Sabtu, 11 Mac 2017

50 Puluh Sen sahaja ...

                                                       Numista , Tq .


Assalamualaikum .
Selamat petang ...


" Makcik , bagi kuih ni 2 , yang ni 3 , " kata Nora .

" Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit ? " tanya makcik itu .

" 50 sen satu kuih ? Kenapa mahal benar ni cik ? " tanya Siti secara berseloroh . " Bolehlah ,
saya tambah lagi satu biji . "

Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih ,
dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning .

" 50 sen sebiji , untung bukan banyak pun dik , " jawab makcik itu .

" Ye ke ni cik ? " tanya Siti semula .

" Sebiji makcik jual 50 sen . Untung sebiji paling banyak pun 20 sen , 30 sen , itu pun lepas tolak
kos bahan sahaja . Kos masa , kos renyah buat kuih , kos elektrik , semua itu makcik pun tak
pandai lah nak kira macam mana , " jawab makcik .

Makcik  menghulurkan bag plastik kuning berisi enam biji kuih itu kepada Siti .

" Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih tu ?" tanya makcik itu .

" Tengahari dalam jam 11 macam tu , "agak Siti .

" Makcik buat seorang dari pukul 10 pagi , " jawab Makcik tu . " Dalam pukul 3.30 dan kena siap
semua , pukul 4 Makcik dah ada dekat sini buka gerai, selalunya dalam 6.30 Makcik dah tutup
sebab anak - anak Makcik nak balik sekolah," beritahu Makcik itu .

" Sekarang pukul berapa ni dik ?" tanya Makcik itu lagi .

" 5 .15 , " jawab Siti .

" Adik pelanggan kedua Makcik hari ini , " jawab Makcik itu . " Berapa ringgit Makcik untung
jualan atas adik ? RM 1, RM 1.20 ."

Siti diam sahaja .

"Berapa biji kuih pelanggan pertama Makcik beli tadi ? Tiga , " kata Makcik itu sambil mengangkat
jari . " Katalah Makcik untung dengannya RM 1.00 . Dari jam 10 pagi sampai sekarang , Makcik
baru untung RM 2.00 ."

Tak pernah terfikir oleh Siti semua itu .

" Dulu Makcik jual goreng pisang , yang tu untungnya banyak sikit , tapi selepas anak Makcik dah
masuk sambung belajar Makcik tak larat nak buat dah . " jelas Makcik itu .
" Tu kuih ketayap yang adik beli tu , berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap ?"

"Sejam lebih , " agak Siti lagi , " nampak macam leceh nak membuatnya tu .
Maaf Makcik saya nak tanya kalau tak untung kenapa Makcik berniaga ?"

Makcik itu merenung muka Siti...

" Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu . " " Kalau Makcik tak niaga siapa lagi
yang meniaga kuih Melayu, " jawab Makcik itu .
" Makcik suka berniaga , lagipun Makcik tak pandai nak buat benda lain ."

Makcik itu menyusun bekas - bekas kuih yang ada , " tapi maaflah ya kalau - kalau terasa , Makcik
rasa orang Melayu kita sekarang ni pelik ."

Siti diam tertanya - tanya , " pelik macam mana tu Cik ."

" Orang kita makan donut sebiji RM 3 tak apa , sushi RM 2 tak apa ,tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan , RM 0 . 50 sen sebiji , mahal katanya " , Makcik itu tersenyum paksa .

 Siti terdiam lagi .

" Adik pernah cuba buat kuih orang kita?" , tanya Makcik itu tiba - tiba .

" Tak pernah pun , kuih bahulu adalah itu pun masa raya , jawab Siti ".

" Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai
siap ?", tanya Makcik itu .

Siti hanya diam ... terkenang betapa penat dan lenguhnya memukul telor .

" Pada Makcik , takpa Makcik untung sikit , Makcik cukup makan , sebab Makcik tahu ,
ada ramai kat luar sana yang macam adik , nak makan kuih orang kita .
Pada Makcik , ini semua adalah sumbangan Makcik pada mereka dan anak - anak jugalah",
kata Makcik itu . " Tapi Makcik sedih tengok orang kita yang dah tak peduli nak jaga apa yang
kita ada ."

Siti diam sahaja mendengar kata Makcik itu . Dia hanya merenung melihat Makcik itu meneguk
sedikit air kosong dari botol air berkabonat yang dibawanya .

"Makcik orang Melayu . Makcik boleh berniaga sushi , dorayaki dll . Hargapun sebiji dua ringgit ,
jual sepuluh dah banyak untung Makcik sehari , barangpun ambil dari pembekal , tak perlu
renyah - renyah buat semua," ujar Makcik .

" Tapi dik kalau Makcik buat macam tu , siap lagi nak jual kuih - kuih ni dekat adik?",
tanya Makcik tu ,

"Kalau Makcik mati nanti , anak - anak Makcik semua dah tak mahu buat kuih . Yang perempuan
pun tak minat nak belajar , macam mana , nanti - nanti takkanlah semua orang Melayu nak makan
sushi dengan donut aja hari - hari ?" . Makcik menghulurkan duit RM 3 semula kepada Siti .

" Eh Makcik inikan duit kuih saya , " kata Siti .

" Makcik taknak duit kau dik , Makcik sedekah je . Tiap - tiap orang yang beli kuih dengan Makcik
dan dia kata mahal , Makcik bagi balik duit kat dia dan Makcik sedekahkan ," jawab Makcik itu .

"Kenapa pula Makcik?" tanya Siti hairan .

" Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu , tak ada orang lain
lagi yang akan tolong orang kita ." jawab Makcik itu .

" Saya mampu Makcik "' balas Siti .

" RM 0 .50 sen sebiji adik kata mahal , tak mampulah tu ," kata Makcik tersenyum  ikhlas .....
                                            50 sen - BNM , Tq foto .


# perbualan yang menyentuh hati antara pembeli dan penjual.......
kita lihat dan kita fikirlah sendiri .


Blessed is He in whose hand is the kingdom and He has power over all things .



............................................................................


March 12 th . 2017 - 3.32 pm , 13 . 3 .2017 - 10 . 20 am .

Selasa, 7 Mac 2017

Mustajabnya Doa ....

                                         blogger , ini cuhatku - Tq .


Assalamualaikum .


Selamat tengahari pembaca yang dirahmati ...


Doa ...
Apakah itu doa ...
Doa adalah permohonan kepada Allah , disertai dengan kerendahan hati untuk mendapatkan
kebaikan dan kemashalatan yang berada di sisiNya . Sikap kyusuk dan tadharru ' dalam menghadapkan diri kepadaNya adalah hakikat pernyataan seorang hamba yang sedang mengharapkan
agar tercapainya setiap dari permohonan .

Apabila kita berdoa kita sedang mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla .  Pendekatan diri kepada Allah swt adalah dengan sepenuh hati . Al Quran menyebutkan tadharru ' , berdoa dengan sepenuh hati  diikuti dengan keikhlasan . Oraang - orang soleh biasanya akan dapat berdoa dengan tadharru'.
Doa mereka dipanjatkan baik dalam keadaan senang mahupun susah , dalam penderitaan atau
kebahagiaan , dalam kesulitan atau kelapangan .
Mereka bersabar , mereka meminta dengan sepenuhnya kepada Allah dipagi hari ,disenja hari ,
mereka mengharapkan akan keredhaanNya .

.................................................................
                                          doa yang mustajab , Tq .


Janji Allah swt kepada hambaNya ...

Yang bermaksud ... ,
" Dan apabila hamba - hambaKu bertanya tentang Aku , maka jawablah bahawasanya Aku adalah
dekat .  Aku mengabulkan permohonan orang - orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu ,
maka hendaklah mereka itu memenuhi ( segala perintahKu ) , dan hendaklah mereka beriman
kepadaKu , agar mereka selalu berada dalam kebenaran .


Namun , dalam pada kita berdoa diajar pula akan adab dan ketertibannya .
Bilakah masa , waktu , saat yang sesuai untuk kita berdoa ...pastinya setiap masa kerana Allah
berkata mintalah kepadaNya setiap masa ....bila- bila masa nescaya akan diperkenankan doa
hambaNya itu .

Hebatnya Allah swt kerana Dia Maha Pemberi apa sahaja . Dimanakah tempat untuk berdoa yang
paling mustajab atau terus diterima Allah swt . Jika di Mekah dan Madinah ada tempat - tempat
mustajab untuk berdoa .
Jika di tempat kita tidak diuntukkan tempat yang mustajab tapi ada masa yang mustajab iaitu antara
azan dan iqamat .

Waktu - waktu yang sebegitu pastilah ketika berada di masjid atau surau untuk mengerjakan
solat berjemaah . Cuba untuk kita luangkan masa seketika apabila berada di masjid atau surau...
Pastikan handphone dimatikan untuk sementara waktu sekurang - kurangnya hingga selesai
mengerjakan solat .  Tidak perlu memperlahankan suara , vibrate dsb , kerana ....
suara yang perlahan dan vibrate  masih menganggu suasana solat seperti getaran yang dapat didengar
atau dirasakan . Benarlah apa yang dimaksudkan oleh Baginda saw , diakhir zaman nanti kasih -
sayag itu diangkat oleh Allah swt .

Waktu itu adalah masa yang sangat berharga apabila kita sedang bersama Allah berbual , berbicara ,
bercakap , berkasih  - sayang bersama PenciptaNya . Waktu itu juga kita ingin meminta sesuatu
dari Allah dan untuk Allah memperkenankan segala doa , permohonan , harapan , permintaan
perlulah ia diminta dengan bersungguh - sungguh dan khusuk .
Bagaimana untuk mencapai khusuk itu ...
Mungkinnya wajib untuk kita memahami setiap dari bacaan yang dibaca dalam solat tersebut .
Itulah sahaja cara agar dapat khusuk dalam solat juga rasa taat  gentar kepada Allah dan seterusnya
solat dapat diselesaikan dengan baik dan tertib .
                                          Ningrum Jameela on Twitter , Tq .


Selain itu masih banyak waktu lain yang mustajab untuk berdoa agar Allah perkenankan segala
permohonan . Saya tidak akan memanjangkan tentang tempat itu , mungkin boleh didapati
di layaran atau buku - buku lain tentang doa yang mustajab .


Hanya sedikit dari saya .....

Hidup ini hanya sedetik . Detik bermaksud saat , waktu , tempoh , ketika , atau apa sahaja ..
saat itu hanyalah pendik dan sangat cepat berlalu  , seumpama kilat yang pantas menyambar ,
datangnya cepat perginya juga cepat . Hidup dan kematian itu juga sangat dekat seumpama
dua jari yang berdekatan .

Semuga dengan hidup yang sangat singkat ini kita akan dapat melakukan sebanyak mungkin
kebajikan kepada Allah Azzawajalla dengan penuh rasa syukur  dan taat .
Semuga kasih - sayang sentiasa berpanjangan dan ikatan silaturahim terusnya kukuh
berkekalan .


Doa adalah bahasa rindu dan cinta yang paling cepat sampai ke hati tanpa perlu didengar atau
dibaca .......sederhanaindah , tq ....
Wassalam .




.......................................


March 8 th .2017 - 1 . 26 pm , 12th . 3. 2017 - 3.08 p .



Isnin, 6 Mac 2017

Al Fatihah .

                                            Al Fatihah - Kid Sound , TQ .



Assalamualaikum .


Selamat pagi ... salam sejahtera semuga kita semua di dalam rahmat dan perlindungan
Allah Azzawajalla .

Ya Allah ... berikanlah kami iman yang sempurna ilmu yang bermanfaat , rezeki yang halal ,
keluarga yang bahagia , usia yang barokah , doa yang sentiasa diperkenankan , hajat yang tertunai ,
kesihatan yang berpanjangan , hutang yang sentiasa berbayar , keselamatan kesejahteraan dunia dan akhirat .

Ya Allah Ya Tuhan kami , ampunilah dosa kami dan dosa ke dua ibu bapa kami , cucurilah
rahmat ke atas ke duanya dan himpunkanlah mereka bersama orang - orang yang soleh  .
Amin ....
                                          rezeki - asyella , tq , rezeki Allah yang maha luas .


Hari ini saya ingin berkongsi Surah Al Fatihah bersama semua .... Tq .
Banyak WhatsApp yang diterima akan perkongsian menarik tentang surah itu .
Satu daripadanya ialah ...., lihat ...

Rahsia Al Fatihah .

 1.   Seringkali dibaca untuk arwah .

2 . Tanpa membacanya Solat kita tidak sah .

3 . Menjadi petunjuk bagi yang buntu dan resah .

4 . Jika merindui seseorang , maka bacalah surah Al Fatihah .

5 .Dibaca pada beras bagi anak yang bermasalah .

6 . Salah satu penawar sihir , sabda Rasulullah saw .

7 . Terjemahannya indah , hafalannya mudah .

8 . Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah .

9 . Sunat dibaca ketika diri sedang marah .

10 . Bersama amalkan  tiada resah walaupun resah .  TQ share .


Beberapa fadilat atau sering dijadikan amalan untuk surah tersebut .
Semakin seseorang itu rajin membaca maka ia akan sentiasa ada di dalam fikirannya .
Kisahnya , seorang bapa sentiasa mengamalkan bacaan itu secara istiqamah .  Setiap kali selepas
solat surah itu akan dibaca untuk hadiah kepada anak - anaknya .
Amalan itu bermula semenjak Allah mengetuk hatinya ketika mendengar kuliah di masjid .
Ramai antara kita tidak perihatin dengan surah tersebut kerana menganggap ia hanyalah bacaan di dalam solat sahaja sedangkan surah itu dituntut bacaannya pada setiap masa .

Selesai sahaja solat , Al Fatihah dibaca sebagai hadiah kepada Rasulullah saw , kepada ke dua
ibubapa  , isteri , anak - anak kesayangan permata hati , bahkan juga untuk semua saudara Islam .
Harapannya ialah tidak lain untuk kebahagiaan keluarga , diri dan semua .
Amalan yang ringkas itu mendapat pahala yang berganda , juga sebagai sedekah kerana
mendoakan kebaikan diri dan semua .

Namun ......
apakah  sebenarnya Al Fatihah itu .
Ringkasnya saya kongsikan ...

Al Fatihah bermaksud pembukaan dan merupakan surah pertama di dalam Al Quraan .
Terdiri daripada tujuh ayat . Pendik tapi ringkas dan padat .
Dibaca tidak hanya di dalam solat tapi bila - bila masa  terluang sebagai doa atau apa
sahaja untuk memulakan perbuatan .

Banyak kita tahu membaca tapi ada juga antara kita tidak faham maksud ayat tersebut .
Artinya ....

1 . Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang .
2 . Segala puji bagi Allah , Tuhan seluruh alam .
3 . Yang Maha Pemurah , Maha Penyayang .
4 . Pemilik hari pembalasan .
5 . Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon
pertolongan .
6 . Tunjukkanlah kami jalan yang lurus .
7 . ( Iaitu jalan orang - orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya , bukan ( jalan ) orang -orang
yang dimurkai , dan bukan ( pula jalan ) orang -orang yang sesat .


1 . Yaumiddin ( hari pembalasan ) , hari ketika manusia menerima pembalasan daripada amalannya ,
sama ada baik atau buruk . Disebut juga sebagai yaumul qiyamah , yaumul hisab , dan sebagainya .

2 . Jalan yang lurus , iaitu jalan hidup yang benar , yang dapat membawa kebahagiaan di dunia
dan di akhirat .

3 . Mereka yang dimurkai , adalah mereka yang sengaja menentang ajaran Islam . Mereka yang
sesat adalah mereka yang sengaja mengambil jalan lain selain dari ajaran Islam .


Itulah antara sedikit perkongsian saya pagi ini semuga diberikan keberkatan Allah untuk saya dan semua .
Pagi adalah satu yang indah sehingga Baginda saw sering berdoa , Ya Allah ... berikanlah kepada
umatku keberkatan di pagi hari pada setiap hari .
Semuga kita sentiasa melakukan kerja - kerja kebajikan dan setiap dari urusan dilakukan diawal
pagi kerana pagi itu banyak keberkatannya .
Amin ...


March 7th . 2017 - 10 . 10 am .







Sabtu, 4 Mac 2017

Sang Pencerah .

                                         Keajaiban mentari pagi - Kompasiana , Tq .


Assalamualaikum .


Saudaraku jika selama ini kau berfikir kau tak bahagia , bagaimana dengan mereka ...
kau fikir gajimu kecil , bagaimana dengan dia ...
kau mengeluh tentang tidak pernah makan yang enak dan ditempat yang mewah...
bahkan mereka tidak tahu hari ini makan apa tidak

kau bersedih kerana tidak bisa sekolah tinggi dan memakai kenderaan yang bagus ...
lihat mereka
mereka tidak punya pilihan

kau merasa orangtuamu tidak memperhatikanmu dan menyayangimu...
paling tidak kau lebih beruntung dari mereka

kau protes dan prutasi dengan wajah dan penampilanmu yang tidak sesuai dengan
keinginanmu...
sesungguhnya mereka lebih pantas berprutasi darimu...

kau kecewa tidak bisa membeli dan memakai pakaian bermerek dan mahal...
bagaimana dengan mereka yang hanya punya satu dan tidak pernah ganti

kita mulai hari hari kita dengan sarapan dan minum...
mereka memulai harinya dengan kelaparan dan kehausan

bersyukurlah kau masih punya kasur dan selimut untuk tidur setiap malam...
mereka hanya beralaskan tanah dan berselimut malam yang dingin

kau kecewa dan stress karena tak kunjung mendapatkan pasangan hidup atau kau
punya pasangan tapi tidak sesuai dengan keinginanmu...
bukankah kau masih lebih beruntung dari dia ,
mungkin Tuhan sedang mempersiapkan jodoh terbaikmu...bersabarlah...

adapun kau yang sudah berjodoh , syukurlah dan berdoalah agar jodohmu menjadi
yang terbaik untukmu...
tidak seperti lelaki yang pengecut yang beraninya hanya sama perempuan...

Saudaraku , kalau kau sempat berfikir untuk menyerah dan berputus asa kerana banyaknya
ketidakadilan yang kau rasakan dalam hidupmu...
fikirlah kembali dan lihatlah mereka...
kalau mereka bisa kenapa kita tidak

seharusnya kita bersyukur ...
kita masih diberi kesempatan berkumpul bersama keluarga dalam lingkungan yang aman
dan saling menghormati.....


Sang Pencerah - share , TQ .
March 5th . 2017 - 9.16 am .

Rabu, 1 Mac 2017

Kaya Hati

                                          kaya hati - Pinterest , Tq .


Assalamualaikum .


Dari Abu Hurairah , Nabi Saw ...
" Kaya bukanlah diukur dengan banyaknya kemewahan dunia .Namun kaya ( ghina ) adalah
hati yang selalu merasa cukup ." HR : Bukhari dan Muslim .

Ibnu Baththal berkata :  "Hakikat kekayaan bukanlah dengan banyaknya harta , kerana kebanyakan
manusia yang dilapangkan hartanya tidak puas dengan harta yang telah dimilikinya ,
sehingga selalu berusaha untuk menambah hartanya dan ia tidak peduli dari mana mendapatnya .
Akan tetapi kekayaan sebenarnya adalah kekayaan jiwa , iaitu orang yang merasa cukup
terhadap apa yang telah diberikan kepadanya ( qona'ah) , , redha dan tidak tamak dalam mencari
harta . Maka dialah orang kaya yang sebenarnya ".

Diungkapkan oleh para ulamak : " Kaya hati adalah merasa cukup pada segala yang engkau hajati .
Jika lebih dari itu dan terus engkau cari  , maka itu bererti bukanlah ghina ( kaya hati ) , namun
malah fakir ( miskinnya hati ) . Fathul Bari , Ibnu Hajar Al Asqolani .

An Nawawi : " Kaya yang terpuji adalah kaya hati , hati yang selalu merasa puas dan tidak tamak
dalam mencari kemewahan dunia . Kaya yang terpuji bukanlah dengan banyaknya harta dan terus ingin menambah dan terus menambah kerana ...barangsiapa yang terus mencari dalam rangka
untuk menambah ,dia tentu tidak pernah merasa puas . Sebenarnya dia bukanlah orang yang kaya
hati . "


Berbuatlah kebaikan tanpa mengharapkan balasan dari orang yang kita bantu .
Dikala kita di dalam kesusahan , Allah swt akan menghantar orang lain untuk membantu kita .
Sesungguhnya Allah sangat sayang pada hambanya yang berbuat kebaikan . Allah akan sentiasa membalas rezekinya di dunia dan juga pahala di akhirat .
HR Ahmad .


March 2 nd . 2017 - 2.30 pm .