Ahad, 6 Mac 2016

Saya Ada RM 1 .

                                      Ringgit Lama - Tq .

 Ringgit lama , Tq .


Assalamualaikum .



Saya ada RM 1 . Awak ada RM 1 .  Jika kita tukar suka sama suka , kita masih ada RM 1 
masing - masing .
Tapi , jika saya ada 1 ilmu dan awak ada 1 ilmu , kemudian kita tukar , maka kita ada 2 ilmu .
Sharing is caring . 


Seorang budak perempuan bersujud ketika lihat aiskrim . Maka seorang darinya bertanya ,
" kenapa kamu sujud ? " . Dia pun menjawab , " Emak saya bila dia gembira , dia akan sujud 
tanda syukur kepada Ilahi " . Sayugianya , perelokkanlah didikan ke atas anak - anakmu .


Seorang lelaki membaiki penghawa dingin masjid kemudian di  tolaknya upah yang di beri dan 
berkata , emak berpesan supaya tidak mengambil upah kerja untuk kebajikan mesjid .
Orang sangat kagum dengan mak  dan saya kagum dengan kebaikkannya .


Seorang orang yang soleh di tanya , mengapa pergi ke masjid sebelum azan .
Dia menjawab , " Azan untuk peringatan kepada orang - orang yang ralik / lorat .
Dan saya harap , saya tidak akan tergolong dalam kalangan mereka ." Kita bermohon kepada Allah
akan kesejahteraan keselamatan dunia dan akhirat .


Aku bertanya " kenapa kamu sentiasa suka minum air di masjid padahal air itu ada dan sama juga
di rumah kamu , Dia menjawab , supaya orang yang letak air di masjid itu akan di beri ganjaran
pahala kerana sentiasa menyediakan minuman untuk umum .


Bilamana kita sampai kepada gosip - gosip tentang seseorang daripada mereka , maka biarlah 
gosip itu terhenti setakat kamu sahaja . Jika betul terjadi biarlah setakat kita sahaja yang tahu
kerana kita telah menutup aib orang lain . Juga , sebaliknya , Allah akan menutup aib kita .


Semuga Allah memberikan kita  pengakhiran yang baik .
Semuga Allah sentiasa menerima taubat kita sebelum berakhir kepadaNya .
Wahai Allah Yang Maha Pengasih , yang sentiasa membolakbalikkan hati , tetapkanlah
hati kami di atas agamaMU . 


March 7 th . 2016 - 8 . 28 am .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan