Isnin, 1 Julai 2013
Harga Kasih Sayang Sebiji Epal...Ayah.
Assalamualaikum.,
June 2013, Hari Bapa,saya ucapkan Selamat Hari Bapa.
May 2013, Hari Ibu,saya ucapkan Selamat Hari Ibu.
Biar pun sebulan telah berlalu namun kasih sayang ibu dan ayah tidak pernah membataskan saat dan waktu dan tiada jarak pemisah kasih di antara keduannya.
Ibu yang melahirkan,bapa sebagai pelindung, ketua keluarga buat semua untuk anak-anak yang dikasihi.
Bapa sering membahagiakan hati ibu tercinta,mencurahkan kasih sepenuh hati untuk putera dan puterinya,
menyemarakkan hubungan kekeluargaan seluruhnya hingga menjadi satu institusi keluarga bahagia.
Bertuahnya kehidupan anak-anak yang masih mempunyai ke dua ibu dan bapa.
Syurga itu di telapak kaki ibu, Sabda Rasulullahsaw, Kerelaan Allah bergantung kepada kerelaan ke dua ibu dan bapa. Tiada ibu bapa tiadalah kita melihat kehidupan dunia,bulan,bintang dan matahari.
Betapa besarnya pengorbanan mereka,tanpa restu,doa dan kemaafan pastinya kita tidak akan merasai nikmat syurga Allahswt yang dijanjikan. Restu bapa kasihnya berpanjangan masa berada,selama hayat di kandung badan. Bahagiakanlah hati mereka ke duanya...
Kenangan mengusik jiwa...
Suatu waktu dahulu ketika saya kecil, jika saya demam panas, ayah akan ke pekan membeli beberapa bungkus ubat. Sesampainya di rumah ayah akan membancuhnya dengan segelas air suam. Bersamanya disediakan segelas susu putih sebagai pembilas untuk menghilangkan rasa pahit ubat tersebut dan sebiji epal.
Paling mengharu dan menyentuh perasaan saat itu, kasih sayang ayah sesegar sebiji epal pastinya sentiasa di hati dan tidak mungkin saya lupakan...
Begitu juga sewaktu saya kemalangan sekitar 1970n, (ingat-ingat lupa), ayah mendukung saya ke hospital dan saya menerima jahitan di dahi kanan,walau kini lukanya telah lama sembuh namun parutnya masih lagi ada
dan begitulah ia hingga ke akhir penghujung usia...
Kini ayah dan ibu tiada lagi,semuga Allah cucuri rahmat ke atas roh ke duanya.
Juga bapa wilson yang sentiasa mengambil berat akan diri saya seperti persekolahan,kesihatan dan
kebajikan lainnya.
My father gave me the greatest gift, I love you so much, you will be always in my heart and thank you so
much for all of your love...
Segalanya begitu indah saat itu dan kini telah berlalu..
Walau ayah dan ibu telah tiada namun ingatan ke duanya sentiasa terpahat di hati. Berkat doa,restu,
kasih sayang dan sentuhannya, hari ini mereka menjadikan saya seorang insan.
Pendidikan terbaik dari seorang ayah dan ibu untuk anak-anak adalah supaya mereka menjadi manusia.
Ungkapan `memanusiakan manusia',untuk menggambarkan betapa manusia adalah makhluk istimewa ciptaan Allah di berikan akal,nafsu bagi membedakan perkara yang benar dan salah.
Allah mengingatkan firmannya (surah al-Furqan: 43-44),
Terangkan kepadaKu tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya,maka adakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau adakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar dan memahaminya? Mereka itu tidak lain seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya daripada binatang ternak itu... catatan us roslan yusnain.
Wahai anak-anak yang dikasihi, bahagiakanlah hati mereka berdua selama hayat masih ada.
Hargailah,berbaktilah kepadanya sebagaimana curahan kasih sayang mereka yang tidak berbelah bagi.
Kesusahan dan kepenatan yang mereka rasai terbalas apabila melihat kejayaan anak-anak memperolehi ilmu sebagai bekalan hidup dunia dan akhirat...
Sebuah pesanan ibu untuk anaknya...
Ibu bercerita tentang arwah ayah
Kata ibu,dalam usia seperti kamu ini
Arwah ayahmu dahulu
Ghairah menuntut ilmu
Walau sudah berumur tua
Kerana ilmu umpama lampu
Menyuluh jalan hidup...
puisi - muhammad amir syahmi.
Tq photos, apple lulu pages blogspot, father and son sethskim.com.
july 2nd.2013.,11am.
psh , june 6.2013.
Tq,wassalam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan