Ahad, 24 April 2016

Orang Yang Tidak Boleh Di Percaya ...


                                    pokok kelapa - mawar berduri -asmasolehahblgspt.com , Tq .


Assalamualaikum ..


Mulakan pagi yang indah ini dengan Bismillah  , mengingatiNya di setiap langkah dalam apa 
juga yang ingin kita lakukan . Bernawaitu atau niat biar sekecil mana keranaNya , semuga sentiasa
dalam restu dan redhaNya .

Selamat pagi Isnin untuk semua ..


Selingan di pagi ini .


Seorang pesakit jiwa tiba - tiba melarikan diri dari sebuah hospital .  Apabila terjumpa sebatang
pokok kelapa di luar hospital , lelaki itu terus saja memanjatnya . 
Beberapa orang kakitangan hospital memujuk supaya lelaki itu turun . Namun , dia tidak juga
mahu turun .  Keadaan menjadi kelam kabut .

Polis  , Bomba dan Rela juga di panggil untuk membantu menangkap pesakit itu .
Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesar suara menyuruh pesakit itu turun dan
polis akan menembak jika ia enggan turun .
Namun , pesakit itu masih enggan turun .  Malah dia beraksi seolah - olah mahu terjun  apabila 
ada yang cuba mendekati pokok kelapa yang di panjat itu . 
Usaha untuk memujuk pesakit itu gagal . 

Sebentar kemudian kakitangan hospital datang dengan membawa seorang lagi pesakit jiwa .
Mereka ini telah di tempatkan di ward yang sama .
Kakitangan hospital meminta pistol dari seorang anggota polis , lalu di berikan kepada 
pesakit yang baru datang tadi . 
Pesakit itu kemudian mengacukan pistol kepada rakannya yang di atas pokok kelapa .
" Baik hang turun , kalau tak turun aku tembak ."

Lelaki itu terus turun dari pokok kelapa dan dia kemudiannya di berkas oleh polis .
Pegawai polis tadi bertanya , " Kenapa masa saya bagi amaran tadi kamu tak ikut ?"
Tapi bila kawan kamu suruh , kamu ikut?
 "Sebab saya tahu , polis tidak akan tembak saya . Tapi kalau kawan saya yang ini , dia betul 
sakit mental .  Orang sakit mental tidak boleh di harap dan tidak boleh di percaya . Dia akan 
tembak betul - betul . ..."


Dalam kisah di atas siapakah sebenarnya sakit jiwa .......


Di kongsi dari rakan WhatsApp , Tq Jarina . 


Apr . 25 th . 2016 - 10 . 40 am .





Isnin, 7 Mac 2016

Jika Tiada Rezeki

                                      Rezeki - Naluri kehidupan , Tq .


Assalamualaikum .


Jika tiada rezeki anak , mungkin di berikan rezeki mertua yang baik .
Maka anda akan lebih bahagia mendapatkannya .

Jika tiada rezeki wang ringgit , mungkin di berikan rezeki kesihatan . Maka anda akan lebih bahagia
dari kerisauan menjaga harta dunia .

Jika tiada rezeki kereta mewah , mungkin di berikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan
masalah . Maka anda lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal .

Jika tiada rezeki rumah yang besar , mungkin di berikan rezeki makanan yang tidak pernah
putus . Maka anda lebih bahagia dari gelandangan .

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik , mungkin di berikan rezeki pasangan yang baik dan
pandai menguruskan rumah tangga . Maka anda akan lebih bahagia kerana hidup berteman dan
segala terjaga .

Jika tiada rezeki jodoh , mungkin di berikan rezeki umur ibu bapa yang panjang . Maka lebih
bahagia dapat berbakti sepenuhnya  pada orang tua .

Jika tiada rezeki hari ini , mungkin ada rezeki yang lebih baik pada hari esok .
Maka anda akan lebih bahagia kerana rezeki yang tidak di jangka .


Sentiasanya kita bersabar , bersyukur , berusaha , berdoa , bertawakkal .
Hati yang tenang perlu di palu dengan lima tiang fardhu . Semuga apa yang kita usahakan hari
ini di permudahkan dan di rahmati Allah swt .


March 8 th . 2016 - 8 . 09 am .

Ahad, 6 Mac 2016

Saya Ada RM 1 .

                                      Ringgit Lama - Tq .

 Ringgit lama , Tq .


Assalamualaikum .



Saya ada RM 1 . Awak ada RM 1 .  Jika kita tukar suka sama suka , kita masih ada RM 1 
masing - masing .
Tapi , jika saya ada 1 ilmu dan awak ada 1 ilmu , kemudian kita tukar , maka kita ada 2 ilmu .
Sharing is caring . 


Seorang budak perempuan bersujud ketika lihat aiskrim . Maka seorang darinya bertanya ,
" kenapa kamu sujud ? " . Dia pun menjawab , " Emak saya bila dia gembira , dia akan sujud 
tanda syukur kepada Ilahi " . Sayugianya , perelokkanlah didikan ke atas anak - anakmu .


Seorang lelaki membaiki penghawa dingin masjid kemudian di  tolaknya upah yang di beri dan 
berkata , emak berpesan supaya tidak mengambil upah kerja untuk kebajikan mesjid .
Orang sangat kagum dengan mak  dan saya kagum dengan kebaikkannya .


Seorang orang yang soleh di tanya , mengapa pergi ke masjid sebelum azan .
Dia menjawab , " Azan untuk peringatan kepada orang - orang yang ralik / lorat .
Dan saya harap , saya tidak akan tergolong dalam kalangan mereka ." Kita bermohon kepada Allah
akan kesejahteraan keselamatan dunia dan akhirat .


Aku bertanya " kenapa kamu sentiasa suka minum air di masjid padahal air itu ada dan sama juga
di rumah kamu , Dia menjawab , supaya orang yang letak air di masjid itu akan di beri ganjaran
pahala kerana sentiasa menyediakan minuman untuk umum .


Bilamana kita sampai kepada gosip - gosip tentang seseorang daripada mereka , maka biarlah 
gosip itu terhenti setakat kamu sahaja . Jika betul terjadi biarlah setakat kita sahaja yang tahu
kerana kita telah menutup aib orang lain . Juga , sebaliknya , Allah akan menutup aib kita .


Semuga Allah memberikan kita  pengakhiran yang baik .
Semuga Allah sentiasa menerima taubat kita sebelum berakhir kepadaNya .
Wahai Allah Yang Maha Pengasih , yang sentiasa membolakbalikkan hati , tetapkanlah
hati kami di atas agamaMU . 


March 7 th . 2016 - 8 . 28 am .

Rabu, 2 Mac 2016

Cita - cita Saya Ingin Menjadi Talipon Pintar .

                                     Whats your favourite Smart Phones , offerpop.com , Tq .


Assalamualaikum .


Hari ini 3 March , sudah tiga hari kita memasuki bulan March . Hari ini adalah hari khamis .
Sentiasalah lebarkan senyuman yang manis , hindarkan dari kata - kata yang menyakitkan ,
ciptakan satu suasana yang harmonis lagi indah , berfikiran positif , semuga sentiasa bahagia
dan gembira .
Memberi nasihat yang baik tidak perlu di kenali oleh ramai orang , cukuplah sekadar Allah
yang tahu siapa diri kita . Ibarat jantung yang tidak terlihat tapi sentiasa terus berdenyut setiap
saat dan sentiasa memberikan kita hayat untuk terus hidup . Terima kasih Ya Allah ....


Pagi ini , sebuah cerita biasa saja  juga saya kongsikan dari group , jika  baik jadikanlah
ia pengajaran , jika tidak , tinggalkan sahaja ....


Seorang guru selepas selesai makan malam telah memeriksa homework yang di buat oleh pelajarnya .
Suami Cik gu asik dengan Smart Phone main game Candy Crush Saga .
Semasa membaca nota terakhir si isteri mula menangis tersedu - sedu .

Suami bertanya " kenapa awak menangis sayang "?

Apa yang telah terjadi ?

Isteri " Semalam saya bagi tugasan untuk pelajar saya menulis essay pendek atas tajuk ,
Cita - cita Saya " .

Ok , " Kenapa sayang menangis ? "

Isteri , " Tadi sewaktu saya semak karangan terakhir , saya sangat sedih dan terus menangis " .

Suami dengan rasa penuh hairan , " Apa yang di tulis sehingga membuat awak menangis ?" .

Isteri , " Abang dengar " .....

Cita - cita Saya Ingin Menjadi Talipon Pintar .

Ibubapa saya sangat sayangkan talipon pintar mereka .
Mereka mengambil berat dan amat sayang pada talipon pintar mereka sehinggakan mereka lupa
pada saya . Bila ayah pulang dari kerja walaupun dalam keletihan , ayah masih ada masa untuk talipon
pintarnya , bukan untuk saya .

Walaupun ibu bapa saya sibuk dengan kerja lain semasa di rumah dan bila talipon pintar mereka
berdering , dengan hanya sekali deringan sahaja , mereka akan cepat mencapai talipon , tapi tidak
untuk saya .... walaupun saya sedang menangis .

Ibubapa saya bermain games bersama talipon mereka tapi tidak dengan saya .
Waktu mereka sedang bercakap dengan seseorang melalui talipon pintar , mereka tidak pernah
dengar apa yang saya katakan  walaupun pada perkara yang amat penting .

Jadi , cita - cita saya ingin menjadi talipon pintar .

Selepas mendengar karangan tersebut , suami juga turut bersedih dan bertanya isterinya , " Siapa
yang menulis karangan itu ?".

Isteri menjawab , " Anak kita " ......
                                     Anak kecil - doa - bicara penablgspt.com , Tq .

Kesimpulannya ....

Adakah gadgets keperluan dan kemudahan buat kita untuk merapatkan hubungan kekeluargaan
atau ia sebagai satu bahan untuk merenggang  , mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga
dan mereka yang kita sayangi ...
Anak - anak sentiasa akan melihat dan merasai apa yang berlaku  di sekeliling mereka .
Ia akan sentiasa terpahat di ingatan dan meninggalkan kesan yang berpanjangan .
Bersamalah kita melakukan sesuatu yang terbaik untuk mereka yang di sayangi .
Jangan pernah abaikan mereka dan apa yang penting anak kecil akan sentiasa menyuarakan rahsia hati
mereka secara benar , jujur dan ikhlas .


Ya Allah ya Tuhan kami ...

Berikanlah kami rezeki yang luas , yang halal lagi baik ,tanpa memberatkan kami .
Jika rezeki kami ada di langit , maka turunkanlah .  Jika ada di bumi , maka keluarkanlah ,
jika jauh maka dekatkanlah , jika dekat maka mudahkanlah , jika sedikit maka banyakkanlah .
Jika banyak maka berkatikanlah .....


TQ sharing ,  March 3 rd .2016 - 8 . 41 am .


Selasa, 1 Mac 2016

Coretan Tok Akob - 59 .

                                      friends forever - neworleanshotels.com , Tq .


Assalamualaikum .


Coretan Tok Akob .


Datanglah ke Acara Walimah .


Sahih Bukhori - 4775 .

Dari Abdullah Ibn Umar ra .
Bahawa Rasulullah saw - Jika salah seorang dari kalian di undang ke acara walimah , hendaklah
dia datang .
Maksudnya - Kewajiban seorang muslim untuk menghadiri undangan acara walimah ( kecuali
uzur ) , selama tidak ada kemungkaran atau maksiat di dalam majlis tersebut .
Wallahualam ....


Dikongsi dari rakan WhatsApp - TQ .
March 2 nd . 2016 - 10 . 50 am .

Sabtu, 20 Februari 2016

Ayah Tak Kisah...

                                     ayah dan anak Indonesia .net , Tq photo .


Assalamualaikum .


Ayah tak kisah...


Bila ayah lepaskan anaknya untuk berkahwin , tiada seorangpun yang bertanya akan perasaan
ayah . Ayah menangis di hati kerana melepaskan anak yang di sayangi dan di kasihi .
Ayah tak kisah...

Bila anak hanya memeluk emak  , anak menunjukkan kasih sayang pada mak , ayah hanya
memendam rasa .
Ayah tak kisah...

Bila anak tiada yang datang menjenguk , ayah hanya menghitung hari... menyuruh emak
menelefon anak bertanyakan khabar .
Ayah tak kisah...

Bila anak hendak pulang , ayah ingatkan emak makanan kegemaran anak , mak memasak
seterusnya mendapat pujian .
Ayah tak kisah...

Bila anak berjaya dalam pelajaran , ayah menangis kegembiraan dalam bilik keseorangan ,
tiada siapapun yang tahu .
Ayah tak kisah...

Bila anak telefon cakap rindu pada emak , tapi sayangnya tidak langsung rindu pada ayah ,
ayah bersedih biar emak gembira kerana dapat berbual dengan anaknya .
Ayah tak kisah....

Di kongsi dari Kisah Benar with Muhammad Shareus etc , Tq .


Sejauh manakah ayah tidak kisah ....apakah benar ayah tidak akan  pernah  kisah.....

When Allah blesses you financially dont raise your standard of living , raise your standard
of giving ...

Jika saat ini indahnya perasaan cinta dan rindu itu...maka saat ini juga , detik ini juga ,
keindahan cinta yang menyelimuti rindu sedang aku rasakan , pastilah rindu untuk kedua
ayah dan ibu yang telah jauh pergi ......


February 21 th . 2016 - 1 . 07 pm .

Sabtu, 13 Februari 2016

Mencari Syurga Ibu Bapa.....

                                      6 days Surabaya - East Java , Tq .


Assalamualaikum .


Di pagi hari ini marilah kita berdoa untuk ke dua ibu bapa , sama ada yang masih
hidup atau yang telahpun pergi , semuga mereka sentiasa dalam rahmat Allah swt .


Wahai Rabbku ..., kasihilah kedua ibubapa kami sebagaimana mereka berdua telah mengasihi
dan mendidik kami sewaktu kecil .


Wahai Tuhan kami , berikanlah kami sekeping hati yang sentiasa mendoakan kebahagiaan
orang lain , berikan juga kami sekeping hati yang selalu rendah , terhindar dari sikap
sombong dan mementingkan diri sendiri .
Semuga kami adalah antara orang - orang yang sentiasa mendapat petunjuk dan rahmatMu ,
dan semuga segala urusan di permudahkan Allah swt .


Perkongsian pagi ini ...
                                     Teletubies Savanna Bromo - Java , TQ .


Dari  seorang rakan ....menyentuh kalbu....

Menziarahi seorang rakan yang sakit tenat , dia menggenggam erat tanganku lalu menarik
ke mukanya untuk membisikkan sesuatu ketika aku meminta diri untuk pulang .
Airmatanya tergenang . Dalam lafaz yang tidak berapa jelas , dia berkata ,
" Jika kau tidk nampak aku di syurga , tanyalah Allah di mana aku , tolonglah aku ketika itu..."
Dia langsung teresak - esak menangis lalu aku memeluknya dan meletakkan muka ku di
bahunya . Airmataku turut mengalir membasahi...
Aku membisikkan , " In Shaa Allah , aku juga mohon kepada mu , jika sebaliknya kau tidak
nampak aku di syurga "....,, kami menangis bersama entah berapa lama .
                                     Bromo tour Indonesia , Tq .

Bila saja aku tinggalkan ward , aku terkenang akan pesanannya .
Aku termenung , baru aku teringat pesanan itu pernah di pesan oleh seorang ulamak besar Ibnu
Jauzi , yang juga berkata kepada sahabatnya sambil menangis , " Jika kamu tidak menemui
aku di syurga bersama kamu , maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku " ,
si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau , maka masukkanlah
dia bersama kami ke dalam syurga .
Ibnu Jauzi berpesan begini bersandarkan kepada , ...
"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan
sahabat mereka yang selalu bersama mereka  dahulu di dunia .
Mereka pun bertanya kepada Allah , " Ya Rabb , kami tidak melihat sahabat kami yang sewaktu
di dunia bersolat bersama kami , berpuasa bersama kami , dan berjuang bersama kami .
" Maka Allah berfirman , pergilah .....keluarkan sahabat - sahabatmu yang di hatinya ada iman walau hanya sebesar zarrah . Ibnu Mubarak - Az Zuhd .


Pengajarannya....

Pilihlah sahabat yang membantu bukan sekadar dunia tapi hingga ke akhirat dengan sifat
utamanya berbuat ibadah seperti bersolat , berpuasa , berpesan kearah kebaikan , berjuang untuk agama .  Mereka akan sentiasa mengajak ke arah kebaikan , menjemput ke arah ilmu , bermuafakat
kepada kebajikan , berpesan kepada kebenaran .
Mereka bersembang tentang dunia tetapi tidak pernah memisahkan dengan garis akhirat , mereka
sentiasa bertakwa dan sentiasa mencari syurga Allah .
Sayugianyalah , beginilah harus teman yang ada sekeliling  kita .
Meraih syurga Allah , pelbagaikanlah usaha , harapan selain doa semuga akan masuk ke pintu
syurga .
Al Hasan Bashri , " Perbanyaklah sahabat mukminmu ...". pejamkanlah mata , ingatlah bahawa
betapa indahnya syurga Allah itu untuk orang - orang yang di redhaiNya .....
Amin........ya Allah ., semuga kita menemunkan syurga kedua ibubapa ...
                                      tourpages - stairs to Mt . Bromo - east Java , Tq .


February 14 th . 2016 - 9 .43 am .