Numista , Tq .
Assalamualaikum .
Selamat petang ...
" Makcik , bagi kuih ni 2 , yang ni 3 , " kata Nora .
" Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit ? " tanya makcik itu .
" 50 sen satu kuih ? Kenapa mahal benar ni cik ? " tanya Siti secara berseloroh . " Bolehlah ,
saya tambah lagi satu biji . "
Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih ,
dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning .
" 50 sen sebiji , untung bukan banyak pun dik , " jawab makcik itu .
" Ye ke ni cik ? " tanya Siti semula .
" Sebiji makcik jual 50 sen . Untung sebiji paling banyak pun 20 sen , 30 sen , itu pun lepas tolak
kos bahan sahaja . Kos masa , kos renyah buat kuih , kos elektrik , semua itu makcik pun tak
pandai lah nak kira macam mana , " jawab makcik .
Makcik menghulurkan bag plastik kuning berisi enam biji kuih itu kepada Siti .
" Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih tu ?" tanya makcik itu .
" Tengahari dalam jam 11 macam tu , "agak Siti .
" Makcik buat seorang dari pukul 10 pagi , " jawab Makcik tu . " Dalam pukul 3.30 dan kena siap
semua , pukul 4 Makcik dah ada dekat sini buka gerai, selalunya dalam 6.30 Makcik dah tutup
sebab anak - anak Makcik nak balik sekolah," beritahu Makcik itu .
" Sekarang pukul berapa ni dik ?" tanya Makcik itu lagi .
" 5 .15 , " jawab Siti .
" Adik pelanggan kedua Makcik hari ini , " jawab Makcik itu . " Berapa ringgit Makcik untung
jualan atas adik ? RM 1, RM 1.20 ."
Siti diam sahaja .
"Berapa biji kuih pelanggan pertama Makcik beli tadi ? Tiga , " kata Makcik itu sambil mengangkat
jari . " Katalah Makcik untung dengannya RM 1.00 . Dari jam 10 pagi sampai sekarang , Makcik
baru untung RM 2.00 ."
Tak pernah terfikir oleh Siti semua itu .
" Dulu Makcik jual goreng pisang , yang tu untungnya banyak sikit , tapi selepas anak Makcik dah
masuk sambung belajar Makcik tak larat nak buat dah . " jelas Makcik itu .
" Tu kuih ketayap yang adik beli tu , berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap ?"
"Sejam lebih , " agak Siti lagi , " nampak macam leceh nak membuatnya tu .
Maaf Makcik saya nak tanya kalau tak untung kenapa Makcik berniaga ?"
Makcik itu merenung muka Siti...
" Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu . " " Kalau Makcik tak niaga siapa lagi
yang meniaga kuih Melayu, " jawab Makcik itu .
" Makcik suka berniaga , lagipun Makcik tak pandai nak buat benda lain ."
Makcik itu menyusun bekas - bekas kuih yang ada , " tapi maaflah ya kalau - kalau terasa , Makcik
rasa orang Melayu kita sekarang ni pelik ."
Siti diam tertanya - tanya , " pelik macam mana tu Cik ."
" Orang kita makan donut sebiji RM 3 tak apa , sushi RM 2 tak apa ,tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan , RM 0 . 50 sen sebiji , mahal katanya " , Makcik itu tersenyum paksa .
Siti terdiam lagi .
" Adik pernah cuba buat kuih orang kita?" , tanya Makcik itu tiba - tiba .
" Tak pernah pun , kuih bahulu adalah itu pun masa raya , jawab Siti ".
" Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai
siap ?", tanya Makcik itu .
Siti hanya diam ... terkenang betapa penat dan lenguhnya memukul telor .
" Pada Makcik , takpa Makcik untung sikit , Makcik cukup makan , sebab Makcik tahu ,
ada ramai kat luar sana yang macam adik , nak makan kuih orang kita .
Pada Makcik , ini semua adalah sumbangan Makcik pada mereka dan anak - anak jugalah",
kata Makcik itu . " Tapi Makcik sedih tengok orang kita yang dah tak peduli nak jaga apa yang
kita ada ."
Siti diam sahaja mendengar kata Makcik itu . Dia hanya merenung melihat Makcik itu meneguk
sedikit air kosong dari botol air berkabonat yang dibawanya .
"Makcik orang Melayu . Makcik boleh berniaga sushi , dorayaki dll . Hargapun sebiji dua ringgit ,
jual sepuluh dah banyak untung Makcik sehari , barangpun ambil dari pembekal , tak perlu
renyah - renyah buat semua," ujar Makcik .
" Tapi dik kalau Makcik buat macam tu , siap lagi nak jual kuih - kuih ni dekat adik?",
tanya Makcik tu ,
"Kalau Makcik mati nanti , anak - anak Makcik semua dah tak mahu buat kuih . Yang perempuan
pun tak minat nak belajar , macam mana , nanti - nanti takkanlah semua orang Melayu nak makan
sushi dengan donut aja hari - hari ?" . Makcik menghulurkan duit RM 3 semula kepada Siti .
" Eh Makcik inikan duit kuih saya , " kata Siti .
" Makcik taknak duit kau dik , Makcik sedekah je . Tiap - tiap orang yang beli kuih dengan Makcik
dan dia kata mahal , Makcik bagi balik duit kat dia dan Makcik sedekahkan ," jawab Makcik itu .
"Kenapa pula Makcik?" tanya Siti hairan .
" Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu , tak ada orang lain
lagi yang akan tolong orang kita ." jawab Makcik itu .
" Saya mampu Makcik "' balas Siti .
" RM 0 .50 sen sebiji adik kata mahal , tak mampulah tu ," kata Makcik tersenyum ikhlas .....
50 sen - BNM , Tq foto .
# perbualan yang menyentuh hati antara pembeli dan penjual.......
kita lihat dan kita fikirlah sendiri .
Blessed is He in whose hand is the kingdom and He has power over all things .
............................................................................
March 12 th . 2017 - 3.32 pm , 13 . 3 .2017 - 10 . 20 am .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan