Assalamualaikum .
Kisah dari seorang jutawan perniagaan yang memiliki syarikat terkenal , Mas Budi - Indonesia ,
pemiliknya ......
Ketika ditanya rahsia kejayaannya sehingga berjaya menjadi Pengusaha besar , jawabnya mudah
sahaja .
" Jadikanlah ibu bapamu umpama Raja , maka Allah akan kurniakan rezeki kepadamu bagai
rezeki seorang Raja . "
Pengusaha yang kini tinggal di Indonesia bercerita lagi bahawa umumnya orang yang hebat dan
berjaya di kalangan mereka yang melayani ibu bapa mereka bagai melayani seorang
Raja .
Mereka menghormati , memuliakan , melayani dan mengutamakan ibu bapa melebihi diri ,
isteri dan keluarga sendiri . Lelaki jutawan ini yang berasal dari Banyuwangi melanjutkan
ceritanya , " Jangan perlakukan ibumu bapamu seperti pembantumu , kelak Allah akan
meletakkan tarafmu seperti pembantu ."
" Ibu bapa kita sudah melahirkan membesarkan , kenapa sehingga mereka telah tuapun
kita masih meminta dan mengharapkan bantuan harta atau tenaga mereka , pada hal kita sudah
dewasa ."
" Atau ibu bapa kita diminta bantu menjaga anak - anak kita ketika kita sibuk bekerja ."
" Bila keadaan ini terjadi ( kita melayan ibu bapa bagai pembantu ) , maka ketika itu
rezeki kita dinilai adalah rezeki pembantu kerana memperlakukan kedua mereka seperti
pembantu . Maka , Allah swt memberi upah atau gaji ( rezeki ) setimpal dengan jawatan
pembantu , bukan gaji seorang Raja ."
" Wahai suami isteri bekerja , tetapi Allah swt tetap memberi rezeki kepada kita kurang daripada
rezeki seorang Raja , bahkan tidak akan pernah cukup pada setiap bulan . "
Pengajaran ini diambil iktibar agar anak - anak jangan mendekati orang tua hanya untuk
mendapatkan harta atau untuk mempergunakan tenaga mereka membantu ketika menghadapi kesusahan sahaja .
Marilah terus beruasaha keras agar kita memperlakukan ibu bapa bagai Raja atau pembesar negara .
Buktikan , jangan hanya angan - angan sahaja . Praktikkan sepertimana yang dianjurkan oleh
Baginda saw bahawa redha Allah adalah redha ibu bapa .
Beruntunglah bagi yang masih memiliki ibu bapa dan masih belum terlambat untuk berbakti
kepada ke duanya .
Waktu menentukan apabila mereka menjadi milik Allah . Hanya doa dari anak -anak yang
soleh yang memohon kepadaNya akan di makbulkan .
Begitu banyak wang yang boleh dicari , ilmu yang boleh digali , tapi kesempatan untuk
mengasihi ke duanya tidak akan berulang kembali .Ibu bapa hanyalah satu .....
Bapa adalah seorang hero ketua untuk keluarganya ....., ibu adalah wanita yang paling hebat
dan sweet dalam hidup anak - anaknya .
Bapa adalah seorang hero ketua untuk keluarganya ....., ibu adalah wanita yang paling hebat
dan sweet dalam hidup anak - anaknya .
# Menurut sebuah lembaga penilai yang melakukan penyelidikan ke atas 700 keluarga
di Jepan , mendapati mereka yang berjaya adalah yang terdiri daripada mereka yang melayani ibu bapa
seperti pembesar negara . dan mereka yang hidup sengsara adalah dari yang sibuk dengan
urusan dirinya sendiri dan kurang peduli kepada ke duanya . Walau dapat banyak harta tapi
masih tidak pernah cukup bahkan mengalami jiwa menderita dan masalah lainnya .
Dec . 21 . 2016 - 12 . 09 pm .