Tentang Duit Syiling , Tq .
Assalamualaikum .
Cikgu : Kenapa Amin tak rehat ?
Amin : Mak saya beri 30 sen sehari .
Cikgu : Kat kantin 30 sen ni dapat beli karipap je satu .
Amin : Segan lah Cikgu beratur panjang - panjang dapat beli karipap satu jee .
Jadi saya kumpul duit untuk makan hari esok , dapatlah saya makan karipap dengan
air sirap . Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je Cikgu . ( dia tertunduk malu ) .
Perasaan saya mula bercampur baur , sedih dan sebak . Di zaman ini masih juga ada pelajar
yang membawa 30 sen ke sekolah . Ramai antara kita memandang 30 sen itu satu jumlah yang
kecil sedangkan bagi pelajar ini 30 sen sangat besar artinya .
Cikgu : Kalau hari Jumaat awak tak pergi kantinlah ya .
Amin : Oh hari Jumaat duit 30 sen ni saya sedekah masa bacaan Yasin cikgu , jawab Ain dengan
bersahaja . Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah ....
Mata saya dah berkaca ... saya tersentuh dan bertambah sebak , dahlah duit ada 30 sen ,
siap boleh sedekah pula ......
Ya Allah , limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini . Luaskanlah pintu rezeki mereka
semuga mereka tidak lagi berada di dalam kesusahan .
Huuh macam tidak percaya , bayangkan duit 30 sen yang diberi untuk belanja , disedekahkan
untuk tabung sekolah bacaan Yasin setiap Jumaat .
Ya Allah ...terima kasih atas segala nikmat dan kurniaanMu di pagi ini .
Semuga setiap langkah kami berada di dalam kebaikan dan semuga sisa umur kami penuh
dengan keberkahan .
Sesungguhnya rezeki itu milik Allah , semakin kita ikhlas memberi , semakin Dia
mudahkan rezeki untuk kita . Amin ..
December 20 th . 2016 - 11 . 38 am .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan