pokok kelapa - mawar berduri -asmasolehahblgspt.com , Tq .
Assalamualaikum ..
Mulakan pagi yang indah ini dengan Bismillah , mengingatiNya di setiap langkah dalam apa
juga yang ingin kita lakukan . Bernawaitu atau niat biar sekecil mana keranaNya , semuga sentiasa
dalam restu dan redhaNya .
Selamat pagi Isnin untuk semua ..
Selingan di pagi ini .
Seorang pesakit jiwa tiba - tiba melarikan diri dari sebuah hospital . Apabila terjumpa sebatang
pokok kelapa di luar hospital , lelaki itu terus saja memanjatnya .
Beberapa orang kakitangan hospital memujuk supaya lelaki itu turun . Namun , dia tidak juga
mahu turun . Keadaan menjadi kelam kabut .
Polis , Bomba dan Rela juga di panggil untuk membantu menangkap pesakit itu .
Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesar suara menyuruh pesakit itu turun dan
polis akan menembak jika ia enggan turun .
Namun , pesakit itu masih enggan turun . Malah dia beraksi seolah - olah mahu terjun apabila
ada yang cuba mendekati pokok kelapa yang di panjat itu .
Usaha untuk memujuk pesakit itu gagal .
Sebentar kemudian kakitangan hospital datang dengan membawa seorang lagi pesakit jiwa .
Mereka ini telah di tempatkan di ward yang sama .
Kakitangan hospital meminta pistol dari seorang anggota polis , lalu di berikan kepada
pesakit yang baru datang tadi .
Pesakit itu kemudian mengacukan pistol kepada rakannya yang di atas pokok kelapa .
" Baik hang turun , kalau tak turun aku tembak ."
Lelaki itu terus turun dari pokok kelapa dan dia kemudiannya di berkas oleh polis .
Pegawai polis tadi bertanya , " Kenapa masa saya bagi amaran tadi kamu tak ikut ?"
Tapi bila kawan kamu suruh , kamu ikut?
"Sebab saya tahu , polis tidak akan tembak saya . Tapi kalau kawan saya yang ini , dia betul
sakit mental . Orang sakit mental tidak boleh di harap dan tidak boleh di percaya . Dia akan
tembak betul - betul . ..."
Dalam kisah di atas siapakah sebenarnya sakit jiwa .......
Di kongsi dari rakan WhatsApp , Tq Jarina .
Apr . 25 th . 2016 - 10 . 40 am .