Assalamualaikum ..
dan selamat pagi ...
Pagi ini bersama saya kita ke gerai pagi untuk menikmati sarapan roti canai .
Roti canai or roti cane is a type of Indian - influenced flatbread found in Malaysia , Brunei ,
Singapore and Indonesia .... TQ wik .
Terdapat berbagai makanan tradisional Malaysia meliputi sarapan pagi , makan tengahari dan
makan malam . Jangan lupa , kita juga memiliki makanan di antara eg selepas sarapan pagi menjelang makan tengahari kita masih makan yang mungkinnya jejemput , roti bakar dsb .
Di antara makan tengah hari ke makan malam mungkin akan ada minum petang seperti goreng pisang, pengat dan berbagai lagi . Ini membuktikan negara kita memiliki kemewahan makanan yang sangat hebat dan rakyat juga makan dengan cara luar biasa yang memungkinkan bertambahnya
berat badan .
Saya tinggalkan mereka yang suka makan sebaliknya saya akan bersama pembaca untuk
menikmati satu dari makanan istimewa Malaysia yang mungkin boleh disebut sebagai
roti canai klasik .
Kenapa ia klasik .....
Sejak saya kecil lagi roti canai ini telah ada dijual merata bandar atau kampung .
Bezanya dengan hari ini hanyalah harga . Sekitar 70 an , roti canai mungkin hanya 20 sen sahaja
tetapi hari ini sudah meningkat Rm 1.00 dan lebih untuk berbagai perisa .
Satu yang menarik tentang roti , jika kita berada di luar mungkinnya pada saat menghadap
makanan hati sudahpun teringat pada keenakan roti dan makanan lainnya .
Itu bukan sesuatu yang mustahil kerana kita rakyat Malaysia , dimana sahaja kita berada pastinya
Malaysialah negara tanah tumpah bertuah yang akan sentiasa ada di hati .
Saya sendiri jika berada di luar , satu dan dua hari pertama masih lagi selesa dengan
makanan di sana namun hari ke tiga , ke empat dan seterusnya rasa enak roti kuah kari , sambal
tumis dsb sudah ada difikiran .
Perkara pertama apabila sahaja touch down tidak kira di Klia 2 atau Klia , mesti ke gerai makan teh tarik , roti dan nasi lemak . Begitulah hebatnya makanan tradisi yang
mempengaruhi rakyat menyebabkan kita tidak henti untuk makan dan makan .
Jika dulu roti hanya dua rasa iaitu roti kosong atau roti telor , namun, zaman moden dan
zaman sudahpun berubah . Maka roti canai juga berubah turut sama mengikut perubahan masa dan citarasa . Diikuti dengan perubahan gaya hidup yang meningkat juga lambakan resepi timur dan
barat di internet dsb maka kita dapat menikmati makanan yang pelbagai . Roti canai
klasik malah roti yang telah diadun dalam rasa , rupa , bentuk dan warna menjadikan ia berbagai
nama yang indah dan pelik .
roti canai pekanbaru - pondok roti canai malabar , Riau , Indonesia , Tq .
Pun begitu ada rasa kelainan antara roti canai Malaysia dengan negara lain mungkin dari segi kuah
dan lain - lain .
Mari bersama saya untuk melihat keenakan roti canai Malaysia .
........of roti from mamak you probably didn't know exist .
Antara roti mamak yang mungkin kita tidak berapa tahu atau perasan .
1. Roti Tsunami .
Roti Banjir + 2 soft boiled eggs .
( roti banjir campur 2 telor rebus lembut )
2 . Roti Maggie .
Roti Kosong + maggie goreng .
( roti kosong yang dicampur di dalamnya dengan maggie goreng ) .
3 . Roti Hawaii .
Roti Kosong + minced meat + sausage .
4 . Roti Kosong + minced meat + sausage + eggs + pineapple .
5 . Roti Scrambled + minced chicken + eggs + sausage
6 . Roti Fujima
7 . Roti Pisang + 2 scoops of icecream
8 . Roti Doll
9 . Roti Banjir + Fried egg
10 . Roti Sardine Cheese
11 . Roti Beckham
Roti Kosong + Tuna + eggs + cheese + turkey Slices
So which ones will you be going for next ...
Lihat , berbagai nama roti yang dulunya tidak ada tapi kini dengan berbagai sebutan . Itu belum
dilihat kepada jenis makan lain yang terdapat di Malaysia sememangnya best ...
Buat saya tetapnya roti kosong dan roti telor sahaja sudah cukup memadai .
Sumber world of buzz , Tq .
Nov 8th . 2017 - 12 . 17 pm .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan