Rabu, 18 Mei 2016

Kata - Kata Syaikh Muhammad Ayyub... 23 - 26th . 5 .2016 .

                                     Madinah sunset - latestupdateumrahandhajj.blogspt.com , Tq .


Assalamualaikum .


Pesanan terakhir Syaikh Muhammad rahimullah ...


Selawat dan salam atas Junjungan Nabi Muhammad Al Amin  , Muhammad ibni Abdillah
dan seluruh keluarga dan sahabatnya .

Wahai saudara yang di kasihi kerana Allah , wahai saudara muslimin .
Sekarang saya berbicara dari tapak yang paling utama , rumahku yang paling utama ,
istanaku yang paling utama .

Saya berbicara di atas perkuburan Thuqbah , di kawasan timur Khubar , Saudi Arabia .
Saya mahu berbicara kepada kamu dari rumah ini . Di mana rumah inilah yang pernah
Rasulullahsaw melarang .
Dan Bagindasaw bersabda , " Aku pernah melarang kamu menziarahi kubur dan sekarang
ziarahilah kerana ia mengingatkan hari akhirat , dan padanya ada pengajaran ".

Lihatlah lubang ini wahai saudara . Kubur ini masih baru dan saya berdiri di dalamnya .
Dan esok atau selepas beberapa saat saya pula yang di tanam di sini , dan kita semua akan
ditanam di sini , samada kamu mahu atau tidak .
Inilah tapak kamu paling utama .
Sesungguhnya sekarang saya menyeru , saya menyeru saudara semua , menyeru orang - orang yang
lambat menunaikan Solat , menyeru kepada para pelawak , menyeru sesiapa yang derhaka
kepada ibubapa , menyeru semua muslimin .
Saya menyeru kamu dari dalam lubang ini , sungguh kita akan berada di dalam lubang ini .

Tempat ini hanya kesudahan di dunia tapi bukan akhirat . Sebagaimana Nabisaw bersabda ,
" Kubur ialah peringkat pertama menuju akhirat " .
Siapa yang terselamat di peringkat ini maka mudahlah baginya di peringkat seterusnya .
Barangsiapa yang tidak berjaya , maka selepas itu yang lebih dahsyat untuknya .
Selalulah kita ingat kata - kata indah dari kekasih Allah  , Penghulu segala makhluk .

Allah berkata , wahai Muhammad , sesungguhnya kamu sekarang ini mayat yang mati .
Apakah yang kamu sudah sediakan untuk lubang ini ?
Mengapa masih berlengah - lengah lagi , mengapa masih melambatkan taubat .
Adakah kamu hidup boleh sampai umur 60 , 80 dan 100 tahun ? .
Walaupun berapa umur kamu , kamu akan turun ke lubang ini jua .
Samada kamu mahu atau tidak , rugilah orang yang sombong .
Kamu akan masuk juga dalam lubang ini . Dan kamu diletakkan mengiring ke kanan .
Lalu dibukakan ikatan kain kafan , diletakkan batu - bata , kemudian kamu dikambus dengan
tanah .
Dan orang - orang akan lemparkan tanah ke dalam kubur sebanyak tiga lemparan .
Sebagaimana sunnah Nabisaw , barangsiapa yang mengiringi jenazah ke kubur , maka curahkanlah
debu paling kurang 3 kali curahan .
Dan sekarang kamu berada dalam kubur ini .

Saya memohon kepada Allah Maha Besar .
Dan ketika kamu berada dalam kubur ini kamu akan dengar tapak kaki orang terakhir yang pergi
tinggalkan kubur ini .  Kamu akan dengar tapak kakinya .

Di mana harta kamu ? .
Di mana anak kamu ?
Di mana pekerjaan kamu ?
Di manakah sekarang segala apa yang kamu miliki di dunia ?
Di mana dia ?

Tiada satupun yang kamu bawa kecuali hanyalah batu bata ini .
Tidakkah kita risau wahai saudara , cukuplah dengan kematian yang jelas .
Jika kita tidak risau dengan kematian , kita nak risau apa lagi kalau bukan dengan mati ?
Kita risau dengan kereta , risau takut anak gagal peperiksaan .

Apa - apa masalah di dunia semua tak penting kecuali kubur ini .
Semua tak penting kecuali kita dengan Allahswt .
Cuba kita renung semula ...
Uthman r.a pernah berdiri di tepi kubur lalu dia menangis sehingga basah janggutnya .
Basah janggutnya . Lalu dia di tanya " Wahai Uthman , adakah kamu menangis sebab kubur ini "?
kerana kamu dapat mengingati syurga dan neraka ?
Jawab Uthman r.a . " Ya kerana aku mendengar Rasulullahsaw bersabda ,  " Kubur ialah
peringkat pertama menuju akhirat ."

Seorang sahabat , Saad b. Muaz r.a yang mana disaksikan kematiannya oleh 70 ribu malaikat ,
yang mana arash Allah bergegar kerananya .
Dia dikepit di dalam kubur sesempitnya kemudian kuburnya menjadi luas .
Kata Nabisaw , kesempitan dalam kubur ini , kalau sesiapa yang selamat seperti Saad b. Muaz , maka
selamatlah dia .

Wahai saudaraku yang di kasihi kerana Allah .
Hari ini saya bercakap di sini dan esok kamu akan dengar saya pula yang di tanam ........
kubur sebelah ......
Dan selepas ini kamu , kamu dan kamu .
Setiap dari kita tahu bahawa mati itu benar tapi soalan aku hanyalah , bagaimana kematian itu
datang ? .
Adakah kamu sudah bersedia ?
Adakah kamu sudah bersedia bertemu Allah ?..................................

.......................................................................


Selamat pagi , semuga dipermudahkan urusan kita hari ini , dibukakan pintu - pintu rezeki dan
segala pintu kebaikan buat kita semua .
Sentiasa berdoa , sentiasa senyum , ikhlaskan dalam segalanya , dan semuga selamat sihat
sejahtera .

Kebahagiaan pasti akan dimiliki apabila kita berhenti dari mengeluh tentang masalah yang
dihadapi dan bersyukur dengan kurniaanNya yang tiada henti kita nikmati .

.....................

May 25th .

Maka jika kamu bersedia bertemu Allah maka Allah suka bertemu denganmu
Maka sesiapa yang benci bertemu Allah maka Allah jua benci bertemunya .
Allah Maha Kaya dan lebih kaya darimu dan dari segalanya di dunia
Maka bersedialah kita hadapi tempoh ini .

Demi Allah , ada tiga benda masuk bersama si mati dalam kubur .
Pertama si mati , anaknya dan hartanya .
Kemudian anak dan hartanya keluar dari kubur
Dan yang kekal hanyalah kamu dan amalanmu
Dan semua perkara yang semua kamu buat di dunia sekaranglah waktu perhitungannya
Sekaranglah waktu perhitungannya ... Sampai bila ?

Wahai saudaraku yang dikasihi sekalian .
Kita semua sudah hampir dengan bulan Ramadhan
Bulan pengampunan dan rahmat
Eratkanlah hubungan silaturahim kita
Saling memaafkanlah sesama kita
Sesungguhnya ia bulan yang mulia
Dan kita tidak tahu sama ada ia datang semula seperti tahun lepas atau tidak
Maka maafkanlah ahli keluarga kita
Maafkanlah isteri kita , anak kita dan saudara mara kita
Demi Allah , kita langsung tidak rugi jika bermaafan
Dan sebaliknya mulakanlah dengan Salam
Ia satu peluang yang tiada ganti
Kita tidak tahu sama ada bulan Ramadhan akan kembali atau tidak .

Saya memohon kepada Allah supaya DIA mencantikkan
pengakhiran kita di dunia dan akhirat .



Syaikh Muhammad Ayyub - TQ .

Indahnya aturan Allah untuk tahun ini 2016 .
5/5 - Israk Mikraj .
6/6 - Awal Ramadhan .
7/7 - Aidil Fitri .
12 / 12 - Maulidur Rasul .

Allah sentiasa memberikan kita peluang untuk menghirup udara yang segar di pagi hari , setiap
hari , dan semuga kita sentiasa menjadi orang yang tahu untuk bersyukur . Amin .


Begitu menarik pesanan akhir yang ditinggalkan oleh Syaikh Muhammad , mudah - mudahan ia
akan menjadi peringatan untuk kita semua .
Kepetahan beliau berkomunikasi  dalam Bahasa Arab menunjukkan beliau adalah anak jati bumi Arab
kerana beliau sememangnya di lahirkan di Makkah - Arab Saudi .
Namun begitu ,  mungkin banyak antara kita tidak mengetahui akan latar belakang keluarga dan
kehidupannya masa lalu .

Kita cuba selidiki siapakah beliau yang sebenarnya ......


Syaikh Muhammad Ayyub di lahirkan di Mekah pada tahun 1952 / 53 . Beliau menamatkan pendidikan
dasarnya di Makkah lalu berhijrah ke Medinah . Melanjutkan pendidikan sehingga mendapat
gelaran Sarjana Syariah dan Doktor Tafsir dari Universiti Madinah .
Kepakarannya dalam bidang agama dan tafsir menjadikan dia di terima di  Kuwait , Uni . Emirate Arab , Bahrain dan Iran .
Beliau juga menjadi guru kepada sebahagian ulama termasuk imam Masjidil Haram dan imam
Masjid Nabawi .
Pada tahun 2015 , doanya kepada Allah termakbul apabila beliau diangkat menjadi imam
Masjid Nabawi .
Genap usianya 63 tahun , Sabtu  - 16 . 4  2016 , 7.00 waktu Madinah , beliau pergi kepada Allah
dan selepas Solat Zohor di makamkan di Baqi Al Gharqad , Madinah .
Semuga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya ....

Dan.... dari keluarganya , siapakah beliau .....

Muhammad Ayyub was born in either 1952 or 1953 ( 1372 H ) , in Mecca and died in Apr 16 th .
2016 in Medina .
His father was a poor man whose family had migrated from their native land of Burma to Makkah
to flee from the oppression that was carried out against the Muslims of Burma .
He had a very harsh childhood with his elder brother working for the family , when his father
was imprisoned in Burma .

........................................

Syaikh Muhammad Ayyub was of Burmese descent and followed the Hanafi madh ' hab .

Wikipedia - TQ , layari secara detail melalui google  , Tq .


Itulah secara ringkas tentang hidup  Syaikh Muhammad Ayyub seorang tokoh ilmuan , ulama ,
guru agama  yang dikenali dan disegani seluruh dunia . Namun,  kita tidak pernah mahu berusaha menyelidiki riwayat hidup tokoh  agama yang lainnya dan berusaha menjadi sebaik mereka .
Saya juga , jika tidak membacanya mungkin akan menganggap beliau adalah dari keluarga Arab jati dengan kefasihan percakapannya dalam Bahasa Arab .

Siapakah kita di sisi Allah ....
Ada yang menyangka bahawa yang paling mulia adalah yang kaya harta , yang cantik rupawan ,
yang punya jabatan tinggi , berasal dari keturunan baik dan bangsawan , namun, Allah menegaskan ,
yang paling mulia di sisiNya adalah mereka yang beriman dan bertaqwa .

Sesuai dengan maksudNya ....

Hai manusia , sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki - laki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku - suku supaya kamu saling
kenal  mengenal .  Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling taqwa di antara kamu .  Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mengenal - Al Hujrat : 13 .

Amin...






May 19 - 26 th . 2016 - 12 . 52 pm .

Layari youtube Syaikh Muhammad Ayyub - TQ . di share dari group , Tq .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan