Assalamualaikum......
Di pagi yang mulia ini kita mulakan dengan Selawat ke atas Nabi saw dan bacaan Ummul
Kitab Al - Fatihah .... Bismillahirohmanirohim .................
Semuga kita diberikan kesihatan yang baik , dirahmati Allah SWT .
Maha suci Allah yang Maha Pengasih , Selawat dan Salam kepada Baginda saw , keluarga dan
para sahabat ,
Ya Allah ....ilhamkanlah kami petunjukMu , limpahkanlah kasih sayangMu , terimalah ibadah
kami , ampunilah segala dosa - dosa kami Ya Rahman dan kami memohon darjat yang tinggi
di SyurgaMu ,
Semuga dengan sinarnya Rabb yang berterusan didatangi Hidayah dan Petunjuk untuk kita
terus beribadah dan berbuat kebaikan ...Amin...
Kita , kehidupan kita dan umur kita adalah bagai Sifir 7 .
7 x 1 = 7
Ketika di umur 7 x 1 , kita percaya bahawa bermain merupakan perkara penting dalam hidup .
Pagi , petang , siang , malam mahunya bermain . tidak pernah terfikir akan dosa dan pahala
tidak juga berfikir pada masa hadapan .
7 x 2 = 14
Ketika berumur belasan pula , kebebasan itu adalah satu yang sangat penting . Oleh itu kita
berusaha untuk menyuarakan pendapat sendiri . Kita bersikap memberontak , tidak mahu mendengar
nasihat atau kata apa sekalipun .
7 x 3 = 21
Beranjak kepada umur 20an.....kita merasa pendidikan dan kerjaya itu penting . Oleh itu belajarlah kita
bersungguh - sungguh untuk memperolehi kejayaan dan kerjaya yang setimpal . Hingga tiba pada
satu tahap kita akan menyesal tidak belajar besungguh andai ada kawan - kawan yang telah
berjaya . Mungkinkah kita cemburu dengan mereka kerana mereka mendapat pekerjaan
yang baik dan betapa ruginya kita telah mensia - siakan peluang yang ada dan datangnya hanya
sekali seumur hidup .
7 x 4 = 28
Meningkat kepada umur ini , kita semakin sedar kewangan adalah penting untuk hidup .
Masa ini kita telah mula membina hidup .
7 x 5 = 35
Mulalah difikiran untuk membina sebuah keluarga yang bahagia . Ingin memiliki asset dan
segalanya .
7 x 6 = 42
Memasuki fasa ini .... kita terpaksa akur bahawa usia telahpun meningkat .
Saat semakin pendek tapi kita masih berlumba mengumpul harta .
7 x 7 = 49
Waktu ini kita semakin sedar bahawa kesihatan adalah penting . Kekayaan , adakah ia tidak
penting namun dapatkah ia memuaskan nafsu segala....
Waktu ini juga risiko berbagai penyaakit sedang cuba melamar diri . Mungkinkah kita
menyesal kerana sibuk bekerjaya dan harta sehingga mengabaikan kesihatan diri tatkala
umur meningkat remaja menjejak tua .
7 x 8 = 56
Memasuki era 50an ....impian mungkin sudah dimiliki dan semakin sedarlah kita bahawa
kasih sayang dalam hidup juga penting . Kesunyian melanda tatkla anak sudah membina hidup
sendiri dan pergi jauh mencari kehidupan mereka . Anak - anak pula sibuk bekerjaya sehingga
menjadikan kita rindu pada saat - saat indah bersama mereka . Banglo yang besar , kereta yang
mewah seakan sudah tiada artinya kerana yang nyata agam ini kosong dan sunyi sepi tanpa
segala .
7 x 9 = 63
Kehidupan perlu diteruskan .......adakah kita sadar waktunya amalan yang cukup bermakna untuk
membawa mengadapNya ke sana . Kemewahan dan kebendaan mungkin ada ditahap ke dua .
Rumah baru bakal menjemput pada waktu bila - bila sahaja . Rumah besar hampir setiap hari
mengucapkan selamat jalan dan pergi . Namun ....Maha Besar Allah masih membuka pintu dan
menerima Taubat yang di pohon oleh hambaNya .
Kenapa berhenti di sifir 7......
Kerana inilah purata umur umat SAW . Banyak yang berakhir sekitar usia ini . Jika ada ke sifir
seterusnya adalah bonus Allah yang sangat Mengasihi .
Demikianlah kitaran hidup . Kanak - kanak menjejaki remaja , remaja ke dewasa .
Dewasa melangkah ke usia tua , seterusnya warga emas . Usia hanya pinjaman dunia dan amatlah rugi
jika mempersiakan hidup dengan perkara melalaikan dan merugikan .
Dan ingatlah , berapa ramai antaranya yang terlepas banyak sifir - sifir di atas , ada yang hanya
terhenti di sifir 1 dan seterusnya .
Hidup yang sementara berarti dunia penting sebagai laluan ke akhirat . Umur hari ini adalah
anugerah Allah yang sangat bernilai harganya . Hargailah dengan banyak mengingatiNya .
Walau di mana kita berada jangan lupa dan bertangguh bahawa kematian itu adalah misteri tidak
akan cepat atau lewat walau sesaat .
Amin.........Kehidupan bagai sifir 7 untuk di lalui .
Nov . 15 th . 2016 - 11 . 05 am .