku di syurga , tanyalah Allah di mana aku , tolonglah aku ketika itu..."
Dia langsung teresak - esak menangis lalu aku memeluknya dan meletakkan muka ku di
bahunya . Airmataku turut mengalir membasahi...
Aku membisikkan , " In Shaa Allah , aku juga mohon kepada mu , jika sebaliknya kau tidak
nampak aku di syurga "....,, kami menangis bersama entah berapa lama .
                                     Bromo tour Indonesia , Tq .

Bila saja aku tinggalkan ward , aku terkenang akan pesanannya .
Aku termenung , baru aku teringat pesanan itu pernah di pesan oleh seorang ulamak besar Ibnu
Jauzi , yang juga berkata kepada sahabatnya sambil menangis , " Jika kamu tidak menemui
aku di syurga bersama kamu , maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku " ,
si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau , maka masukkanlah
dia bersama kami ke dalam syurga .
Ibnu Jauzi berpesan begini bersandarkan kepada , ...
"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan
sahabat mereka yang selalu bersama mereka  dahulu di dunia .
Mereka pun bertanya kepada Allah , " Ya Rabb , kami tidak melihat sahabat kami yang sewaktu
di dunia bersolat bersama kami , berpuasa bersama kami , dan berjuang bersama kami .
" Maka Allah berfirman , pergilah .....keluarkan sahabat - sahabatmu yang di hatinya ada iman walau hanya sebesar zarrah . Ibnu Mubarak - Az Zuhd .


Pengajarannya....

Pilihlah sahabat yang membantu bukan sekadar dunia tapi hingga ke akhirat dengan sifat
utamanya berbuat ibadah seperti bersolat , berpuasa , berpesan kearah kebaikan , berjuang untuk agama .  Mereka akan sentiasa mengajak ke arah kebaikan , menjemput ke arah ilmu , bermuafakat
kepada kebajikan , berpesan kepada kebenaran .
Mereka bersembang tentang dunia tetapi tidak pernah memisahkan dengan garis akhirat , mereka
sentiasa bertakwa dan sentiasa mencari syurga Allah .
Sayugianyalah , beginilah harus teman yang ada sekeliling  kita .
Meraih syurga Allah , pelbagaikanlah usaha , harapan selain doa semuga akan masuk ke pintu
syurga .
Al Hasan Bashri , " Perbanyaklah sahabat mukminmu ...". pejamkanlah mata , ingatlah bahawa
betapa indahnya syurga Allah itu untuk orang - orang yang di redhaiNya .....
Amin........ya Allah ., semuga kita menemunkan syurga kedua ibubapa ...
                                      tourpages - stairs to Mt . Bromo - east Java , Tq .


February 14 th . 2016 - 9 .43 am .