Passport 3 , Tq .
Assalamualaikum .
Hilang pasport di luar negara adalah satu benda yang menakutkan buat semua pengembara .
Tapi , itulah yang terjadi sewaktu aku ada di Jepun tahun lalu .
Ok , apa nak buat jika passport hilang ...
Perkara pertama aku buat ialah call kawan dahulu , itu situasi biasakan , cuak kau ...
Kemudian terus saja cek in dekat guesthouse di Kyoto . Aku minta orang guesthouse call
Kansai Airport dan Syarikat bus Limo ( tempat yang aku percaya kali terakhir aku tengok passport ) .
Kedua - dua cakap tak ada . Kemudian , sebab terlalu penat , aku tido sebentar .
Di Osaka , ada orang tanya kenapa passport hilang sedangkan aku tinggal di Kyoto .
Hotel aku tidak boleh cancel .... lagipun dekat je Kyoto - Osaka itu .
Esoknya hari Jumaat , pagi - pagi lagi aku sudah ke Kansai Airport , report dekat " Lost and Found ",
kemudian aku tunggu kat station bas limo , tanya bas satu - satu kalau ada nampak passport aku kat
dalam bas , jawabannya tetap tidak ada . Aku dapat nasihat dari seseorang untuk tunggu di Kyoto
sampai hari Ahad untuk pastikan passport aku betul - betul hilang ( memandangkan kalau barang
hilang di Jepun , 90 % akan dapat balik .
Tambahan pula , kedutaan di Tokyo tutup pada hari Sabtu dan Ahad . Tidak lupa , aku email kedutaan mengatakan passport aku hilang dan buat masa sekarang aku tinggal di tempat sekian .
Hingga hari Ahad , passport tidak jumpa juga . Aku terpaksa bergerak ke Tokyo sebab kedutaan di sana . Sila maklum , dimana juga passport anda hilang , anda perlu ke kedutaan di Tokyo .
Overnight bas dari Osaka ke Tokyo memakan masa 9 jam . Sampai di Tokyo pada hari Isnin , terus
saja ke Pejabat Polis di Shibuya dan buat report . Kena buat report polis di Shibuya sahaja untuk
rujukan kedutaan . Dah sampai kedutaan , apa dokumen yang perlu ada ?
Dinasihatkan menyediakan ini sebelum pergi kedutaan .
1 . Gambar berukuran passport 3 keping ( kalau tak ada , boleh ambil kat booth gambar di Stesen
Shibuya .
2 . Bukti kewarganegaraan - kad pengenalan Atau surat beranak . Salinan pun tidak mengapa .
3 . E - tiket penerbangan
4 . Bayaran sebanyak RM 50 ( 1 , 350 Yen )
5 . Laporan polis
Kebetulan aku ada simpan semua dokumen dalam email kecuali passport aku yang terbaru dan
surat beranak . Dan .... sebenarnya surat beranak tak perlu pun kalau dah ada IC . Aku salah info .
Passport ada gambar sahaja dalam phone .
Kebetulan pula next city aku adalah Seoul , aku tak submit e - ticket dan dia minta aku email petang
itu juga sebab nak keluarkan pelepasan dari airport mana aku akan berlepas balik .
Belilah ticket on the sport pula .
Note that , dokument perjalanan cemas hanya boleh digunakan untuk kembali ke negara asal sahaja
iaitu Malaysia .
Aku samapai ke Kedutaan Malaysia lepas lunch hour , so dokumen perjalanan cemas hanya boleh
dikeluarkan esok hari . Esoknya , aku pergi ambil dokumen perjalanan dan berpatah balik ke Osaka untuk terbang ke Malaysia . Kenapa balik dari Osaka bukan dari Tokyo ..
Tiket itu sahaja paling kurang harganya .
Sampai KLIA , immigration akan bagi surat untuk kita bawa ke Immigration Putrajaya .
Aku terus buat report polis lagi sekali kat KLIA , pring e - ticket untuk pergi ke Seoul .
Dari KLIA , aku terus gerak pergi Putrajaya .
Bab ni jarang orang kongsi prosedure dia . Proses ini perlu dibuat dalam tempoh sebulan lepas
sampai ke Malaysia .
Dokumen apa perlu bawa ke Immigration Putrajaya ..
1 . Salinan kad pengenalan ( 2 salinan )
2 . Report polis ( 2 salinan )
3 . Borang kaji selidik passport hilang ( yang ni kaunter akan bagi dan kena pergi Pesuruhjaya
Sumpah untuk cop dan sahkan , pastu kena sumpah tak akan hilangkan passport lagi .
Dan ... aku ada masalah lagi . Ticket aku ke Seoul hari berikutnya . Memang salah aku , mana
aku tahu proses nak dapatkan passport baru kalau hilang kena ambil masa 3 - 5 hari bekerja .
Aku call syarikat penerbangan nak tukar tarikh ticket tapi amount dia banyak gila .
So aku buat surat rayuan . Pegawai bagi aku contoh dan aku tulis tangan sahaja surat rayuan itu
beserta e - ticket pernebangan . Lepas itu , dia suruh aku tunggu sampai jam 2 untuk jumpa
pegawai atasan .
Mereka buat siasatan , check tarikh aku keluar Malaysia , kemudian dia kata datang esok pagi jam
7.30 kalau - kalau big boss diorang luluskan rayuan aku .
Aduh .... flight esok jam 14 . 55 pm .
Esoknya , pagi - pagi aku dah terpacak dekat pejabat Immigration , Alhamdulillah mereka luluskan
permohonan .
Di Putrajaya , aku terus ke KLIA , terbang ke Seoul .
Peringatan ....
Sila pastikan semua dokumen perjalanan seperti salinan passport , kad pengenalan , surat beranak dsb disimpan dalam bentuk apa sekalipun . Macam aku simpan dalam email .
Gambar je takde . Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja . Kali ini aku bernasib tidak baik
kerana trave tanpa travel insuran sebab unsurans hanya valid sekiranya terbang dari Malaysia
sahaja .
Terima kasih untuk semua .....
.....................................................................................................
28 th . March . 2018 - 1 . 34 pm , 29 . 3 . 18 - 4 .27 pm .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan