Rabu, 4 Mei 2016

Perjalanan Istimewa...Indah . ( May 8th . 2016 ) .

                                     Arabian Journey , Tq .


Assalamualaikum .


Selamat pagi semua ... pintu rezeki terbuka luas , senyum , ikhlaskan diri dalam
setiap perbuatan , semuga apa yang di lakukan  sentiasa akan di permudahkan Allah swt .

Alhamdulillah syukur ke hadratNya yang masih memberikan kita peluang meneruskan
kehidupan yang sentiasa baik .
Kita masih dapat menyambut 27 Rejab 1437 H , lebih kurang sebulan lagi mudah - mudahan kita
kita juga dapat menyambut Ramadhan yang penuh barakah .
                                     Israk Mikraj - therakyatpost , Tq .


27 th . Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi saw iaitu perjalanan Israk
Mikraj . Perjalanan Baginda saw bermula dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa ,
Baitulmaqdis , Palestine serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit ke tujuh .
Maksud ayat  Al Isra - 1 ,  " Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu
malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya
(dengan di turunkan Nabi - Nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya ) , agar Kami
perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda - tanda kebesaran Kami .
Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Menegetahui . ( Al Isra ' - 1 ) .

...........................................


Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi saw ke Madinah bersamaan tahun 721 M .
Ia berlaku di tengah - tengah tekanan dan hinaan kuat yang di alami oleh Rasulullahsaw dan
sahabat daripada kelompok musyrikin Mekah ( Abu Jahal - Abdul Hakam b. Hisyam ) , dia
adalah sahabat Abu Lahab ( Abdul Uzza b . Abdul Muthalib ) , Abu Lahab bapa saudara
Nabisaw . Mereka ke duanya adalah orang yang sangat membenci Nabi saw .

Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat , cepat , laju , Nabi saw pada malam hari atas kudrat
dan iradat Allahswt dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa . Baginda kemudian naik ke langit
sampai ke Sidratul Muntaha , bahkan ke Mustawa , dan sampai di bawah Arasy Allah ( satu
tempat di mana alam ini di atur ) dengan menembusi tujuh lapis langit , lalu kembali semula
ke Makkah pada malam yang sama .

Kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana
ia tidak sama dengan cara perjalanan yang di tempuh oleh manusia biasa .
Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa...indah , menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya
tidak pernah terfikir oleh manusia dan apa sahaja yang di reka oleh manusia . Wallahualam ...

Dalam peristiwa itu juga , Rasulullahsaw di perlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang
bakal di terima umatnya di akhirat nanti . Maksudnya , " Sesungguhnya Nabi Muhammadsaw
telah melihat ( Jibril dalam bentuk rupanya yang asal ) pada waktu yang lain iaitu di Sidratul
Muntaha . " Dekatnya ada syurga tempat tinggal , ( Nabi saw melihat Jibril ) , ketika Sidratul
Muntaha di liputi oleh sesuatu yang meliputi " . Note - kenyataan di atas , saya juga kurang
faham , In Shaa Allah , saya akan cuba refer di mana - mana .....

............................................

Note , Mustawa - ( pintu langit ) , 1 . pintu yang terbuka maksudnya , Allah akan memberi cahaya
ke dalam hati manusia maka akan menjadi terang .

2 . Pintu yang tertutup maksudnya , maka cahaya tidak akan masuk ke dalam hati dan hati akan
menjadi gelap . Wallahualam ....

May 9 th .

Penglihatan ( Nabi saw ) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat ( akan pemandangan
yang indah di situ yang di izinkan melihatnya ) , dan tidak pula melampaui batas .
" Demi sesungguhnya , Baginda saw telah melihat sebahagian daripada sebesar - besar tanda
( yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan ) TuhanNya . ( An - Najm - 13 - 18 ) .

Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita .
Dalam perjalanan Israk dan Mikraj , Rasulullahsaw turut melewati satu kawasan berbau harum
dengan bau - bauan kasturi . Lalu Bagindasaw bertanya  , kawasan apakah yang sedang
mereka lalui itu .
Jibril menjawab , " Itulah makam Masyitah , seorang wanita penghulu syurga " .
Beliau ialah pengasuh kepada anak Firaun , pemerintah kejam di Mesir yang mengaku
dirinya Tuhan .  Masyitah berfizikal lemah namun mempunyai semangat yang kuat dan jiwa
keIslamannya mampu menafikan keangkuhan Firaun .

Masyitah ialah seorang pelayan raja .
Masyitah seorang yang sedar dan beriman kepada Allah tetapi di sebabkan Firaun , Masyitah dan
ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka .
Pada satu hari , Masyitah menyikat rambut puteri Firaun , tiba - tiba sikat itu terjatuh .
Dengan tidak sengaja dia telah menyebut nama Allah . Apabila puteri itu mendengar nama Allah ,
dia bertanya kepada Masyitah , siapakah Allah itu ?
Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas di desak berkali - kali , akhirnya dia
memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam .

.................................

May 10 th .

Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah
apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya . Masyitah di paksa Firaun
mengakui dirinya ( Firaun ) sebagai tuhan , tetapi dengan penuh keberanian masyitah
berkata , " Tuhanku dan Tuhan kamu adalah Allah " .

Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun , lalu di perintahkan untuk membuat patung
lembu daripada tembaga untuk di isi minyak bagi merebus Masyitah . Menteri Firaun , Hamman ,
salah seorang penghuni neraka , di perintahkan Firaun untuk membunuh Masyitah .
Firaun memerintahkan patung lembu itu di letakkan di atas api sehingga panas menggelegak
dan megarahkan Masyitah dan ahli keluarganya di lontar seorang demi seorang .

Pada waktu gigliran bayinya hendak di masukkan untuk di rebus , Masyitah hampir mengaku
kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya .
Namun , dengan kehendak Allah swt , berlaku kejadian luar biasa , apabila bayi itu dengan fasih
berkata , " Wahai ibuku , teruskanlah daan jangan menyerah kalah , sesungguhnya engkau
di atas ( jalan ) kebenaran ." Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka
dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa .
Lalu , semuanya syahid du bunuh Firaun .

Keberanian wanita ini memperjuangkan kebenaran dan keimanan di rakam dan di ingati setiap
tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj . Semua ahli keluarga Masyitah
pastinya mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah mereka .


Dalam perjalanan itu , antaranya Bagindasaw  turut di perlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa
wanita yang membuatkan Rasulullahsaw menangis setiap kali mengenangkannya .

Dalam perjalanan itu , antaranya Bagindasaw di perlihatkan perempuan yang di gantung dengan
rambut dan otak di kepalanya mendidih . Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi
rambutnya dari di lihat  oleh yang bukan mahram .

Seksaan lain yang di perlihatkan kepada Bagindasaw , perempuan yang di gantung lidahnya dan tangannya di keluarkan daripada punggung dan minyak panas di tuangkan ke dalam
kerongkongnya . Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suaminya dengan
kata - katanya .

Baginda juga melihat bagaimana perempuan di gantung buah dadanya dari arah punggung
dan air pokok zakum di tuang ke dalam kerongkong . Mereka adalah perempuan yang menyusui
anak orang lain tanpa keizinan suaminya .


May 11 th .

Ada pula perempuan di ikat dua kakinya serta dua tangannya ......sampai ke ubun dan di belit
beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh Solat dan berpuasa
tetapi tidak mahu mengerjakannya , tidak berwuduk dan tidak pula mahu mandi junub .
Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan juga tidak
mandi bersuci selepas haid dan nifas .

Selain itu , Baginda saw melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala
di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat
lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain .

Bagindasaw juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari
api neraka . Mereka adalah perempuan yang suka memashyurkan diri sendiri supaya orang
akan melihat perhiasannya .  Seksaan lain yang dilihat Bagindasaw ialah perempuan yang
kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang
suka mengadu domba dan suka berdusta .

Ada pula perempuan yang Bagindasaw nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta
kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya . Mereka adalah perempuan
yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain .

Banyak lagi peristiwa lain yang di lihat oleh Nabisaw ....

Berdasarkan peristiwa Israk Mikraj , kita memperolehi berbagai pengajaran berharga yang
terkandung di dalamnya untuk direnungi dan di hayati .

Antara pengajaran berguna itu .....

1 . Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah baik di kala di timpa kesusuahan
mahupun ketika mendapat kesenangan . Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan
pertolongan , menghilangkan segala kesedihan , dukacita dan kesusuahan pada diri manusia .
Sebagaimana yang di ceritakan , Nabisaw telah di timpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk
Mikraj . Dalam keadaan demikian , datang perintah untuk Israk Mikraj , iaitu untuk berhadapan
dengan Allah Azzawajalla . Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada
Allah sewaktu di datangi musibah dan perbagai permasalahan dalam kehidupan .
Caranya ialah dengan melaksanakan perintahNya dan menjauhi semua laranganNya di samping
terus meningkatkan ketaqwaan dan amal ibadat .

2 . Menjauhi perkara mungkar dan maksiat .
Semasa Israk Mikraj , tepatnya sewaktu Nabisaw di ajak meninjau keadaan neraka , Bagindasaw
di tunjukkan berbagai bentuk penyiksaan dahsyat yang sedang di alami oleh berbagai kaum
sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan pernah mereka lakukan .
Contohnya Nabisaw di perlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka
dengan batu besar , setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala .
Nabisaw juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan pemakan Riba , Penzina ,
Pengumpat , pemfitnah dll .
Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan perbuatan
tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas di larang Allah swt kerana begitulah seksaan yang
bakal di terima oleh seseorang di akhirat nanti andainya perbuatan terlarang itu di lakukan juga .

3 . Perintah Solat sebagai satu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan
mengenainya . Kewajiban Solat berbeza dengan kewajiban yang lain seperti Puasa , Zakat ,
dan Haji . Ini adalah kerana kewajiban Solat di terima langsung oleh Nabisaw daripada Allahswt
sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail .
Itu menunjukkan keistimewaan dan kelebihan Solat berbanding ibadah lain , dan Solat juga
amalan paling awal di hisab di  akhirat kelak . Dengan Solat , kita berpeluang untuk berdialog
langsung dengan Allahswt .

4 . Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai Pencipta agar keyakinan terhadap
kekuasaanNya benar - benar bersemi di jiwa manusia . Ini kerana sewaktu Israk Mikraj , Allahswt
memperlihatkan kepada Nabisaw akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaannya yang
terdapat di alam tinggi bernama langit seperti Sidratul Muntaha , Syurga dll .

5 . Anjuran memberi salam .
Di sepanjang perjalanan Mikraj , Nabisaw tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada semua
yang Bagindasaw temui . Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan
supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan
untuk mengeratkan hubungan .

6 . Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana di bayangkan melalui pertemuan Nabisaw
dengan seorang nenek tua . Ia memberi gambaran bahawa umur dunia sudah lanjut dan hampir
musnah . Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan
dunia hanyalah bersifat sementara . Hanya yang kekal ketaqwaan dan amal solih menjadi
bekalan untuk ke akhirat .

7 . Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis , di mana sewaktu Israk , pada awal
perjalanan lagi jin Afrit telah mengejar Bagindasaw dengan membawa obor untuk menghalang
perjalanan Nabisaw dan berusaha memperdayakan Bagindasaw .
Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan iblis adalah musuh yang nyata dan tidak akan
pernah jemu untuk menyesat memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara .

Wallahua'alam ......

Di kongsi dari group , Tq cikgu Norimah Sekolah Agama Melaka .


Ya Allah .....

Ampunilah segala dosa dan kesalahan kami , ampunilah dosa kedua ibubapa kami , redhailah perjalanan hidup kami , lapangkanlah jiwa dan perasaan kami , ahli keluarga kami , sahabat dan saudara kami .
Letakkanlah kami dalam naungan kasih dan belas kasihanMu ....






May 5th . 2016 - 10 . 30 am - 27 Rejab 1437 H ., May 8 - 9. 08am , May 11 th 2016 - 11 . 38am .


Isnin, 2 Mei 2016

Nasib Yang Telah Di Tetapkan .

                                      setitis air yang tiada arti - dakwah.com , Tq foto .


Assalamualaikum .


Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Masud ,


Diriwayatkan Rasulullah saw menyampaikan kepada kami , Bagindasaw adalah yang benar dan
dibenarkan .

Sesungguhnya setiap kalian di kumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setetes
mani selama empat puluh hari , kemudian berubah menjadi setetes darah selama empat puluh
hari , kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari .

Kemudian di utuskan kepadanya seorang malaikat lalu di tiupkan kepadanya ruh dan di perintahkan
untuk menetapkan empat rezekinya , ajalnya , amalnya dan kecelakaannya  kebahagiaannya .
Demi Allah yang tidak ada selainNya , sesungguhnya di antara kalian ada yang melakukan perbuatan
ahli syurga hingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal hanya sehasta akan tetapi telah
di tetapkan baginya ketentuan , dia melakukan perbuatan ahli neraka , maka masuklah dia
ke dalam neraka .
Sesungguhnya di antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara
dirinya dan neraka tinggal sehasta , akan tetapi telah di tetapkan baginya akan ketentuan ,
dia melakukan perbuatan ahli syurga , maka masuklah dia ke dalam syurga .


Riwayat Bukhari dan Muslim .
Coretan Tok Akob 124 , TQ .

Semuga kita sentiasa dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah swt .
May 3 rd . 2016 - 10 . 35 am .

Ahad, 24 April 2016

Orang Yang Tidak Boleh Di Percaya ...


                                    pokok kelapa - mawar berduri -asmasolehahblgspt.com , Tq .


Assalamualaikum ..


Mulakan pagi yang indah ini dengan Bismillah  , mengingatiNya di setiap langkah dalam apa 
juga yang ingin kita lakukan . Bernawaitu atau niat biar sekecil mana keranaNya , semuga sentiasa
dalam restu dan redhaNya .

Selamat pagi Isnin untuk semua ..


Selingan di pagi ini .


Seorang pesakit jiwa tiba - tiba melarikan diri dari sebuah hospital .  Apabila terjumpa sebatang
pokok kelapa di luar hospital , lelaki itu terus saja memanjatnya . 
Beberapa orang kakitangan hospital memujuk supaya lelaki itu turun . Namun , dia tidak juga
mahu turun .  Keadaan menjadi kelam kabut .

Polis  , Bomba dan Rela juga di panggil untuk membantu menangkap pesakit itu .
Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesar suara menyuruh pesakit itu turun dan
polis akan menembak jika ia enggan turun .
Namun , pesakit itu masih enggan turun .  Malah dia beraksi seolah - olah mahu terjun  apabila 
ada yang cuba mendekati pokok kelapa yang di panjat itu . 
Usaha untuk memujuk pesakit itu gagal . 

Sebentar kemudian kakitangan hospital datang dengan membawa seorang lagi pesakit jiwa .
Mereka ini telah di tempatkan di ward yang sama .
Kakitangan hospital meminta pistol dari seorang anggota polis , lalu di berikan kepada 
pesakit yang baru datang tadi . 
Pesakit itu kemudian mengacukan pistol kepada rakannya yang di atas pokok kelapa .
" Baik hang turun , kalau tak turun aku tembak ."

Lelaki itu terus turun dari pokok kelapa dan dia kemudiannya di berkas oleh polis .
Pegawai polis tadi bertanya , " Kenapa masa saya bagi amaran tadi kamu tak ikut ?"
Tapi bila kawan kamu suruh , kamu ikut?
 "Sebab saya tahu , polis tidak akan tembak saya . Tapi kalau kawan saya yang ini , dia betul 
sakit mental .  Orang sakit mental tidak boleh di harap dan tidak boleh di percaya . Dia akan 
tembak betul - betul . ..."


Dalam kisah di atas siapakah sebenarnya sakit jiwa .......


Di kongsi dari rakan WhatsApp , Tq Jarina . 


Apr . 25 th . 2016 - 10 . 40 am .





Isnin, 7 Mac 2016

Jika Tiada Rezeki

                                      Rezeki - Naluri kehidupan , Tq .


Assalamualaikum .


Jika tiada rezeki anak , mungkin di berikan rezeki mertua yang baik .
Maka anda akan lebih bahagia mendapatkannya .

Jika tiada rezeki wang ringgit , mungkin di berikan rezeki kesihatan . Maka anda akan lebih bahagia
dari kerisauan menjaga harta dunia .

Jika tiada rezeki kereta mewah , mungkin di berikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan
masalah . Maka anda lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal .

Jika tiada rezeki rumah yang besar , mungkin di berikan rezeki makanan yang tidak pernah
putus . Maka anda lebih bahagia dari gelandangan .

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik , mungkin di berikan rezeki pasangan yang baik dan
pandai menguruskan rumah tangga . Maka anda akan lebih bahagia kerana hidup berteman dan
segala terjaga .

Jika tiada rezeki jodoh , mungkin di berikan rezeki umur ibu bapa yang panjang . Maka lebih
bahagia dapat berbakti sepenuhnya  pada orang tua .

Jika tiada rezeki hari ini , mungkin ada rezeki yang lebih baik pada hari esok .
Maka anda akan lebih bahagia kerana rezeki yang tidak di jangka .


Sentiasanya kita bersabar , bersyukur , berusaha , berdoa , bertawakkal .
Hati yang tenang perlu di palu dengan lima tiang fardhu . Semuga apa yang kita usahakan hari
ini di permudahkan dan di rahmati Allah swt .


March 8 th . 2016 - 8 . 09 am .

Ahad, 6 Mac 2016

Saya Ada RM 1 .

                                      Ringgit Lama - Tq .

 Ringgit lama , Tq .


Assalamualaikum .



Saya ada RM 1 . Awak ada RM 1 .  Jika kita tukar suka sama suka , kita masih ada RM 1 
masing - masing .
Tapi , jika saya ada 1 ilmu dan awak ada 1 ilmu , kemudian kita tukar , maka kita ada 2 ilmu .
Sharing is caring . 


Seorang budak perempuan bersujud ketika lihat aiskrim . Maka seorang darinya bertanya ,
" kenapa kamu sujud ? " . Dia pun menjawab , " Emak saya bila dia gembira , dia akan sujud 
tanda syukur kepada Ilahi " . Sayugianya , perelokkanlah didikan ke atas anak - anakmu .


Seorang lelaki membaiki penghawa dingin masjid kemudian di  tolaknya upah yang di beri dan 
berkata , emak berpesan supaya tidak mengambil upah kerja untuk kebajikan mesjid .
Orang sangat kagum dengan mak  dan saya kagum dengan kebaikkannya .


Seorang orang yang soleh di tanya , mengapa pergi ke masjid sebelum azan .
Dia menjawab , " Azan untuk peringatan kepada orang - orang yang ralik / lorat .
Dan saya harap , saya tidak akan tergolong dalam kalangan mereka ." Kita bermohon kepada Allah
akan kesejahteraan keselamatan dunia dan akhirat .


Aku bertanya " kenapa kamu sentiasa suka minum air di masjid padahal air itu ada dan sama juga
di rumah kamu , Dia menjawab , supaya orang yang letak air di masjid itu akan di beri ganjaran
pahala kerana sentiasa menyediakan minuman untuk umum .


Bilamana kita sampai kepada gosip - gosip tentang seseorang daripada mereka , maka biarlah 
gosip itu terhenti setakat kamu sahaja . Jika betul terjadi biarlah setakat kita sahaja yang tahu
kerana kita telah menutup aib orang lain . Juga , sebaliknya , Allah akan menutup aib kita .


Semuga Allah memberikan kita  pengakhiran yang baik .
Semuga Allah sentiasa menerima taubat kita sebelum berakhir kepadaNya .
Wahai Allah Yang Maha Pengasih , yang sentiasa membolakbalikkan hati , tetapkanlah
hati kami di atas agamaMU . 


March 7 th . 2016 - 8 . 28 am .

Rabu, 2 Mac 2016

Cita - cita Saya Ingin Menjadi Talipon Pintar .

                                     Whats your favourite Smart Phones , offerpop.com , Tq .


Assalamualaikum .


Hari ini 3 March , sudah tiga hari kita memasuki bulan March . Hari ini adalah hari khamis .
Sentiasalah lebarkan senyuman yang manis , hindarkan dari kata - kata yang menyakitkan ,
ciptakan satu suasana yang harmonis lagi indah , berfikiran positif , semuga sentiasa bahagia
dan gembira .
Memberi nasihat yang baik tidak perlu di kenali oleh ramai orang , cukuplah sekadar Allah
yang tahu siapa diri kita . Ibarat jantung yang tidak terlihat tapi sentiasa terus berdenyut setiap
saat dan sentiasa memberikan kita hayat untuk terus hidup . Terima kasih Ya Allah ....


Pagi ini , sebuah cerita biasa saja  juga saya kongsikan dari group , jika  baik jadikanlah
ia pengajaran , jika tidak , tinggalkan sahaja ....


Seorang guru selepas selesai makan malam telah memeriksa homework yang di buat oleh pelajarnya .
Suami Cik gu asik dengan Smart Phone main game Candy Crush Saga .
Semasa membaca nota terakhir si isteri mula menangis tersedu - sedu .

Suami bertanya " kenapa awak menangis sayang "?

Apa yang telah terjadi ?

Isteri " Semalam saya bagi tugasan untuk pelajar saya menulis essay pendek atas tajuk ,
Cita - cita Saya " .

Ok , " Kenapa sayang menangis ? "

Isteri , " Tadi sewaktu saya semak karangan terakhir , saya sangat sedih dan terus menangis " .

Suami dengan rasa penuh hairan , " Apa yang di tulis sehingga membuat awak menangis ?" .

Isteri , " Abang dengar " .....

Cita - cita Saya Ingin Menjadi Talipon Pintar .

Ibubapa saya sangat sayangkan talipon pintar mereka .
Mereka mengambil berat dan amat sayang pada talipon pintar mereka sehinggakan mereka lupa
pada saya . Bila ayah pulang dari kerja walaupun dalam keletihan , ayah masih ada masa untuk talipon
pintarnya , bukan untuk saya .

Walaupun ibu bapa saya sibuk dengan kerja lain semasa di rumah dan bila talipon pintar mereka
berdering , dengan hanya sekali deringan sahaja , mereka akan cepat mencapai talipon , tapi tidak
untuk saya .... walaupun saya sedang menangis .

Ibubapa saya bermain games bersama talipon mereka tapi tidak dengan saya .
Waktu mereka sedang bercakap dengan seseorang melalui talipon pintar , mereka tidak pernah
dengar apa yang saya katakan  walaupun pada perkara yang amat penting .

Jadi , cita - cita saya ingin menjadi talipon pintar .

Selepas mendengar karangan tersebut , suami juga turut bersedih dan bertanya isterinya , " Siapa
yang menulis karangan itu ?".

Isteri menjawab , " Anak kita " ......
                                     Anak kecil - doa - bicara penablgspt.com , Tq .

Kesimpulannya ....

Adakah gadgets keperluan dan kemudahan buat kita untuk merapatkan hubungan kekeluargaan
atau ia sebagai satu bahan untuk merenggang  , mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga
dan mereka yang kita sayangi ...
Anak - anak sentiasa akan melihat dan merasai apa yang berlaku  di sekeliling mereka .
Ia akan sentiasa terpahat di ingatan dan meninggalkan kesan yang berpanjangan .
Bersamalah kita melakukan sesuatu yang terbaik untuk mereka yang di sayangi .
Jangan pernah abaikan mereka dan apa yang penting anak kecil akan sentiasa menyuarakan rahsia hati
mereka secara benar , jujur dan ikhlas .


Ya Allah ya Tuhan kami ...

Berikanlah kami rezeki yang luas , yang halal lagi baik ,tanpa memberatkan kami .
Jika rezeki kami ada di langit , maka turunkanlah .  Jika ada di bumi , maka keluarkanlah ,
jika jauh maka dekatkanlah , jika dekat maka mudahkanlah , jika sedikit maka banyakkanlah .
Jika banyak maka berkatikanlah .....


TQ sharing ,  March 3 rd .2016 - 8 . 41 am .


Selasa, 1 Mac 2016

Coretan Tok Akob - 59 .

                                      friends forever - neworleanshotels.com , Tq .


Assalamualaikum .


Coretan Tok Akob .


Datanglah ke Acara Walimah .


Sahih Bukhori - 4775 .

Dari Abdullah Ibn Umar ra .
Bahawa Rasulullah saw - Jika salah seorang dari kalian di undang ke acara walimah , hendaklah
dia datang .
Maksudnya - Kewajiban seorang muslim untuk menghadiri undangan acara walimah ( kecuali
uzur ) , selama tidak ada kemungkaran atau maksiat di dalam majlis tersebut .
Wallahualam ....


Dikongsi dari rakan WhatsApp - TQ .
March 2 nd . 2016 - 10 . 50 am .