hari - hari yg takkan kembali - hasan al basri , tq .
Assalamualaikum
Seorang imam Hassan Al Basri ...
Diriwayatkan satu hari beliau berjalan di Baghdad , berjalan ditepi sebuah sungai .
Sampai sahaja ditepi sungai itu beliau nampak seorang lelaki duduk ditepi batu dengan seorang
perempuan . Berhampiran mereka ada sebiji botol arak .
Lalu , terdetik dihatinya dengan berkata , " alangkah baiknya jika mereka itu semulia aku ."
Terlintas rasa sombong di dalam hati Hassan waktu itu .
Lihat , pada waktu itu juga ...
Lalu sebuah sampan dengan tujuh orang muatan . Ditakdirkan Allah sampan itu karam .
Tujuh orang tersebut bergelut untuk menyelamatkan diri sambil menjerit meminta tolong .
Lelaki yang berhampiran terjun ke dalam sungai dan dapat menyelamatkan seorang demi
seorang . Sayangnya dia hanya berjaya menyelamatkan enam orang sahaja .
Lelaki itu melihat Hassan pada waktu itu begitu tergamam tidak terkata .
Kemudian , dia berkata kepada Hassan , " wahai Hassan , andainya kamu lebih mulia dariku
maka selamatkanlah yang seorang lagi itu ."
Persoalannya , bagaimanakah lelaki itu tahu apa yang terlintas di hati Hassan sedangkan itu hanya
yang berada di dalam hatinya ... bagaimanapun Hassan gagal menyelamatkannya dan mati lemaslah dia .
Lelaki itu berkata kepada Hassan , " wahai Hassan , sesungguhnya perempuan itu adalah ibuku .
Dan sesungguhnya di dalam botol itu tidak ada arak melainkan air kosong sahaja ."
" Ketahuilah wahai Hassan , bahawa peristiwa ini hanyalah ujian hati buat kamu sahaja ."
Lelaki itu lalu pergi meninggalkan Hassan .
Menangis Hassan dengan apa yang telah berlaku kepadanya . Dengan detik sahaja beliau menjadi
riak untuk seketika . Begitulah juga riak yang ada pada diri kita hari ini .
Kita cepat melatah dengan kesilapan sedangkan tugas yang sebenar adalah untuk membimbing
ke arah kebaikan , penyambung rahmat yang dibawa oleh Rasulullah saw kepada semua .
Mudah - mudahan Allah memberi hidayah kepada kita semua , Amin ...
Selamat pagi Malaysia ...
Nov . 7th . 2017 - 11.44 am .
Tq foto n tq sharing .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan