Khamis, 22 Mac 2018

10 Kunci Hati ..

                                          10 kunci hati jiwa tenang dan tenteram - viva video , tq .


Assalamualaikum .


Ada 10 kunci agar hati dan jiwa selalu tenang dan tenteram :

1 . Tidak membenci
     Jangan pernah membenci seseorang walaupun dia telah berbuat kesalahan kepadamu .

2 . Tidak mengeluh
     Jangan berkeluh kesah dan bersedih hati , perbanyakkan berdoa kepada Allah swt .

3 . Hiddup sederhana
     Hiduplah sederhana dan sewajarnya walaupun punya kedudukan tinggi dan harta melimpah .

4 . Berperasangka baik
     Senantiasa berfikir positif meskipun silih berganti menghadapi masalah dan musibah .

5 . Selalu tersenyum
     Tersenyumlah walaupun hati sangat luka .

6.  Selalu memberi
     Membiasakan tangan di atas , meskipun dalam keadaan lapang atau dalam kesempitan .

7. Berdoa tanpa pengetahuan mereka
    Senantiasa mendoakan kebaikan untuk saudaranya tanpa pengetahuan darinya .

8 . Tidak dengki dan iri hati
     Jangan iri hati dan dengki dengan kejayaan teman anda , sebaliknya berdoalah semoga anda
     juga berjaya sepertinya .

9 . Mudah memaafkan
     Jangan merasa lelah dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana disitu terdapat
     keluhuran budi dan ketenangan di dalamnya .

10 . Hindari permusuhan
       Jangan menganggap orang yang berbeda pendapat sebagai lawan tetapi anggaplah dia
       sebagai kawan .

Semoga kita sentiasa mengwujudkan kebahagiaannya ...

Viva video sharing - TQ .


Jika kita percaya ....selepas hujan pastikan ada pelangi , kita juga percaya selepas derita adanya
bahagia .
Semoga hari ini merupakan awal yang indah dan Allah sentiasa bukakan pintu rahmat kepada
hambanya .
Dan kita... sentiasa mengucapkan Alhamdulillah , syukur kepada segala nikmat Allah swt ...
dan dimudahkan segala urusan setiap masa dan ketika ... Amin ...

23 . 3 . 2018 - 1 . 42 pm .
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan