Selasa, 20 Disember 2016

Ibu Bapa Sebagai Raja .....

                                     doa Ibu Bapa - salam rindu ibu ayah - Tq .


Assalamualaikum .


Kisah dari seorang jutawan perniagaan yang memiliki syarikat terkenal  , Mas Budi - Indonesia , 
pemiliknya ......

Ketika ditanya rahsia kejayaannya sehingga berjaya menjadi Pengusaha besar , jawabnya mudah 
sahaja .
" Jadikanlah ibu bapamu umpama Raja , maka Allah akan kurniakan rezeki kepadamu bagai
rezeki seorang Raja . "

Pengusaha yang kini tinggal di Indonesia bercerita lagi bahawa umumnya orang yang hebat dan 
berjaya di kalangan mereka yang melayani ibu bapa mereka bagai melayani seorang
Raja .

Mereka menghormati , memuliakan , melayani dan mengutamakan ibu bapa melebihi diri ,
isteri dan keluarga sendiri . Lelaki jutawan ini yang berasal dari Banyuwangi melanjutkan
ceritanya , " Jangan perlakukan ibumu  bapamu seperti pembantumu , kelak Allah akan
meletakkan tarafmu seperti pembantu ."

" Ibu bapa kita sudah melahirkan membesarkan , kenapa sehingga mereka telah tuapun
kita masih meminta dan mengharapkan bantuan harta atau tenaga mereka , pada hal kita sudah 
dewasa ."

" Atau ibu bapa kita diminta bantu menjaga anak - anak kita ketika kita sibuk bekerja ."

" Bila keadaan ini terjadi ( kita melayan ibu bapa bagai pembantu ) , maka ketika itu
rezeki kita dinilai adalah rezeki pembantu kerana memperlakukan kedua mereka seperti
pembantu . Maka , Allah swt memberi upah atau gaji ( rezeki ) setimpal dengan jawatan 
pembantu , bukan gaji seorang Raja ."

" Wahai suami isteri bekerja , tetapi Allah swt tetap memberi rezeki kepada kita kurang daripada
rezeki seorang Raja , bahkan tidak akan pernah cukup pada setiap bulan . "

Pengajaran ini diambil iktibar agar anak - anak jangan mendekati orang tua hanya untuk 
mendapatkan harta atau untuk mempergunakan tenaga mereka membantu ketika menghadapi kesusahan sahaja .

Marilah terus beruasaha keras agar kita memperlakukan ibu bapa bagai Raja atau pembesar negara .
Buktikan , jangan hanya angan - angan sahaja . Praktikkan sepertimana yang dianjurkan oleh
Baginda saw bahawa redha Allah adalah redha ibu bapa .

Beruntunglah bagi yang masih memiliki ibu bapa dan masih belum terlambat untuk berbakti
kepada ke duanya .
Waktu menentukan apabila mereka menjadi milik Allah . Hanya doa dari anak -anak yang
soleh yang memohon kepadaNya akan di makbulkan .

Begitu banyak wang yang boleh dicari , ilmu yang boleh digali , tapi kesempatan untuk
mengasihi ke duanya tidak akan berulang kembali .Ibu bapa hanyalah satu .....

Bapa adalah seorang hero ketua untuk keluarganya ....., ibu adalah wanita yang paling hebat
dan sweet dalam hidup anak - anaknya .


# Menurut sebuah lembaga penilai yang melakukan penyelidikan ke atas 700 keluarga
di Jepan , mendapati mereka yang berjaya adalah yang terdiri daripada mereka yang melayani ibu bapa 
seperti pembesar negara . dan mereka yang hidup sengsara adalah dari yang sibuk dengan 
urusan dirinya sendiri dan kurang peduli kepada ke duanya . Walau dapat banyak harta tapi 
masih tidak pernah cukup bahkan mengalami jiwa menderita dan masalah lainnya .


Dec . 21 . 2016 - 12 . 09 pm .

TINGG .....

                                      Assalamualaikum - Welcome to Dima's blog , Tq .


Assalamualaikum .


Ting .....

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen .
Melihat logam kecil itu  tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja . Tidak menunggu lama ,
 tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalan poketnya .
Dia menyambung semula kerjanya .

Ting .....

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh
ke kiri , ke kanan dan sekeliling . Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia
terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .
Tidak lama kemudian lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .
Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya . " Rezeki aku ", kata lelaki itu dalam hatinya .

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras
lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu .
Sebenarnya  ketuanya mahu memanggilnya . Ada pesanan yang mahu disampaikan olehnya .
Puas ketuanya menjerit dari aras lapan itu , cuba memanggil lelaki yang berada pada aras
paling bawah .

Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan
di kawasan tersebut . Dek kerana itulah , ketuanya mencampakkan syilingnya dengan harapan
lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas .
Mudah - mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu .
Sayangnya , sehingga habis wang syiling dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum juga
mendongak ke atas .

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai . Satu persatu
batu kecil itu dibaling ke bawah .
Beberpa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit dan terganggu barulah
lelaki itu mendongak ke atas , melihat dan mencari dari mana datangnya batu - batu yang
mengenai tubuhnya .

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi
menyampaikan pesanannya .....

TING .....

Kisah ini sekadar simbolik antara kita dengan Yang Maha Pencipta . Tanpa sedar Allah
sering menjatuhkan syiling lambang rezeki , rahmat , kesenangan yang tidak terkira
banyaknya kepada makhluk ciptaanNya .

Tuhan menjatuhkan syiling itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas
untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya . Tetapi kita acap pula lalai untuk
mendongak ke atas , sebaliknya terus menikmati pemberianNya tanpa mengucapkan
terima kasih .

Seperti kisah itu .....apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian  lalu Dia
jatuhkan pula batu yang berupa musibah , kegagalan , keperitan  dan pengalaman yang
menyakitkan . Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu barulah kita teringat untuk
mendongak , menadah tangan  bersyukur mengingati Allah Yang Maha Pencipta .


Desaru View Hotel , Mah - 93  - TQ .


Doaku hari ini ....

Aku memilih untuk bahagia ... dengan rasa syukur kepada Tuhanku ....bahawa aku masih
mampu bernafas . Aku bermohon diberikan ketenangan dan hidayahMu .
Limpahkanlah rezeki dan kasih sayang untukku , kedua ibu bapaku , keluargaku ,
sahabat - sahabatku , insan - insan tersayang dan seluruhnya saudara Islamku .
Ya Allah ... kami memohon segala kebaikan pada hari ini , seterusnya . Berilah kami iman
yang sempurna , ilmu yang bermanfaat , rezeki yang halal , usia yang barakah , doa yang
mustajab , hajat yang tertunai , kesihatan yang berpanjangan , keselamatan kesejahteraan
dunia dan akhirat . Amin ......


December 21 . 2016 - 9.07am .


Isnin, 19 Disember 2016

Ketenangan RM 0 . 30 Sen ...

                                               Tentang Duit Syiling , Tq .


Assalamualaikum . 


Cikgu : Kenapa Amin tak rehat ?

Amin : Mak saya beri 30 sen sehari .

Cikgu : Kat kantin 30 sen ni dapat beli karipap je satu .

Amin : Segan lah Cikgu beratur panjang - panjang dapat beli karipap satu jee .
           Jadi saya kumpul duit untuk makan hari esok , dapatlah saya makan karipap dengan
           air sirap . Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je Cikgu . ( dia tertunduk malu ) .

Perasaan saya mula bercampur baur , sedih dan sebak . Di zaman ini masih juga ada pelajar
yang membawa 30 sen ke sekolah . Ramai antara kita memandang 30 sen itu satu jumlah yang
kecil sedangkan bagi pelajar ini 30 sen sangat besar artinya .

Cikgu : Kalau hari Jumaat awak tak pergi kantinlah ya .

Amin : Oh hari Jumaat duit 30 sen ni saya sedekah masa bacaan Yasin cikgu , jawab Ain dengan
           bersahaja . Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah ....

Mata saya dah berkaca ... saya  tersentuh dan bertambah sebak , dahlah duit ada 30 sen , 
siap boleh sedekah pula ......

Ya Allah , limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini . Luaskanlah pintu rezeki mereka
semuga mereka tidak lagi berada di dalam kesusahan . 
Huuh macam tidak percaya , bayangkan duit 30 sen yang diberi untuk belanja , disedekahkan
untuk tabung sekolah bacaan Yasin setiap Jumaat .

Ya Allah ...terima kasih atas segala nikmat dan kurniaanMu di pagi ini .
Semuga setiap langkah kami berada di dalam kebaikan dan semuga sisa umur kami penuh
dengan keberkahan .
Sesungguhnya rezeki itu milik Allah , semakin kita ikhlas memberi , semakin Dia 
mudahkan rezeki untuk kita . Amin ..


December 20 th . 2016 - 11 . 38 am .

Pesan Ibu Tentang Ayah ....

                                     Ayah ,  katakan aku cantik dan kau mencintaiku ...blognyafitri part II .


Assalamualaikum .


Anakku ,

Memang ayah tidak mengandungmu tapi ,
darahnya mengalir di darahmu , darinya kau diwarisi namanya , kedermawaan dan
kerendahan hati .

Anakku ,

Memang ayah tidak melahirkanmu tapi ,
suaranyalah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir .

Anakku ,

Memang ayah tidak menyusuimu tapi ,
dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu .

Anakku ,

Dia tidak menjagaimu setiap saat tapi ,
tahukah kau dalam doannya tidak pernah putus namamu disebutnya .

Anakku ,

Tangisan ayah mungkin tidak pernah kau dengar tapi ,
kerana dia ingin melihat agar kau kuat dan tidak ragu untuk berlindung di lengannya 
dan dadanya ketika kau inginkan keselesaan .

Anakku ,

Pelukan ayah mungkin tidak sehangat dan seerat ibumu tapi ,
kerana cintanya dia takut tidak sanggup melepaskanmu .

Ayah hanya ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi
semuanya sendiri .

Ibu hanya ingin kau tahu ...
Bahawa .Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu .

Anakku ,

Darinya juga terdapat syurga buatmu .

Maka ,

Hormati dan sayanginya ayahmu kerana ibu adalah tulang rusuknya .

Jauh di lubuk hatinya dia hanya ingin mampu membanggakanmu di mata Allah , menjadi
penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka . 
Berbahagialah yang masih mempunyai ayah dan ibu .

Dan dia pun berdoa , " Ya Tuhanku , tugasku telah selesai dengan baik . 
Bahagiakanlah putera - puteri kecilku yang manis bersama pasangannya . "

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu - cucunya yang sesekali datang
untuk menjenguk ...dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak kuat untuk menjaga 
kita .

Itulah pengorbanan seorang ayah ...
Apakah kita masih belum sadar ...masih memandang kemarahan ayah sebagai alasan untuk kita
membencinya ...

Percayalah...
Dia orang yang paling rindukan kita walau kerinduan ayan tidak sehebat kerinduan ibu yang
seringnya dekat berhampiran kita ...kita cium pipi ibu , ayah hanya tersenyum melihatnya ...

Tahukah kita yang kita tidak berlaku adil terhadapnya ...apakah ayah tidak berhak mendapat 
ciuman sama sepertimana ibu ...kamu lupa bahawa sewaktu kamu kecil ayah juga mendukung
mu dan mencium kamu....

Jangan menangis selepas membacanya.....kisah ini , besarnya pengorbanan seorang ayah yang tidak
dapat dibalas dengan wang atau apa sahaja ...cukup dengan menghargainya .....

Alfatihah buatmu Ayah ....


Maha suci Allah yang Maha Pengasih , salam kami kepada Baginda saw , keluarga dan para
sahabat .  Ya Allah , ilhamkan Petnjuk Mu kepada kami , limpahkanlah kasih sayng 
dan redhaMu kepada kami . Terimalah segala ibadah kami . Ampunkanlah kami Ya Rahman .
Kami memohon darjat yang tinggi di syurga Mu .

Ya Allah ...ampunilah kedua ibu bapa kami dan cucurilah rahmat keatas mereka . Amin .

Semuga semuanya dalam ceria sihat dan sejahtera .

December 20 th . 2016 - 8 . 16 am .



Rabu, 14 Disember 2016

Coretan Tok Akob - 89 .

                                         sinar matahari - djamilah najmudin , Tq .


Assaalamualaikum .


Al Bukhari ...., Abu Ayyub diriwayatkan ,

Tidak halal seorang muslim mendiamkan saudaranya lebih dari tiga hari , jika bertemu saling
menjauhi , dan yang paling baik di antara keduanya adalah yang memulakan salam .


Pengajaran :

1 . Larangan mendiamkan saudara sesama muslim atau tidak bertegur sapa ( berselisih faham ) ,
    hanya tidak lebih dari tiga hari shj .

2 . Anjuran untuk kita agar sentiasa memulakan dengan memberi salam terlebih dahulu .

3 . Jika berlaku perselisihan faham dan sebagainya maka berusahalah secepat mungkin untuk
berdamai berbaik semula agar kehidupan kita sentiasa dalam rahmat Allah swt .


Ya Allah .....Tuhan Seru Sekalian Alam......
Tiada henti mengucap syukur kehadrat Mu atas segala nikmat dan barakah yang telah Engkau
berikan kepada kami .

Ya Allah  ...
Tiada yang dapat menghalangi dari apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang dapat
memberikan yang Engkau halangi .

Ya Allah ...
Engkaulah Yang Maha Sejahtra , kepada Engkaulah kami mengharap kesejahteraan , maka
hidupkanlah kami dalam keadaan sejahtra .
Masukanlah kami ke dalam syurga sebagai tempat kesejahteraan yang telah Engkau berkati .

Ya Allah ...
Ampunilah kami , kasihanilah kami , limpahkanlah rezeki kepada kami . Berikanlah kami
petunjuk Mu , berikanlah kami keampunan Mu .
Ya Allah ...kepada Mu kami berserah ...Amin ..


Dec 15th . 2016 - 9 . 23 am .


Ahad, 4 Disember 2016

Dhuha ....pagi ini .

                                     keutamaan Solat Dhuha - alaqshalatinos. org , Tq .



Assalamualaikum 


Tazkirah , Dhuha pagi ini .

Apakah jawaban di bawah ?

1 . Allah menciptakan tertawa dan ---------

2 . Allah itu mematikan dan --------

3 . Allah menciptakan lelaki dan --------

4 . Allah memberikan kekayaan dan --------

Kebanyakan dari kita akan menjawab dengan mudah iaitu :

1. Menangis 

2 . Menghidupkan

3 . Perempuan

4 . Tapi bagaimana no 4 ?

Adakah jawabannya kemiskinan ?

Untuk mengetahui jawabannya cuba kita lihat rangkaian Firman Allah SWT di dalam 
Surah An Najm 43 - 45 - 48 sebagai rujukan :

"dan Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis . " An - Najm - 43 .

" dan Dialah yang mematikan dan menghidupkan ". An - Najm - 45 .

" dan Dialah yang menciptakan berpasang - pasangan lelaki - lelaki dan perempuan ."
An - Najm - 45

" dan Dialah yang memberikan kekayaan dan kecukupan ." An - Najm - 48 .


Ternyata semua jawaban yang diberikan adalah betul namun untuk no 4 , mungkin ramai antaranya
terkeliru dengan apa yang Allah swt janjikan .

Jawaban Allah dalam Al Quran bukan kemiskinan tapi kecukupan .

Sesungguhnya Allah hanya memberi kekayaan dan kecukupan kepada hambaNya dan ternyata 
yang menciptakan kemiskinan adalah kita sendiri . Benarkah ...

Hakikatnya , orang - orang yang bersyukur walau hidup serba kekurangan dia sentiasa akan 
tersenyum dan merasa cukup bukan merasa miskin .

Maka bangkitlah dengan rasa syukur dan kecukupan di dalam hati dan fikiran . Berhenti 
mengeluh , berhenti mengatakan rezeki itu kecil agar kita menjadi hambaNya yang senantiasa
bersyukur .

Bersyukur untuk semua nikmat dan rahmatNya Ya Allah . Semuga hari - hari yang dilalui
sentiasa akan diberkatiNya dengan kemanisan , kehidupan kebahagiaan juga dalam 
berkasih sayang .

Kerugian yang paling besar , syurga yang seluas dan selebar langit dan bumi  , mampukah 
untuk kita berada di dalamnya .....
Ya Allah.....jadikanlah perkataan , perbuatan dan niat kami seterusnya membawa kami 
ke SyurgaMu ...Amin ....


December 5 th . 2016 - 11 . 04 am .

Isnin, 14 November 2016

Kehidupan Bagai Sifir 7 ...

                                     Qoasim Ibn - Perjalanan hidup......, Tq .


Assalamualaikum......


Di pagi yang mulia ini kita mulakan dengan Selawat ke atas Nabi saw dan bacaan Ummul
Kitab Al - Fatihah .... Bismillahirohmanirohim .................

Semuga kita diberikan kesihatan yang baik , dirahmati Allah SWT .
Maha suci Allah yang Maha Pengasih , Selawat dan Salam kepada Baginda saw , keluarga dan
para sahabat ,
Ya Allah ....ilhamkanlah kami petunjukMu , limpahkanlah kasih sayangMu , terimalah ibadah
kami , ampunilah segala dosa - dosa kami Ya Rahman dan kami memohon darjat yang tinggi
di SyurgaMu ,
Semuga dengan sinarnya Rabb yang berterusan didatangi Hidayah dan Petunjuk untuk kita
terus beribadah dan berbuat kebaikan ...Amin...


Kita , kehidupan kita dan umur kita adalah bagai Sifir 7 .


7 x 1 = 7
Ketika di umur 7 x 1 , kita percaya bahawa bermain merupakan perkara penting  dalam hidup .
Pagi , petang , siang , malam mahunya bermain . tidak pernah terfikir akan dosa dan pahala
tidak juga berfikir pada masa hadapan .

7 x 2 = 14
Ketika berumur belasan pula , kebebasan itu adalah satu yang sangat penting . Oleh itu kita
berusaha untuk menyuarakan pendapat sendiri . Kita bersikap memberontak , tidak mahu mendengar
nasihat atau kata apa sekalipun .

7 x 3 = 21
Beranjak kepada umur 20an.....kita merasa pendidikan dan kerjaya itu penting . Oleh itu belajarlah kita
bersungguh - sungguh untuk memperolehi kejayaan dan kerjaya yang setimpal . Hingga tiba pada
satu tahap kita akan menyesal tidak belajar besungguh andai ada kawan - kawan yang telah
berjaya . Mungkinkah kita cemburu dengan mereka kerana mereka mendapat pekerjaan
yang baik dan betapa ruginya kita telah mensia - siakan peluang yang ada dan datangnya hanya
sekali seumur hidup .

7 x 4 = 28
Meningkat kepada umur ini , kita semakin sedar kewangan adalah penting untuk hidup .
Masa ini kita telah mula membina hidup .

7 x 5 = 35
Mulalah difikiran untuk membina sebuah keluarga yang bahagia . Ingin memiliki asset dan
segalanya .

7 x 6 = 42
Memasuki fasa ini .... kita terpaksa akur bahawa usia telahpun meningkat .
Saat semakin pendek tapi kita masih berlumba mengumpul harta .

7 x 7 = 49
Waktu ini kita semakin sedar bahawa kesihatan adalah penting . Kekayaan , adakah ia tidak
penting namun dapatkah ia memuaskan nafsu segala....
Waktu ini juga risiko berbagai penyaakit sedang cuba melamar diri . Mungkinkah kita
menyesal kerana sibuk bekerjaya dan harta sehingga mengabaikan kesihatan diri tatkala
umur meningkat remaja menjejak tua .

7 x 8 = 56
Memasuki era 50an ....impian mungkin sudah dimiliki dan semakin sedarlah kita bahawa
kasih sayang dalam hidup juga penting . Kesunyian melanda tatkla anak sudah membina hidup
sendiri dan pergi jauh mencari kehidupan mereka . Anak - anak pula sibuk bekerjaya sehingga
menjadikan kita rindu pada saat - saat indah bersama mereka .  Banglo yang besar , kereta yang
mewah seakan sudah tiada artinya kerana yang nyata agam ini kosong dan sunyi sepi tanpa
segala .

7 x 9 = 63
Kehidupan perlu diteruskan .......adakah kita sadar waktunya amalan yang cukup bermakna untuk
membawa mengadapNya ke sana . Kemewahan dan kebendaan mungkin ada ditahap ke dua .
Rumah baru bakal menjemput pada waktu bila - bila sahaja . Rumah besar hampir setiap hari
mengucapkan selamat jalan dan pergi . Namun ....Maha Besar Allah masih membuka pintu dan
menerima Taubat yang di pohon oleh hambaNya .

Kenapa berhenti di sifir 7......
Kerana inilah purata umur umat SAW . Banyak yang berakhir sekitar usia ini .  Jika ada ke sifir
seterusnya adalah bonus Allah yang sangat Mengasihi .

Demikianlah kitaran hidup .  Kanak - kanak menjejaki remaja , remaja ke dewasa .
Dewasa melangkah ke usia tua , seterusnya warga emas . Usia hanya pinjaman dunia dan amatlah rugi
jika mempersiakan hidup dengan perkara melalaikan dan merugikan .
Dan ingatlah , berapa ramai antaranya yang terlepas banyak sifir - sifir di atas , ada yang hanya
terhenti di sifir 1 dan seterusnya .

Hidup yang sementara berarti dunia penting sebagai laluan ke akhirat . Umur hari ini adalah
anugerah Allah yang sangat bernilai harganya . Hargailah dengan banyak mengingatiNya .
Walau di mana kita berada jangan lupa dan bertangguh bahawa kematian itu adalah misteri  tidak
akan cepat atau lewat walau sesaat .

Amin.........Kehidupan bagai sifir 7 untuk di lalui .


Nov . 15 th . 2016 - 11 . 05 am .