Jumaat, 29 Mei 2020

Salam Ramadhan 2020 , Salam Aidil Fitri 2020 , Stay Home Stay Safe .



Assalamualaikum


Agak lama tidak bersiaran apa pun di ucapkan .....

Salam Ramadhan
semoga segala amalan diberkati Allah swt  .

Salam Aidil Fitri
mohon maaf zahir dan bathin .

Stay home stay safe .


2952020 -  5.15 pm .
Wassalam  semoga jumpa lagi , TQ .

Jumaat, 7 Disember 2018

Kawan

Assalamualaikum ...  dec 18 ., selamat tinggal 2018 , selamat datang 2019 .

Selasa, 27 Mac 2018

Kembara Passport Jepun - Malaysia - Korea 6 H 5 M

                                          Passport 3 , Tq .


Assalamualaikum .


Hilang pasport di luar negara adalah satu benda yang menakutkan buat semua pengembara .
Tapi , itulah yang terjadi sewaktu aku ada di Jepun tahun lalu .
Ok , apa nak buat jika passport hilang ...

Perkara pertama aku buat ialah call kawan dahulu , itu situasi biasakan , cuak kau ...
Kemudian terus saja cek in dekat guesthouse di Kyoto . Aku minta orang guesthouse call
Kansai Airport dan Syarikat bus Limo ( tempat yang aku percaya kali terakhir aku tengok passport ) .
Kedua - dua cakap tak ada .  Kemudian , sebab terlalu penat , aku tido sebentar .
Di Osaka , ada orang tanya kenapa passport hilang sedangkan aku tinggal di Kyoto .
Hotel aku tidak boleh cancel .... lagipun dekat je Kyoto - Osaka itu .


Esoknya hari Jumaat , pagi - pagi lagi aku sudah ke Kansai Airport , report dekat " Lost and Found ",
kemudian  aku tunggu kat station bas limo , tanya bas satu - satu kalau ada nampak passport aku kat
dalam bas , jawabannya tetap tidak ada .  Aku dapat nasihat dari seseorang untuk tunggu di Kyoto
sampai hari Ahad untuk pastikan passport aku betul - betul hilang ( memandangkan kalau barang
hilang di Jepun , 90 % akan dapat balik .
Tambahan pula , kedutaan di Tokyo  tutup pada hari Sabtu dan Ahad .  Tidak lupa , aku email kedutaan mengatakan passport aku hilang  dan buat masa sekarang aku tinggal di tempat sekian .

Hingga hari Ahad , passport tidak jumpa juga .  Aku terpaksa bergerak ke Tokyo sebab kedutaan di sana . Sila maklum , dimana juga passport anda hilang , anda perlu ke kedutaan di Tokyo .
Overnight bas dari Osaka ke Tokyo memakan masa 9 jam . Sampai di Tokyo pada hari Isnin , terus
saja ke Pejabat Polis di Shibuya dan buat report . Kena buat report polis di Shibuya  sahaja untuk
rujukan kedutaan . Dah sampai kedutaan , apa dokumen yang perlu ada ?
Dinasihatkan menyediakan ini sebelum pergi kedutaan .

1 . Gambar berukuran passport 3 keping ( kalau tak ada , boleh ambil kat booth gambar di Stesen
     Shibuya .
2 . Bukti kewarganegaraan - kad pengenalan Atau surat beranak . Salinan pun tidak mengapa .
3 . E - tiket penerbangan
4 . Bayaran sebanyak RM 50 ( 1 , 350  Yen )
5 . Laporan polis

Kebetulan aku ada simpan semua dokumen dalam email kecuali passport aku yang terbaru  dan
surat beranak . Dan .... sebenarnya surat beranak tak perlu pun kalau dah ada IC . Aku salah info .
Passport ada gambar sahaja dalam phone .
Kebetulan pula   next city aku adalah Seoul , aku tak submit e - ticket dan dia minta aku email petang
itu juga sebab nak keluarkan pelepasan dari airport mana aku akan berlepas balik .
Belilah ticket on the sport pula .
Note that , dokument perjalanan cemas hanya boleh digunakan untuk kembali ke negara asal sahaja
iaitu Malaysia .

Aku samapai ke Kedutaan Malaysia lepas lunch hour , so dokumen perjalanan cemas hanya boleh
dikeluarkan esok hari . Esoknya , aku pergi ambil dokumen perjalanan dan berpatah balik ke Osaka untuk terbang ke Malaysia . Kenapa balik dari Osaka bukan dari Tokyo ..
Tiket itu sahaja paling kurang harganya .

Sampai KLIA , immigration akan bagi surat untuk kita bawa ke Immigration Putrajaya .
Aku terus buat report polis lagi  sekali kat KLIA , pring e - ticket untuk pergi ke Seoul .
Dari KLIA , aku terus gerak pergi Putrajaya .
Bab ni jarang orang kongsi prosedure dia .  Proses ini perlu dibuat dalam tempoh sebulan lepas
sampai ke Malaysia .

Dokumen apa perlu bawa ke Immigration Putrajaya ..

1 . Salinan kad pengenalan ( 2 salinan )
2 . Report polis ( 2 salinan )
3 . Borang kaji selidik passport hilang ( yang ni kaunter akan bagi dan kena pergi Pesuruhjaya
Sumpah untuk cop dan sahkan , pastu kena sumpah tak akan hilangkan passport lagi .

Dan ... aku ada masalah lagi . Ticket aku ke Seoul hari berikutnya . Memang salah aku , mana
aku tahu proses nak dapatkan passport baru kalau hilang kena ambil masa 3 - 5 hari bekerja .
Aku call syarikat penerbangan nak tukar tarikh ticket  tapi amount dia banyak gila .
So aku buat surat rayuan  . Pegawai bagi aku contoh dan aku tulis tangan sahaja surat rayuan itu
beserta e - ticket pernebangan  . Lepas itu , dia suruh aku tunggu sampai jam 2 untuk jumpa
pegawai atasan .
Mereka buat siasatan  , check tarikh aku keluar Malaysia , kemudian dia kata datang esok pagi jam
7.30 kalau - kalau big boss diorang luluskan rayuan aku .
Aduh .... flight esok jam 14 . 55 pm .
Esoknya , pagi - pagi aku dah terpacak dekat pejabat Immigration , Alhamdulillah mereka luluskan
permohonan .
Di Putrajaya , aku terus ke KLIA , terbang ke Seoul .

Peringatan ....
Sila pastikan semua dokumen perjalanan seperti salinan passport , kad pengenalan , surat beranak dsb disimpan dalam bentuk apa sekalipun .  Macam aku simpan dalam email .
Gambar je takde . Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja . Kali ini aku bernasib tidak baik
kerana trave tanpa travel insuran sebab unsurans hanya valid sekiranya terbang  dari Malaysia
sahaja .

Terima kasih untuk semua .....

.....................................................................................................

28 th . March . 2018 - 1 . 34 pm , 29 . 3 . 18 - 4 .27 pm .

Ahad, 25 Mac 2018

Berdoalah ...

                                          Berdoalah ..., hipwee - tq foto .


Assalamualaikum .


Berdoalah ...
Dikala 1/3 malam

Berdoalah ...
Sewakt dalam sujud

Berdoalah ...
Diantara Azan dan Iqamah

Berdoalah ...
Diantara Rakaat terakhir

Berdoalah ...
Sewaktu turunnya hujan

Berdoalah ...
Sewaktu sedang bermusafir

Berdoalah ...
Sewaktu berbuka puasa

Berdoalah...
Sewaktu sedang berzikir

Berdoalah ...
Sewaktu Hari Arafah

Berdoalah ...
Sewaktu melawat orang sakit


DSKB video - Tq sharing .
26 th . March . 2018 - 1 . 22 pm .

Khamis, 22 Mac 2018

10 Kunci Hati ..

                                          10 kunci hati jiwa tenang dan tenteram - viva video , tq .


Assalamualaikum .


Ada 10 kunci agar hati dan jiwa selalu tenang dan tenteram :

1 . Tidak membenci
     Jangan pernah membenci seseorang walaupun dia telah berbuat kesalahan kepadamu .

2 . Tidak mengeluh
     Jangan berkeluh kesah dan bersedih hati , perbanyakkan berdoa kepada Allah swt .

3 . Hiddup sederhana
     Hiduplah sederhana dan sewajarnya walaupun punya kedudukan tinggi dan harta melimpah .

4 . Berperasangka baik
     Senantiasa berfikir positif meskipun silih berganti menghadapi masalah dan musibah .

5 . Selalu tersenyum
     Tersenyumlah walaupun hati sangat luka .

6.  Selalu memberi
     Membiasakan tangan di atas , meskipun dalam keadaan lapang atau dalam kesempitan .

7. Berdoa tanpa pengetahuan mereka
    Senantiasa mendoakan kebaikan untuk saudaranya tanpa pengetahuan darinya .

8 . Tidak dengki dan iri hati
     Jangan iri hati dan dengki dengan kejayaan teman anda , sebaliknya berdoalah semoga anda
     juga berjaya sepertinya .

9 . Mudah memaafkan
     Jangan merasa lelah dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana disitu terdapat
     keluhuran budi dan ketenangan di dalamnya .

10 . Hindari permusuhan
       Jangan menganggap orang yang berbeda pendapat sebagai lawan tetapi anggaplah dia
       sebagai kawan .

Semoga kita sentiasa mengwujudkan kebahagiaannya ...

Viva video sharing - TQ .


Jika kita percaya ....selepas hujan pastikan ada pelangi , kita juga percaya selepas derita adanya
bahagia .
Semoga hari ini merupakan awal yang indah dan Allah sentiasa bukakan pintu rahmat kepada
hambanya .
Dan kita... sentiasa mengucapkan Alhamdulillah , syukur kepada segala nikmat Allah swt ...
dan dimudahkan segala urusan setiap masa dan ketika ... Amin ...

23 . 3 . 2018 - 1 . 42 pm .
   

Isnin, 12 Februari 2018

Umar bin Khatab ra ..

                                                    Muhamad Agus , tq .


Assalamualaikum .


Semuga hari ini adalah yang terindah dengan penuh kebahagiaan dunia dan akhirat .


Suatu hari Umar Khatab ra mengadu kepada Rasulullah saw akan sahabatnya Abu Bakar As-sidiq
yang menganggu akan fikirannya .

Umar berkata , Wahai Rasul saw ,  Izinkan aku mengungkapkan keresahan hatiku akan apa yang
telah Abu Bakar lakukan terhadap diriku .
Dengan lembut Rasulullah saw menjawab , " damaikanlah hatimu wahai sahabatku ",
"lalu teruskan maksud hatimu ".

Setelah tenang lalu Umar berkata , " Sewaktu - waktu Abu Bakar bertemu dengan aku , akan
tetapi dia tidak langsung memberi salam kepadaku .
Dia menunggu aku yang terlebih dahulu mengucapkan salam kepadanya .
Aku tidak tahu apa salahku padanya , Wahai Rasulullah saw ."

Baginda saw tidak ingin masalah ini menganggu persahabatan di antara kedua sahabat yang sangat
dicintainya itu .
Maka Baginda saw meminta Abu Bakar ra dihadapkan bersama agar dapat menjelaskan perihal yang
sebenarnya terjadi .
Dan ketika Abu Bakar hadir di tempatnya .
Maka Baginda saw pun bertanya kepada dirinya akan prasangka kerenggangannya dengan
Umar ra .
Maka Abu Bakarpun menjawab dengan jawaban santun penuh dengan kasih sayang yang membuat
tangis seisi ruangan .
" Wahai Rasul saw , aku pernah mendengar engkau bersabda , " Bahawasanya orang yang lebih
dahulu mengucapkan salam kepada saudaranya , maka Allah swt akan membangunkan untuknya
satu istana di dalam syurga ."
"Maka aku ingin istana tersebut menjadi milik sahabatku Umar bin Khatab , Wahai Rasul saw ."

Maka Umar pun menangis mendengar jawaban Abu Bakar dan memeluk erat sahabat mulianya
itu . " Ya Allah , berikanlah kepada kami sahabat seperti mereka ."
Wahai Zat yang Maha Mulia , semuga persahabatan  sepertinya sahabat Abu Bakar dan Umar ra .
yang selalu mendahulukan kepentingan saudaranya  di atas kepentingan peribadinya .


Share YayatRukhiyat video , tq .
 blkA - 18 .
Feb 13 th . 2018 - 12. 55pm

Semuga kita semua mendapat rahmat  kasih sayang Allah swt dan sentiasa  dalam lindunganNya .
Orang yang sabar itu hatinya tenang , yang redha itu bahagia jiwanya .


Bagaimana untuk kita bertanya kepada Allah swt , apakah aku ini disayangi oleh kamu Ya Allah...
Bagaimana kedudukan aku disisimu Ya Allah ...
Imam Ibnu .......kata ,
Kalau kamu ingin tahu kedudukanmu disisi Allah ...
dengan apa Allah sibukkan kamu setiap hari
Jika Allah sibukkan kamu setiap hari dengan urusan dunia
.... setiap pagi bangun dengan fikirkan tentang duit , berniaga dll , fikirkan hal dunia ...
....sehingga hendak beradu masih lagi membincangkan tentang dunia .

Tiada masa untuk kita peruntukkan khas untuk Allah swt
Tidak ada tenaga diperuntukkan khas untuk akhirat
Hari ini kita bermuhasabah hingga malam , berapakah sumbangan yang telah dibuat untuk
jalan Allah swt sebagai jalan ke akhirat ...

Bila dilihat pada kehidupan kita yang disibukkan oleh Allah bukan untuk akhirat , bukan untuk
Allah , ketahuilah kita sudah tidak ada tempat disisi Allah swt .
- notani typography , tq .


Ahad, 4 Februari 2018

Pak Mat Yang Stress

                                                kartunis , wartawan seiring dan sejalan  , gila-gila , harianmetro , tq .


Assalamualaikum .


Salam 2018 bersamaan 5hb . Feb., bulan ke dua untuk 2018 semuga semuanya di dalam rahmat
Allah swt .  Adakah kerjaya seorang guru membuatkan kita orang  yang benar - benar stress ...


Pak Mat pemandu teksi lagi stress ..

Pak Mat pemandu teksi menumpangkan seorang gadis cantik ditengah jalan , tiba - tiba gadis
itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat terus menghantarnya ke hospital .

Pak Mat sedikit stress ..

Sampai di hospital doktor mengatakan bahawa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada
Pak Mat . Pak Mat menjawab , " saya bukan ayah kepada bayi itu , sebaliknya , gadis itu menyatakan,
" Pak Matlah ayah bayi itu . "

Pak Mat bertambah stress ..

Pak Mat meminta test DNA untuk membuktikan bahawa dia bukan ayah bayi itu .
Pak Matpun ditahan sementara menunggu hasil ujian selesai .

Pak Mat semakin stress ..

Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahawa Pak Mat mandul sejak dari lahir .
Pak Matpun kemudian dibenarkan pulang . Ketika dalam perjalanan pulang dia memikirkan
tiga orang anaknya di rumah .

Sekarang Pak Mat benar - benar stress......siapakah bapa kepada anak - anaknya itu ?
Bertambahlah stress Pak Mat ...

Pak Mat pulang ke rumah . Mukanya yang stress dan kelat , dia menuduh isterinya curang .
Isterinya mengajak berjumpa doktor pakar .
Doktor mengesahkan Pak Mat mengalami masalah ingatan sejak menjadi pemandu teksi dan dia
terlupa bahawa dia telah menikahi janda anak tiga sebelum menjadi pemandu teksi  .

Sekarang isteri Pak Mat menjadi stress bila tengok Pak Mat stress .

Pengajarannya ...


Di share dari group New Delhi , Rashidah , Kamarudin , tq .
18th . Jan . 2018 .
                                          walau tak punya - hipwee , tq .

Dalam dunia ini semua benda bergerak mengikut aturannya .
Ada yang single ..
Ada yang menikah 20 ribu belanja , sebulan dan berpisah , ada yang kekal selamanya ..
Ada yang menikah 10 tahun tapi belum diberi rezki oleh Allah..
Ada yang menikah bulan lepas , hari ini dan berisi ..

Ada yang umur 23 tapi terpaksa menunggu 5 tahun untuk mendapatkan pekerjaan tetap .
Ada yang umur 29 baru grad terus sahaja dapat kerja .

Ada yang masih muda baru 25 sudah menjadi CEO , sayangnya 50 Innalillah..
Ada juga yang 50 baru menjadi CEO dan hidup dipanjangkan Allah swt ..

Zon masa kita tidak semuanya sama ..
Tidak perlu untuk kita merasa Tertinggal hanya bila nampak orang lain lebih berjaya , itu kerana
masa untuk kita belum tiba .
Lihat , En Obama retired ketika 55 tahun sedang En Trump bermula pada 70 tahun .
Lihat , zon masa mereka berbeza namun ke duanya tetap menjadi Presiden .

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 , ada yang bercucu diumur yang sama .
Malah ada yang baru sahaja menimang cahaya mata diumur sebegitu ..

Ada yang maju hadapan dari kita , ada yang belakang dari kita ..
Semuanya bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan .

Allah ada perancangan yang baik untuk kita semua .
Jangan kita menjadi orang yang pendengki , menyakiti , dan jangan kita bersedih hati ..

You are not late..
you are not early..
You are just on time..
Jangan stress..
Keep going , teruskan maju kehadapan dengan semangat baru , fikiran terbuka ..

Perancangan Allah tentunya jauh lebih baik , rezeki kita sentiasa tercatat olehNya .

Siapakah yang akan jaga kita bila sudah tua ..

Ada orang susah hati bila belum bertemu jodoh .
Difikirnya siapalah yang akan menjaganya bila sudah tua .

Ada orang sudah berkahwin belum punya anak, berfikir lagi , siapa yang akan menjaga aku bila
sudah tua ..

Ada orang ada anak tapi tetap seorang .....

Ada orang anaknya semua lelaki ..
Juga terfikir siapa yang jaga aku nanti ..
Adakah menantu perempuan sanggup menjagaku nanti ..

Ada orang  anaknya semua perempuan ..tetapkan juga sama .
Terfikir setelah mengikut suami , dapatkah mereka menjagai aku ..

Apa masalah kita sebenarnya ...

Kita meletakkan masa depan ditangan manusia , ditangan anak , ditangan suami .

Berapa ramai yang anaknya ramai masih terabai , hidup bersendirian di rumah usang sehingga
meninggalnya dia tetap usang .

Berapa ramai yang hidupnya tidak bertemu jodoh , namun, diusia 60 , 70 , 80 , Allah hadiahkan
kekuatan kesihatan , dapat mengurus diri dengan baik jauh dari usia yang lain menjejaki 50 an ,
malah yang muda sudah merasai kebas bertongkat walau anak - anak ada disisi menjagainya ..

Itulah namanya rezeki kurniaan Allah swt yang tidak terkira .
Rezeki itu dariNya untuk hambaNya yang dikasihi .
Yakinlah kita pada rezeki Allah .

Usah risau pada kerja Allah , tapi rungsing pada urusan kita untuk bertemu Allah .

Jangan risau bila belum berjodoh ..
Jangan bising jika belum berzuriat..
Jangan sedih jika hanya anak seorang ..
Jangan kalut jika hanya ada anak lelaki ..
Jangan cemas jika hanya punya yang perempuan ..

Jangan bersikap takbur apa yang dimiliki kerana boleh hilang bila - bila masa .
Jangan pertikaikan ..siapa yang jaga aku bila tua nanti ..
kerana kita belum tahu nasib sendiri dihari akan datang .
Sempatkah kita tua atau matinya waktu muda.....

Masa depan sentiasa dalam kekuasaan Allah , Allah itu Maha adil .
Setiap orang akan dapat apa yang layak untuknya , kuatkan pergantungan kepadaNya kerana
DIA adalah sebaik -baik perancang dan pelindung untuk semua ....

15th Jan . 2018 ,
cuti mur - kashmir , Tq .

5th . Feb . 2018 - 8.23 am .