Isnin, 7 Mac 2016

Jika Tiada Rezeki

                                      Rezeki - Naluri kehidupan , Tq .


Assalamualaikum .


Jika tiada rezeki anak , mungkin di berikan rezeki mertua yang baik .
Maka anda akan lebih bahagia mendapatkannya .

Jika tiada rezeki wang ringgit , mungkin di berikan rezeki kesihatan . Maka anda akan lebih bahagia
dari kerisauan menjaga harta dunia .

Jika tiada rezeki kereta mewah , mungkin di berikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan
masalah . Maka anda lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal .

Jika tiada rezeki rumah yang besar , mungkin di berikan rezeki makanan yang tidak pernah
putus . Maka anda lebih bahagia dari gelandangan .

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik , mungkin di berikan rezeki pasangan yang baik dan
pandai menguruskan rumah tangga . Maka anda akan lebih bahagia kerana hidup berteman dan
segala terjaga .

Jika tiada rezeki jodoh , mungkin di berikan rezeki umur ibu bapa yang panjang . Maka lebih
bahagia dapat berbakti sepenuhnya  pada orang tua .

Jika tiada rezeki hari ini , mungkin ada rezeki yang lebih baik pada hari esok .
Maka anda akan lebih bahagia kerana rezeki yang tidak di jangka .


Sentiasanya kita bersabar , bersyukur , berusaha , berdoa , bertawakkal .
Hati yang tenang perlu di palu dengan lima tiang fardhu . Semuga apa yang kita usahakan hari
ini di permudahkan dan di rahmati Allah swt .


March 8 th . 2016 - 8 . 09 am .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan