Selasa, 27 Mac 2018

Kembara Passport Jepun - Malaysia - Korea 6 H 5 M

                                          Passport 3 , Tq .


Assalamualaikum .


Hilang pasport di luar negara adalah satu benda yang menakutkan buat semua pengembara .
Tapi , itulah yang terjadi sewaktu aku ada di Jepun tahun lalu .
Ok , apa nak buat jika passport hilang ...

Perkara pertama aku buat ialah call kawan dahulu , itu situasi biasakan , cuak kau ...
Kemudian terus saja cek in dekat guesthouse di Kyoto . Aku minta orang guesthouse call
Kansai Airport dan Syarikat bus Limo ( tempat yang aku percaya kali terakhir aku tengok passport ) .
Kedua - dua cakap tak ada .  Kemudian , sebab terlalu penat , aku tido sebentar .
Di Osaka , ada orang tanya kenapa passport hilang sedangkan aku tinggal di Kyoto .
Hotel aku tidak boleh cancel .... lagipun dekat je Kyoto - Osaka itu .


Esoknya hari Jumaat , pagi - pagi lagi aku sudah ke Kansai Airport , report dekat " Lost and Found ",
kemudian  aku tunggu kat station bas limo , tanya bas satu - satu kalau ada nampak passport aku kat
dalam bas , jawabannya tetap tidak ada .  Aku dapat nasihat dari seseorang untuk tunggu di Kyoto
sampai hari Ahad untuk pastikan passport aku betul - betul hilang ( memandangkan kalau barang
hilang di Jepun , 90 % akan dapat balik .
Tambahan pula , kedutaan di Tokyo  tutup pada hari Sabtu dan Ahad .  Tidak lupa , aku email kedutaan mengatakan passport aku hilang  dan buat masa sekarang aku tinggal di tempat sekian .

Hingga hari Ahad , passport tidak jumpa juga .  Aku terpaksa bergerak ke Tokyo sebab kedutaan di sana . Sila maklum , dimana juga passport anda hilang , anda perlu ke kedutaan di Tokyo .
Overnight bas dari Osaka ke Tokyo memakan masa 9 jam . Sampai di Tokyo pada hari Isnin , terus
saja ke Pejabat Polis di Shibuya dan buat report . Kena buat report polis di Shibuya  sahaja untuk
rujukan kedutaan . Dah sampai kedutaan , apa dokumen yang perlu ada ?
Dinasihatkan menyediakan ini sebelum pergi kedutaan .

1 . Gambar berukuran passport 3 keping ( kalau tak ada , boleh ambil kat booth gambar di Stesen
     Shibuya .
2 . Bukti kewarganegaraan - kad pengenalan Atau surat beranak . Salinan pun tidak mengapa .
3 . E - tiket penerbangan
4 . Bayaran sebanyak RM 50 ( 1 , 350  Yen )
5 . Laporan polis

Kebetulan aku ada simpan semua dokumen dalam email kecuali passport aku yang terbaru  dan
surat beranak . Dan .... sebenarnya surat beranak tak perlu pun kalau dah ada IC . Aku salah info .
Passport ada gambar sahaja dalam phone .
Kebetulan pula   next city aku adalah Seoul , aku tak submit e - ticket dan dia minta aku email petang
itu juga sebab nak keluarkan pelepasan dari airport mana aku akan berlepas balik .
Belilah ticket on the sport pula .
Note that , dokument perjalanan cemas hanya boleh digunakan untuk kembali ke negara asal sahaja
iaitu Malaysia .

Aku samapai ke Kedutaan Malaysia lepas lunch hour , so dokumen perjalanan cemas hanya boleh
dikeluarkan esok hari . Esoknya , aku pergi ambil dokumen perjalanan dan berpatah balik ke Osaka untuk terbang ke Malaysia . Kenapa balik dari Osaka bukan dari Tokyo ..
Tiket itu sahaja paling kurang harganya .

Sampai KLIA , immigration akan bagi surat untuk kita bawa ke Immigration Putrajaya .
Aku terus buat report polis lagi  sekali kat KLIA , pring e - ticket untuk pergi ke Seoul .
Dari KLIA , aku terus gerak pergi Putrajaya .
Bab ni jarang orang kongsi prosedure dia .  Proses ini perlu dibuat dalam tempoh sebulan lepas
sampai ke Malaysia .

Dokumen apa perlu bawa ke Immigration Putrajaya ..

1 . Salinan kad pengenalan ( 2 salinan )
2 . Report polis ( 2 salinan )
3 . Borang kaji selidik passport hilang ( yang ni kaunter akan bagi dan kena pergi Pesuruhjaya
Sumpah untuk cop dan sahkan , pastu kena sumpah tak akan hilangkan passport lagi .

Dan ... aku ada masalah lagi . Ticket aku ke Seoul hari berikutnya . Memang salah aku , mana
aku tahu proses nak dapatkan passport baru kalau hilang kena ambil masa 3 - 5 hari bekerja .
Aku call syarikat penerbangan nak tukar tarikh ticket  tapi amount dia banyak gila .
So aku buat surat rayuan  . Pegawai bagi aku contoh dan aku tulis tangan sahaja surat rayuan itu
beserta e - ticket pernebangan  . Lepas itu , dia suruh aku tunggu sampai jam 2 untuk jumpa
pegawai atasan .
Mereka buat siasatan  , check tarikh aku keluar Malaysia , kemudian dia kata datang esok pagi jam
7.30 kalau - kalau big boss diorang luluskan rayuan aku .
Aduh .... flight esok jam 14 . 55 pm .
Esoknya , pagi - pagi aku dah terpacak dekat pejabat Immigration , Alhamdulillah mereka luluskan
permohonan .
Di Putrajaya , aku terus ke KLIA , terbang ke Seoul .

Peringatan ....
Sila pastikan semua dokumen perjalanan seperti salinan passport , kad pengenalan , surat beranak dsb disimpan dalam bentuk apa sekalipun .  Macam aku simpan dalam email .
Gambar je takde . Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja . Kali ini aku bernasib tidak baik
kerana trave tanpa travel insuran sebab unsurans hanya valid sekiranya terbang  dari Malaysia
sahaja .

Terima kasih untuk semua .....

.....................................................................................................

28 th . March . 2018 - 1 . 34 pm , 29 . 3 . 18 - 4 .27 pm .

Ahad, 25 Mac 2018

Berdoalah ...

                                          Berdoalah ..., hipwee - tq foto .


Assalamualaikum .


Berdoalah ...
Dikala 1/3 malam

Berdoalah ...
Sewakt dalam sujud

Berdoalah ...
Diantara Azan dan Iqamah

Berdoalah ...
Diantara Rakaat terakhir

Berdoalah ...
Sewaktu turunnya hujan

Berdoalah ...
Sewaktu sedang bermusafir

Berdoalah ...
Sewaktu berbuka puasa

Berdoalah...
Sewaktu sedang berzikir

Berdoalah ...
Sewaktu Hari Arafah

Berdoalah ...
Sewaktu melawat orang sakit


DSKB video - Tq sharing .
26 th . March . 2018 - 1 . 22 pm .

Khamis, 22 Mac 2018

10 Kunci Hati ..

                                          10 kunci hati jiwa tenang dan tenteram - viva video , tq .


Assalamualaikum .


Ada 10 kunci agar hati dan jiwa selalu tenang dan tenteram :

1 . Tidak membenci
     Jangan pernah membenci seseorang walaupun dia telah berbuat kesalahan kepadamu .

2 . Tidak mengeluh
     Jangan berkeluh kesah dan bersedih hati , perbanyakkan berdoa kepada Allah swt .

3 . Hiddup sederhana
     Hiduplah sederhana dan sewajarnya walaupun punya kedudukan tinggi dan harta melimpah .

4 . Berperasangka baik
     Senantiasa berfikir positif meskipun silih berganti menghadapi masalah dan musibah .

5 . Selalu tersenyum
     Tersenyumlah walaupun hati sangat luka .

6.  Selalu memberi
     Membiasakan tangan di atas , meskipun dalam keadaan lapang atau dalam kesempitan .

7. Berdoa tanpa pengetahuan mereka
    Senantiasa mendoakan kebaikan untuk saudaranya tanpa pengetahuan darinya .

8 . Tidak dengki dan iri hati
     Jangan iri hati dan dengki dengan kejayaan teman anda , sebaliknya berdoalah semoga anda
     juga berjaya sepertinya .

9 . Mudah memaafkan
     Jangan merasa lelah dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana disitu terdapat
     keluhuran budi dan ketenangan di dalamnya .

10 . Hindari permusuhan
       Jangan menganggap orang yang berbeda pendapat sebagai lawan tetapi anggaplah dia
       sebagai kawan .

Semoga kita sentiasa mengwujudkan kebahagiaannya ...

Viva video sharing - TQ .


Jika kita percaya ....selepas hujan pastikan ada pelangi , kita juga percaya selepas derita adanya
bahagia .
Semoga hari ini merupakan awal yang indah dan Allah sentiasa bukakan pintu rahmat kepada
hambanya .
Dan kita... sentiasa mengucapkan Alhamdulillah , syukur kepada segala nikmat Allah swt ...
dan dimudahkan segala urusan setiap masa dan ketika ... Amin ...

23 . 3 . 2018 - 1 . 42 pm .