Rabu, 15 November 2017

Tazkirah - Ustaz ...

                                                  golongan yang tidak bijak menguruskan masa , mutiaraIslam , tq .


Assalamualaikum ..


Jangan ada dikalangan kita yang mati dalam keadaan tidak boleh membaca AlQuran .


Jika kita tidak pandai baca AlQuran kita kena pastikan yang kita jangan mati , macam mana tu ,
sedangkan janji Allah itu setiap yang bernyawa pasti akan mati ......

Maka , di sinilah timbulnya persoalan yang akan berlaku di alam lain sedangkan ilmu yang
Allah bagi kepada kita sangatlah sedikit .
Berdasarkan kepada Rukun Iman , sebagai seorang mukmin wajiblah kita berpegang kepada
enam Rukun Iman yang sangat berkait dengan akidah .

Saya tidak akan panjang - panjang kerana semua orang tahu apa itu Rukun Iman yang 6 dan juga
apa itu Rukun Islam yang 5 .
Hanya melalui ini dipagi yang indah , saya akan kongsikan sedikit tazkirah dari seorang penceramah ,
In Shaa Allah semuga ia bermanfaat untuk kita semua dan terima kasih kepada Ustaz yang sudi
untuk berkongsi ilmu , TQ .

Sambungannya ...

Jika mati dalam keadaan tidak boleh membaca AlQuraan , apakah yang akan dijawab ketika
berada di alam barzakh ....
Saat  apabila memasuki alam itu , perkara pertama yang akan diajukan , apakah kita boleh
membaca AlQuran .
Sedangkan banyak perkara lain yang boleh dibaca tapi bagaimanakah dengan AlQuran ....

Kenapa kamu tidak boleh baca Al Quran ?
Apakah yang kamu lakukan ketika di atas dunia ?
Soalan pertama yang mungkinnya akan diajukan kepada kita yang bakal menyusul ...
Aku bagi umur kamu 30 tahun , 40 tahun , 50 tahun , 60 tahun , 70 tahun , hidup di atas dunia, apakah yang kamu buat ?

Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang ....
Maka jawablah kita dalam keadaan yang tidak menentu mungkinnya ..
Orang yang tiada peluang untuk mentaati perintah Allah  , tiba - tiba dia tidak mengambil
kesempatan untuk taat pada perintah Allah , dia telah membuat zalim pada dirinya sendiri .

Bila kita mati sahaja , malaikat akan bertanya , kenapa kamu mati seperti ini ?
Wahai Malaikat , kami hidup di atas dunia dahulu kami tidak sempat untuk belajar ,  nak mendengar
juga tidak sempat .
Aku di kalangan manusia yang lemah di atas dunia kerana lemah mengejar dunia sehinggakan
tertinggal akhirat .  Hidup sehingga tidak tahu apakah yang patut dikejar di atas dunia ini ...

Cuba kita tanya sekali lagi dalam hidup ini ...
Sebenarnya kita keluar pagi dan balik malam , sampai di kalangan sesetengahnya mati dalam keadaan yang kita tidak tahu kenapa kita  mati sebegini ....

Bertanyalah malaikat , bumi yang Allah buat ini sempitkah ?
Susah sangat ke untuk kita bertanya kepada sesiapa minta tolong tunjuk atau ajarkan kita mengaji
AlQuran ...
Bantu kerana kita masih belum pandai membaca Al Quran .
Bantu untuk kita mempersiapkan diri untuk mengadap depan Allah Azawajalla .
Lalu Malaikat menjawab , kesudahan bagi mereka ini adalah ditempat yang telah Allah sediakan ,
dan tempat inilah tempat yang buruk , penyudah kepada kehidupannya .

Semuga Allah melindungi kita dari segala kesulitan dunia dan bahagia hidup dunia dan akhirat .


Tazkirah di atas adalah sumber rujukan dari seorang penceramah dan telah saya olahkan ke
dalam bahasa yang sangat mudah untuk difahami , semuga ia memberi manfaat untuk saya
dan semua , TQ .


Nov 16 th . 2017 - 11 . 07 am .









Selasa, 7 November 2017

Roti Canai klasik ...

                                             roti canai Malaysia - myNewsHub , tq foto .


Assalamualaikum ..
dan selamat pagi ...


Pagi ini bersama saya kita ke gerai pagi untuk menikmati sarapan roti canai .


Roti canai or roti cane is a type of Indian - influenced flatbread found in Malaysia , Brunei ,
Singapore and Indonesia .... TQ wik .

Terdapat berbagai makanan tradisional Malaysia meliputi sarapan pagi , makan tengahari dan
makan malam . Jangan lupa , kita juga memiliki makanan di antara eg selepas sarapan pagi menjelang makan tengahari  kita masih makan yang mungkinnya jejemput , roti bakar dsb .
Di antara makan tengah hari ke makan malam mungkin akan ada minum petang seperti goreng pisang, pengat dan berbagai lagi . Ini membuktikan negara kita memiliki kemewahan makanan yang sangat hebat dan rakyat  juga makan dengan cara luar biasa yang memungkinkan bertambahnya
berat badan .

Saya tinggalkan mereka yang suka makan sebaliknya saya akan bersama pembaca untuk
menikmati satu dari makanan istimewa Malaysia yang mungkin boleh disebut sebagai
roti canai klasik .
Kenapa ia klasik .....
Sejak saya kecil lagi  roti canai ini telah ada dijual merata bandar atau kampung .
Bezanya dengan hari ini hanyalah harga . Sekitar 70 an , roti canai mungkin hanya 20 sen sahaja
tetapi hari ini sudah meningkat Rm 1.00 dan lebih untuk berbagai perisa .

Satu yang menarik tentang roti , jika kita berada di luar  mungkinnya pada saat menghadap
makanan hati sudahpun teringat pada keenakan roti dan makanan lainnya .
Itu bukan sesuatu yang mustahil kerana kita rakyat Malaysia , dimana sahaja kita berada pastinya
Malaysialah negara tanah tumpah bertuah yang akan sentiasa ada di hati .

Saya sendiri jika berada di luar  , satu dan dua hari pertama masih lagi selesa dengan
makanan di sana namun hari ke tiga , ke empat dan seterusnya rasa enak roti kuah kari , sambal
tumis dsb sudah ada difikiran .
Perkara pertama apabila sahaja touch down  tidak kira di Klia 2 atau Klia , mesti ke gerai makan teh tarik , roti dan nasi lemak .  Begitulah hebatnya makanan tradisi yang
mempengaruhi rakyat menyebabkan kita tidak henti untuk makan dan makan .

Jika dulu roti hanya dua rasa iaitu roti kosong atau roti telor , namun, zaman moden dan
zaman sudahpun berubah . Maka roti canai juga berubah turut sama  mengikut perubahan masa dan citarasa .  Diikuti dengan perubahan gaya hidup yang meningkat juga lambakan resepi timur dan
barat di internet dsb maka kita dapat menikmati makanan yang pelbagai .  Roti canai
klasik malah roti yang telah diadun dalam rasa , rupa , bentuk dan warna menjadikan ia berbagai
nama yang indah dan pelik .

roti canai pekanbaru - pondok roti canai malabar , Riau , Indonesia , Tq .



Pun begitu ada rasa kelainan antara roti canai Malaysia dengan negara lain mungkin dari segi kuah
dan lain - lain .


Mari bersama saya untuk melihat keenakan roti canai Malaysia .

........of roti from mamak you probably didn't know exist .
Antara  roti mamak yang mungkin kita tidak berapa tahu atau perasan . 

1. Roti Tsunami .

Roti Banjir + 2 soft boiled eggs .
    ( roti banjir campur 2 telor rebus lembut )

2 .  Roti Maggie .

 Roti Kosong + maggie goreng . 
   ( roti kosong yang dicampur di dalamnya dengan maggie goreng ) .

3 . Roti Hawaii .

 Roti Kosong + minced meat + sausage .

4 . Roti Kosong + minced meat + sausage + eggs + pineapple .

5 . Roti Scrambled + minced chicken + eggs + sausage 

6 . Roti Fujima 

7 . Roti Pisang + 2 scoops of icecream

8 . Roti Doll

9 . Roti Banjir + Fried egg

10 . Roti Sardine Cheese

11 . Roti Beckham

Roti Kosong + Tuna + eggs + cheese + turkey  Slices

So which ones will you be going for next ...

Lihat , berbagai nama roti yang dulunya tidak ada tapi kini dengan berbagai sebutan . Itu belum
dilihat kepada jenis makan lain yang terdapat di Malaysia sememangnya best ...
Buat saya  tetapnya roti kosong dan roti telor sahaja  sudah cukup memadai .


Sumber world of buzz , Tq .
Nov 8th . 2017 - 12 . 17 pm .


Isnin, 6 November 2017

Hassan al Basri

                                              hari - hari yg takkan kembali - hasan al basri , tq .


Assalamualaikum


Seorang imam Hassan Al Basri ...

Diriwayatkan satu hari beliau berjalan di Baghdad , berjalan ditepi sebuah sungai .
Sampai sahaja ditepi sungai itu beliau nampak seorang lelaki duduk ditepi batu dengan seorang
perempuan .  Berhampiran mereka ada sebiji botol arak .

Lalu , terdetik dihatinya dengan berkata , " alangkah baiknya jika mereka itu semulia aku ."
Terlintas  rasa sombong di dalam hati Hassan waktu itu .
Lihat , pada waktu itu juga ...
Lalu sebuah sampan dengan tujuh orang muatan .  Ditakdirkan Allah sampan itu karam .
Tujuh orang tersebut bergelut untuk menyelamatkan diri sambil menjerit meminta tolong .
Lelaki yang berhampiran terjun ke dalam sungai dan dapat menyelamatkan seorang demi
seorang . Sayangnya dia hanya berjaya menyelamatkan enam orang sahaja .

Lelaki itu melihat Hassan pada waktu itu begitu tergamam tidak terkata .
Kemudian , dia berkata kepada Hassan , " wahai Hassan , andainya kamu lebih mulia dariku
maka selamatkanlah yang seorang lagi itu ."
Persoalannya , bagaimanakah lelaki itu tahu apa yang terlintas di hati Hassan sedangkan itu hanya
yang berada di dalam hatinya ... bagaimanapun Hassan gagal menyelamatkannya dan mati lemaslah dia .

Lelaki itu berkata kepada Hassan , " wahai Hassan , sesungguhnya perempuan itu adalah ibuku .
Dan sesungguhnya di dalam botol itu tidak ada arak melainkan air kosong sahaja ."
" Ketahuilah wahai Hassan , bahawa peristiwa ini hanyalah ujian hati buat kamu sahaja ."
Lelaki itu lalu pergi meninggalkan Hassan .

Menangis Hassan dengan apa yang telah berlaku kepadanya . Dengan detik sahaja beliau menjadi
riak untuk seketika . Begitulah juga riak yang ada pada diri kita hari ini .
Kita cepat melatah dengan kesilapan  sedangkan tugas yang sebenar adalah untuk membimbing
ke arah kebaikan , penyambung rahmat yang dibawa oleh Rasulullah saw kepada semua .

Mudah - mudahan Allah memberi hidayah kepada kita semua , Amin ...
Selamat pagi Malaysia ...


Nov . 7th . 2017 - 11.44 am .
Tq foto n tq sharing  .