Assalamualaikum.
July 10.2013 bersamaan 1 Ramadhan 1434H, ramadhan datang kembali, ramadhan juga akan berlalu pergi.
Salam Ramadhan, wish you a very happy ramadhan and the whole muslim ummah.
Apabila membicarakan ramadhan pasti kita akan menyentuh lebaran atau hari raya.
Di zaman Nabisaw dan para sahabat, ramadhan adalah bulan yang sentiasa dinantikan kedatangannya.
Semuanya sedia maklum ramadhan adalah penghulu segala bulan kerana di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan dan dituntut umat Islam bermuhasabah diri.
Persoalannya buat saya dan semua,sudah bersediakah kita menyambut akan kedatangannya... mampukah kita melakukan segala amalan dengan penuh istiqamah,tawaduk dan khyusuk bagi menggapai kesemua keberkatan Ilahi, menjadikan diri sebagai insan yang lebih sabar, penyayang, redha, dengan segala ujian Allah...
Dari Jabir r.a Nabi bersabda, Di malam akhir Ramadhan menangislah 7 petala langit dan 7 petala bumi dan para malaikat kerana akan berlalunya ramadhan dengan segala keistimewaannya. Di malam terakhir ramadhan juga iaitu di Masjid Nabawi, Madinah dipenuhi umat Islam beriktikaf hanya kerana ramadhan akan berlalu pergi meninggalkan semua. Umat Islam waktu itu bimbang tidak berpeluang bertemu ramadhan yang akan datang.
Berbeda dengan kita umat Islam hari ini, mengapa terjadi demikian... mungkin penghayatan kita kepada ramadhan telah berkurangan atau penghayatan Islam itu sendiri telah tipis jauh dari hati dan jiwa umat keseluruhannya...
Malam hari ramadhan yang penuh keberkatan dituntut untuk Solat Tarawih (tapi sayangnya kita tidak mampu kerana kekenyangan),disuruh untuk qiyamulai (emm ngantuknya...), membaca al Quran atau kata lain mendekatkan diri kepada Allah bagi mengharapkan keampunanNya.
Perbanyakkan sedekah sebagai satu amalan untuk menampung segala kekurangan selain daripada zakat yang tertanggung atau yang diwajibkan ke atas setiap individu.
Banyak di antara kita memandang ringan tentang pengeluaran zakat yang merupakan salah satu dari rukun Islam yang menjadi tonggak kesempurnaan seseorang itu.
Firman Allah surah al Baqarah ayat 261 maksudnya - Bandingan derma orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tangkai, tiap-tiap tangkai mengandungi 100 biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha luas rahmat kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
Dua bulan lepas kita dipenuhi dengan pesta pru 13. Bulan ini pula kita akan dipenuhi dengan pesta pelbagai warna. Musim perayaan gedung-gedung perniagaan menawarkan slogan Sale segenap penjuru eg Jualan Mega Raya, Promosi Ramadhan,Clearance Sales, Promotion up to 70% and blablabla.......
Di sinilah perlu adanya kebijaksanaan kerana kuasa membeli terletak di tangan pelanggan .
Tidak salah untuk berbelanja sebagai tanda kesyukuran kerana dapat mempertingkatkan amalan di sisi Allah disamping membantu saudara Islam.
Apa yang menyedihkan, perlukah kita berhabisan (beraya sakan orang johor kata) untuk meraikan ramadhan dengan pesona hijab, membeli fabrik mewah sebagai taruhan, bergaya muslimah kontemporari, diserikan pula dengan organza exlusive beserta aksesori anggun dan menawan...sesungguhnya membazir itu adalah saudara ........
Berala kadarlah dengan rezeki kurniaan Allah sambil merenung saudara Islam kita di luar sana yang hidup dalam kemiskinan dan kepayahan...
Rezeki kurniaan Allah adalah bersifat materialistik namun ia tidak akan memberi arti jika keikhlasan sumbangan kita tidak mendapat tempat / nilai di sisi Allah.
Sedekah yang baik bergantung kepada hati / niat individu. Tiada manusia berhak mempersoalkannya.
Firman Allah - Wahai orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.
Janganlah kamu memilih sesuatu yang buruk untuk dijadikan pemberian zakat.., sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Maha Terpuji. al - baqarah 267.
Dengan limpahan Allah kita hidup di atas dunia yang indah ini dan satu masa kita akan dimatikan seketika di alam barzakh... dengan limpahan Allah juga kita akan dibangkitkan kembali untuk dihitung segala amal kebajikan dan seterusnya dimasukkan ke syurga Allah dengan redhaNya.
Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa-dosa kami, limpahkanlah kami taufik dan hidayahMu., dan masukkanlah kami ke dalam syurga Mu... amin...
Pengakhir kata salam ramadhan untuk semua, mudah-mudahan Allah panjangkan usia kita dapat melakukan amal kebajikan yang sempurna dan dapat bertemu lagi di ramadhan yang akan datang, InsyaAllah...
Tq photos - ramadhan tijd, mosques of the world masjid Nabawi, danissa wardrobe, ainul mardhiah- bidadari syurga.
rujukan - Nur magazine.
Tq.wassalam.
july 11. 2013.,2 ramadhan.1434h. 12.30am.